𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 22

Start from the beginning
                                    

Aku mengerling Ash yang diam sahaja. Aku yang malas mahu berfikir hanya diam tidak terkutik.

Kesudahannya, masing-masing tidak membuka mulut ibarat ada emas yang tersimpan. Aku dan Ash hanya fokus kepada makanan saja. Biarlah, nanti saja aku terangkan kepadanya.

 Biarlah, nanti saja aku terangkan kepadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYA BAYAR YANG INI YA"

"Puan oder puding buah dan air strawberi juice kan?" Tanya pekerja itu.

"Ya." Laju aku menjawab.

"Puan nak bayar ke?" Soal pekerja itu. Aku mengangguk sebagai isyarat 'benar'.

"Cash atau card,?"

"Card."

Aku mengeluarkan beg duitku lalu membukanya sebelum mengambil salah satu kad kreditku.

Belum aku sempat memberi kepadanya ada yang terlebih dahulu menghulurkan kadnya kepada pekerja itu. Aku pantas menolak kad itu lalu diberikan kepada pekerja itu.

Tampak pekerja itu seakan keliru mahu mengambil yang mana satu.

"Ambil yang saya ya." Senyuman manis sedaya-upaya terlakar di bibir.

Aku memandang pekerja itu yang bergetar untuk mengambil huluranku. Dah kenapa? Nampak hantu ke yang sampai bergetar tu?"

"Awak tak nampak ke kad saya?" Soalku drastik.

Dengan pantas pekerja itu menyambut huluran ku. Selepas pembayaran, laju aku berjalan keluar. Beg tangan dipegang kemas.

"Aisyah.." panggil Ash. Aku memusingkan badanku menghadapnya. Jelas sekali wajahnya kelihatan keliru.

"Ada apa?"

"Apa maksud kau? Haram? Apa itu?" Pelbagai soalan yang dilontarkan kepadaku. Aku diam sejenak sebelum hela nafas berat.

"Haram itu adalah benda mahupun makanan yang dilarang oleh syarak Islam." Jelasku

"Jadi apa kaitan dengan aku?" Soalnya pelik. Aku sudah agak. Susah untuknya faham.

"Ash pekerjaan awak mafia kan. Membunuh sana-sini. Dalam agama Islam, Allah SWT melaknat orang yang membunuh sesama manusia. Jadi di sini sudah tentu lah hasil duit awak itu daripada hasil duit yang haram." Jelasku panjang lebar. Raut mukanya juga jelas kian berubah. Aku hela nafas sejenak.

"Dan awak kena ingat, saya beragama Islam. Saya dilarang untuk makan dari duit yang haram seperti hasil yang tidak baik. Contohnya, membunuh, rasuah, pencurian dan lebih lagi."

"Kita tak sama Ash. Hidup awak dan saya berbeza dengan ketara. Hidup awak berpaksikan dunia dan tuhan awak sendiri, tapi tidak bagi saya. Hidup saya berpaksikan Allah SWT. Pencipta langit dan bumi ini." Entah kenapa hatiku pilu saat mengucapnya. Bagaikan ada yang terhiris.

"Islam ini indah. Indah daripada awak sangka. Kalau awak sanggup belajar tentang Islam dan mendalamnya lagi. Awak akan rasa betapa tenangnya sebuah agama Islam." Ujarku lagi. Mata setia memandangnya sebelum melihat kearah lain.

"Jadi sekarang awak faham apa maksud haram itu."

"Ohh sekarang ni kau nak makan dari makanan yang tak haram macam tu." Katanya. Aku mengangguk seraya melakarkan senyuman nipis.

 Aku mengangguk seraya melakarkan senyuman nipis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue

Jangan lupa vote and komen tau. Free je awak untuk vote. Saya harap xde lah silent reader kat sini.😌😌

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now