Bab 26

1.9K 124 4
                                    

"I never loved you, Darling. Never."  Hael keluarkan pistol yang disimpan di dalam poket seluar jeans. Pistol itu diacukan di dahi licin Ersana. Dan-

BANG

"Bangun sial! Aku tak suruh kau mati lagi." Ersana mendesis sakit apabila kulit kepalanya terasa mahu berdarah apabila rambutnya ditarik kasar.

Khair masih lagi tidak mengalah. Sambil dia tarik rambut Ersana, dia juga akan memijak perut Ersana serentak. Tepi kepala Ersana yang terkena bucu meja tadi tidak dia hiraukan. Dia juga tidak ada niat mahu merawat luka tersebut. Kalau Ersana mati pun, dia tidak akan rugi.

Ersana mengunci mulutnya. Dia juga tidak tahu Khair mahu membawanya ke mana. Khair membawanya ke bilik kerjanya. Saat sampai di muka pintu bilik tersebut, dia dicampak masuk ke dalam bilik itu.

"Saham syarikat aku jatuh sebab kau! Budak tak guna! Datang-datang bagi bala kat aku." Ersana yang terduduk itu terdiam dengan bicara Khair. Jadi, saham syarikat Khair jatuh pun sebab dia?

Memang semua bala yang menimpa Khair akibat dia?

Dia yang hanya menangis setiap hari tiba-tiba dituduh dengan alasan bodoh seperti itu? Ersana hanya senyap. Dia sendiri tidak ada tenaga mahu membalas atau melawan Khair. Dia sudah lelah. Dia sudah mengalah.

"Eh sundal. Kau dengar tak aku cakap apa?" Sekali lagi Khair tarik rambutnya. Khair panjangkan tangannya dengan ambil pasu bunga yang terletak di atas meja kerjanya itu dan pukul kepala Ersana menggunakan pasu tersebut.

"Khair." Khair melepaskan genggaman tangannya di rambut Ersana saat namanya dipanggil.

"Dah, pukul dia. Anak kau dah menderita. Sampai bila kau nak seksa dia? Dia langsung tak bersalah." Mak Teh mendekati Ersana. Ersana dimasukkan ke dalam pelukan. Gadis itu seperti mayat hidup. Tidak berdaya.

Lihatlah tadi, Ersana langsung tidak melawan, mahupun menangis.

"Biar aku jaga dia Khair. Kau kata dia bala kan? Biar aku bawa dia jauh dari kau. Supaya kau tak kena bala macam yang kau cakap tadi." Mak Teh menarik tangan Ersana untuk berdiri bersama dengannya. Dia pimpin tangan Ersana keluar dari bilik kerja Khair dan bawa naik ke atas.

Bilik Tidur Ersana.

"Ana duduk sini ya. Biar Mak Teh kemas baju Ana. Ana tak nak duduk rumah ni kan?" Mak Teh menyoal Ersana. Pandangannya dilemparkan pada Ersana.

Lambat-lambat Ersana mengangguk. Riak wajahnya hanya mendatar. Tiada ekspresi gembira ataupun sedih. Mak Teh senyum tipis. Dia sambung melakukan kerjanya mengemas segala perlengkapan yang akan Ersana guna sewaktu berada di rumahnya.

Saat sudah selesai mengemas kesemuanya. Mak Teh menghampiri Ersana yang senyap dari tadi. Saat itu, Ersana sedang memandang ke arah balkoni biliknya yang menghadap luar rumah. Di dalam iris mata Ersana, tiada langsung sinar cahaya. Hanya kosong tiada warna.

"Ana." Mak Teh menegur Ersana yang jauh mengelamun. Tapak tangan Mak Teh jatuh pada belakang badan Ersana. Ersana mendesis sakit saat tapak tangan Mak Teh singgah di belakang badannya.

Mak Teh mengerutkan keningnya. Lantas dia menyelak baju Ersana dari belakang. Membulat matanya melihat lebam yang ada di belakang badan anak sedaranya itu. Berjalur-jalur. Mak Teh menekup mulutnya dengan tangan. Khair menyeksa Ersana sangat melampau.

Kolam air mata Mak Teh sudah berkolam. Dia sedaya upaya menahan air matanya. Rambut panjang Ersana dielusnya perlahan. Baju yang diangkat tadi, dia turunkan. Mak Teh menarik tangan Ersana dan bawa Ersana ke bawah.

Di mana terletaknya pintu yang boleh mengeluarkan Ersana dari rumah ini. Mereka berdua terus berjalan sampailah langkah mereka berhenti di hadapan Aqeef yang menunggu dia dan Ersana dari tadi.

Aqeef segera bukakan pintu di bahagia penumpang untuk Ersana dan ibunya masuk. Apabila Ersana dan ibunya sudah selamat masuk ke dalam kereta, Aqeef masuk ke bahagian pemandu dan kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah agam Khair.

"HOI, bangun." Haikal menyentuh paha lelaki asing itu dengan kaki. Paha lelaki itu masih mengeluarkan darah. Jika dibiarkan, boleh mati akibat kekurangan darah dan peluru pistol yang masih tidak dikeluarkan.

Haikal berdecit perlahan melihat lelaki itu tidak bangun pula bila dikejutnya. Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ni kalau dia mati macam mana? Nanti dia pula yang kena dengan bos.

"Saif, nama dia apa? Nama dia pun kita tak tahu ni." Haikal menyoal rakannya yang berada tidak jauh dari mereka.

"Hmm haritu aku baca pasal dia. Nama dia...Hael Aslan tak silap aku." Saif membalas bersama kening yang berkerut. Dia sendiri pun tak yakin. Ingatannya samar-samar.

"Aslan! Bangun Aslan. Jangan mati lagi." Haikal tarik rambut Aslan supaya memandangnya. Tetapi mata Aslan tertutup.

"Saif, kalau dia mati kita yang kena kan?" Haikal pusingkan kepalanya pandang Saif yang berdiru di belakangnya. Saif mengangguk membalas soalan Haikal.

"Dia dah lah cedera. Lepastu darah dia keluar tak berhenti. Kau tunggu apa lagi pergilah panggil Camelia! Kalau dia mati, kita pun mati!" Arahnya tegas. Saif terus berlari anak mengambil telefon pintar untuk menghubungi Camelia.

 Saif terus berlari anak mengambil telefon pintar untuk menghubungi Camelia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Broken TrustWhere stories live. Discover now