Bagus lah CEO diaorang tu. Ada kerja kosong tak? Huhu.

"Tak silap abah.. tok ketua bagitahu diaorang nak buat resort." Mengangguk Dahlia. Makin menarik lah.

Resort? Kalau nak buat resort. Mesti dalam resort tu nanti perlukan kafe kan? Boleh lah dia join. Sign contract. Untung mashuk woo.. banyak woo..

"Besar ke resort yang diaorang nak buat tu?" Dia pula yang teruja lebih-lebih ni.

"Besar lah kot. Sebab syarikat yang buat resort ni memang syarikat besar. Alah.. tak silap abah nama syarikat tu.. Hi..High Lusuri (Luxury)."

"Lusuri?" Bingung Dahlia jadinya. Hampir hendak bercantum kedua keningnya.

Ada ke nama syarikat Lusuri? Yang orang tu pun pahal pergi letak nama syarikat 'Lusuri'? Kan banyak lagi nama moden boleh letak.

Ah, lantak lah. Bukan syarikat aku.

"Mesti dalam resort tu nanti perlukan kafe kan?" Digigit lagi karipap.

"Kau nak buka kafe dekat resort tu ke?" Giliran Puan Aminah pula bersuara. Sedari tadi Puan Aminah hanya sekadar menjadi pendengar saja di antara perbualan suami dan anaknya.

"Ya Allah.. emak. Bijaknya. Macam mana emak boleh baca fikiran Lia ni?" Dipukul perlahan lengan Puan Aminah.

"Kepala otak kamu tu.. emak dah tahu. Lagi-lagi soalan kamu tu. Siapa je yang tak faham?" Tersengih sumbing Dahlia.

"Mesti lah nak buka kafe dekat dalam resort tu. Kita kena membiakkan kafe. Biar banyak cawangan. Otak harus business ma.." Ujar Dahlia sembari berfikir tentang strategi, cara dan peluang untuk membuka kafe di dalam resort.

Kesempatan besar ni. Takkan nak di sia-siakan. Peluang dah ada depan mata. Kita mesti kena laju.

Jari telunjuk tangan kanannya naik mengetuk dagu. Takpa, nanti dia bincang dengan Sarah dan Tiara. Bila ada tiga otak ni.. senang. Banyak pendapat dan hujah serta idea yang boleh dikongsi bersama.

~~~~~~~~~~

Malam mula menjelma, Danish yang sedang ketawa dan bahagia di ruang tamu dek kerana menonton rancangan Sepahtu Reunion di intai Dahlia.

Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri Danish. Nak terkejutkan si budak Danish ni.

Dalam kiraan 1.. 2.. 3..

BAH!!!

"Opocot! Mak kau meletop!" Terkejut Danish sampai kakinya yang elok duduk bersila di atas sofa tadi terus terkangkang besar. Dah lah member tu pakai kain pelikat. Lepastu, siap keluar jurus silat lagi.

"HAHAHAHAHAHAH!!" Ketawa besar Dahlia apabila melihat reaksi terkejut Danish. Sampai terbongkok-bongkok. Perutnya pun dipegang. Keras dah perutnya akibat ketawa terlalu besar.

Berpusing badan Danish memandang kakaknya yang elok ketawakan dia di belakang. Nampaknya bahagia nya tu. Dia menjeling Dahlia lalu memandang skrin tv semula.

Malas nak layan perangai kakak dia yang mecam bahenol ni. Kurang perisa asam betul kakak dia ni. Nasib lah cuma mereka berdua saja. Encik Fahmi dan Puan Aminah keluar sebab menghadiri majlis kesyukuran di rumah jiran.

Cuba lah dibayangkan kalau ada awek cantik dan cun depan mata pastu Danish terkejut macam tadi. Mana dia nak letak muka? Mahu dia tanam diri dia dalam tanah untuk 7 hari 7 malam.

Keluar pun sebab lapar dan ada panggilan alam.

Bongok betul lah kakak dia ini.

"Opocot! Mak kau! HAHAHAHAHA.. lawak lah Danish. Siap terangkat kaki tu yang tak tahan. Aku tak sangka kau ada bakat lawak yang kau pendam." Sengaja perli adik dia.

Saja nak mengusik. Pipi kiri Danish dicubit perlahan. Selepas itu, Dahlia duduk di sebelah Danish.

Lengan adiknya dipeluk dan dilentokkan kepalanya.

Danish mengerling kakaknya sekejap. Dicium puncak kepala Dahlia. Walaupun kakak dia ni annoying tadi. Tapi dia tetap sayang. Ini lah satu-satunya kakak dia.

Kakak dia dunia dan akhirat. Dia sayang sangat dengan kakak dia. Andai kata satu hari nanti jika kakak dia bertemu jodoh. Sudah pasti lah dia akan sedih.

Kerana mereka akan berpisah. Selama 24 tahun, dia tak pernah berpisah dengan kakaknya tapi tiba-tiba disebabkan kakak dia dah kahwin. Maka, perlu lah mereka berpisah kerana kakaknya akan mengikut suami.

Dan kakaknya sudah tentu ada tanggungjawab baru.

Walau bagaimanapun, Danish tetap berdoa agar Dahlia bertemu dengan lelaki dan jodoh yang baik dari Allah menurut takdir Allah. Dan semoga kakak dia yang nakal ini dapat suami yang baik dan sanggup melayan kerenah gila dan sewel Dahlia. Paling penting sekali, yang dapat membimbing Dahlia hingga ke syurga Allah.

Tersenyum Dahlia tatkala adiknya mencium atas kepalanya.

"Kau cium kepala aku ke?"

"Hm."

"Aku tak cuci rambut lagi." Terus Danish menjulurkan lidahnya.

"Berapa lama dah kau tak cuci rambut kak?"

"Empat hari." Laju Danish melepaskan pelukan Dahlia di lengannya dan berlari ke arah dapur. Nak cuci bibir dia.

"Pengotor lah kau, kak." Menjerit Danish.

Terkekek ketawa Dahlia. Suka dia dapat menyakat adiknya.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

I Love You, Miss Cupcake [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя