Kau lupa ke ayat mak kau tu pedas-pedas belaka? Kalah cili punya rasa pedas.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Dahlia saja nak ajak bersembang sekejap.

"Makan."

"Hah?" Blur Dahlia jadinya. Makan? Biar betul?

"Makan pasir ke? Sebab rata-rata yang saya nampak cuma pasir je ada." Balas Dahlia sarkastik.

Raja Dylan menoleh memandang Dahlia. Ditilik wajah Dahlia di sebalik kaca mata hitam yang dipakai. Ditatap dalam wajah gadis ini.

Manis dan cantik. Dan yang paling penting, hari dia merasa tenang tatkala melihat wajah Dahlia.

Bahkan di hatinya turut menimbulkan satu perasaan yang tak pernah dia rasa sebelum ini. Perasaan apa kah ini? Raja Dylan jadi tertanya-tanya.

"Awak sendiri buat apa dekat sini? Cari siapa? Tu mangkuk tingkat yang awak pegang. Untuk siapa?" Tiba-tiba jadi kepoh nak tahu.

Tak pernah lagi Raja Dylan bersikap begini. Apa lagi pada perempuan. Nak tanya-tanya soalan macam ni? Memang tak lah bagi dia.

"Oh. Saya cari abah saya. Ini untuk abah saya. Saya bawa bekal untuk abah saya. Abah saya cakap, abah saya ada urusan dengan CEO resort ni. Kejap, saya call abah saya. Lupa pula. Nasib awak cakap. Karang abah saya kebulur. Mesti dia tertanya-tanya 'mana lah anak cantik dia ni tak sampai hantar makanan untuk dia'." Membebel pula mak cik seorang ni.

Dahlia mengeluarkan handphone nya dari sling bag yang dipakai dan mencari nombor Encik Fahmi di dalam kontak panggilan. Dapat saja, terus didail nombor Encik Fahmi.

Raja Dylan sekadar melihat setiap perlakuan Dahlia. Tak lepas satu pun dari pandangannya.

Bebelan Dahlia tadi pula membuat dia rasa lucu. Kenapa comel sangat? Abah saya, abah saya, abah saya. Dok ulang kata 'abah saya' tu buatkan Raja Dylan geram tengok kecomelan Dahlia.

Rasa nak cubit pipi tu. Eh? Astaghfirullah.. Raja Dylan Zayder! Bawa sedar diri. Nak cubit-cubit, sila masuk meminang.

Takpa.. bonda awak dah jalankan tugas.

Hehe..

"Awak." Tersentak Raja Dylan dari lamunannya. Dia berdehem bagi menghilangkan rasa gementar.

"Hm." Sahut Raja Dylan.

"Saya nak pergi jumpa abah saya dekat sana. Saya pergi dulu tau? Bye, bye.. ada jodoh, jumpa lagi." Sejurus itu, Dahlia langsung memusingkan badannya dan terus melangkah pergi meninggalkan Raja Dylan.

Terkaku sekejap Raja Dylan. Ada jodoh?

Aamiin..

Tersenyum manis Raja Dylan memandang Dahlia yang berjalan semakin menjauh darinya. Tangan kanannya naik memegang bahagian kiri dada. Jantungnya berdegup dengan pantas. Dah rasa macam nak terkeluar dari soket.

~~~~~~~~~~

Dahlia melambaikan tangannya apabila melihat Encik Fahmi yang sedang duduk santai bersama dengan dua orang lagi orang kampung.

Pantas Dahlia berjalan dengan laju ke arah Encik Fahmi. Dekat saja terus disalam Encik Fahmi dan diberikan senyuman nipis kepada tok ketua dan pak cik Kahar.

"Abah, nah. Ni bekal yang emak masak untuk abah." Dahlia meletakka mangkuk tingkat yang dibawa bersama ke atas meja bulat.

"Emak masak apa ni?" Soal Encik Fahmi.

"Ikan masak sambal dan kangkung tumis je. Emak pesan.. abah kena makan sampai habis. Nanti balik emak check." Seloroh Dahlia seraya ketawa kecil.

Menggeleng kepala Encik Fahmi dengan perangai nakal anaknya. Digosok atas kepala Dahlia.

"Untuk abah kamu je ke? Untuk tok dengan pak cik Kahar ni takda?" Saja tok ketua bertanya.

"Ada. Emak bekalkan lebih tadi."

Tak lama selepas itu, terdengar derapan kaki di belakang Dahlia. Encik Fahmi, tok ketua dan pak cik Kahar memandang ke arah yang sama.

Lantas Dahlia berpusing dan memandang ke figura tersebut. Dikerutkan sedikit dahinya apabila dia mengenali gerangan yang sedang berjalan mendekati mereka.

"Ada apa ni?" Tegur Raja Dylan.

"Oh. Ni hah.. anak Fahmi bawak kan bekal untuk abah nya. Siap dibekalkan lebih untuk kami. Tuan Raja nak makan sekali?" Jawab tok ketua sambil tersenyum ke arah Raja Dylan.

Terbit senyuman tipis di bibir Raja Dylan. Matanya mengerling memandang wajah anggun Dahlia yang terkena sinaran cahaya matahari.

Cantik. Kulit tu dah lah putih mulus. Macam warna susu. Pipi tu pula nampak tembam dan lembut saja.

"Boleh juga." Raja Dylan bersetuju untuk makan tengah hari bersama Encik Fahmi, tok ketua dan pak cik Kahar.

Alang-alang dah ada orang bawak kan makanan. Jimat lah duit. Lagipun Raja Dylan ni seorang yang tak suka makan di luar seperti makanan dari restoran atau kedai-kedai. Lebih suka dengan makanan yang dimasak dari rumah.

Dahlia setia berdiri di sebelah Encik Fahmi. Dia tak faham ni. Terkedip-kedip matanya merenung wajah kacak Raja Dylan. Digaru sedikit kepalanya tak gatal.

"Kamu kenapa Lia?" Soal pak cik Kahar apabila melihat wajah kebingungan anak rakannya ini.

"Siapa lelaki ni?" Soalan dibalas soalan.

Tercengang Encik Fahmi, tok ketua dan pak cik Kahar saat Dahlia mengutarakan soalannya.

"Kamu tak kenal?" Menggeleng Dahlia.

Polos saja wajahnya.

"Raja Dylan. CEO High Luxury. Resort yang bakal dibina ini adalah di bawah syarikat besar High Luxury. Syarikat milik Raja Dylan, jejaka tampan depan Lia ini." Membulat besar mata Dahlia.

CEO?! Ini lah CEO yang diaorang cakap-cakap tu?! Yang katanya hensem lah. Sombong lah. Baik lah. Dan macam-macam. Ini lah orangnya?!

Raja Dylan menurunkan sedikit kaca matanya memandang wajah terkejut Dahlia. Sebelah alisnya diangkat.

"Girl, what's your name?" Soal Raja Dylan dengan suara garau.

"D-Dahlia.. Dahlia Zenia."


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now