Eiran sudah pun berbaring di atas sofa setelah melihat reaksi Aslan. Lelaki itu sudah pun menutup kedua matanya. Ayaz menggeleng perlahan. Itu pun sama je. Dua kali lima je perangai.

"Kau nak air?" Ayaz menyoal. Dah lama dia koma, selalunya pesakit yang baru bangun dari koma minta air.

Langsung tidak menjawab, Aslan kembali berbaring. Aslan berbaring membelakangi Ayaz yang berdiri di sebelahnya. Ayaz melepaskan nafasnya kesal. Cuba menahan sabar. Memang sama je perangai sebelum hilang ingatan.

Tidak hiraukan Aslan lagi, Ayaz duduk dan sandarkan badannya di kerusi. Dia mula pejam mata. Mengantuk. Semalam dia dipaksa oleh Eiran supaya berkerja untuk mencari Ersana.

ASLAN tersedar dari tidurnya saat terasa ada usapan di bahagian rahang tajamnya. Dahinya berkerut hebat saat melihat ada seorang wanita asing di hadapannya. Pipi gebu wanita itu basah dengan air mata yang makin lama, makin lebat.

Bibirnya seolah-olah terkunci dengan sendiri tanpa dipinta. Dia tidak tahu mahu bereaksi macam mana. Raut wajah dan gerak geri wanita itu tidak asing di matanya.

Seperti mereka sudah kenal sebelum ini. Tapi siapa? Apa hubungan mereka? Dia sendiri pun tidak tahu.

"Hael," suara anggunnya menyebut sebaris nama.

Dahi Aslan bertambah berkerut dan bahagian tepi kepalanya berganda sakitnya.

"Hael, kenapa awak tinggal saya?"  Wanita asing itu menyoal Aslan. Dia mula menyentuh rahang Aslan sekali lagi. Mahu saja dia menepis tangan halus itu tetapi, lain pula reaksi tubuhnya.

Dia tidak mampu mengangkat tangannya dan menepis tangan tersebut. Walaupun dia mahu menepis tangan halus itu, dia tidak pula membenci sentuhan wanita itu.

Aslan membiarkan tangan halus itu menyentuh wajahnya sampailah dia tersedar saat dikejut oleh lelaki yang mengakui dirinya sebagai 'kawan'

Rupanya itu semua mimpi. Malah wanita itu juga sebahagian dari mimpinya. Tapi mengapa dia terasa kesal apabila wanita itu hanya mimpinya. Separuh hatinya mahu wanita itu bukanlah mimpi. Tetapi realiti.

Aslan kembali ke realiti apabila Ayaz menepuk bahunya. Badannya agak tersentak menerima tepukan bahu dari Ayaz.

"Kau okey tak ni?" Ayaz menyoal risau. Mana tak risaunya dia dari tadi dahi Aslan berkerut dan berpeluh tadi.

"Pening." Aslan bersuara sekali dengan membalas pertanyaan Ayaz.

STETHOSCOPE  disimpan dalam beg selepas memeriksa keadaan Aslan.

"Tak ada yang serius pun. Dia mengalami gangguan ingatan. Benda ni, I tak boleh buat apa-apa. Benda ni perkara biasa untuk pesakit yang hilang ingatan," terangnya. Ris memandang Aslan.

"Banyakkan berehat, jangan buat kerja berat and jangan paksa kepala tu untuk ingat. Slow-slow." Ris memesan tegas. Hilang ingatan atau tidak, jika namanya Aslan keras kepala itu memang ada.

Aslan tidak mengangguk atau menggeleng hanya senyap. Fikirannya masih bercampur aduk dengan mimpinya yang tadi. Pening di kepala sudah pun hilang dari tadi.

Persoalannya,

Siapa wanita itu sebenarnya?

Munculnya Eiran yang entah dari mana mengurangkan rasa sepi di dalam wad tersebut. Wajah tampan Eiran saat itu, agak cemas. Eiran mengajak Ayaz bercakap sesuatu agak jauh darinya.

Dia juga tidak tahu apa yang mereka bincangkan. Raut wajahnya serius selama perbincangan itu bermula.

"Asal?"

"Arzene. Polis dah jumpa. Tapi dia dah tak ada. Mengikut siasatan polis, punca kematian bunuh diri," terkedu Ayaz mendengar ucapan Eiran. Bunuh diri? Dia sendiri pun tidak sangka sampai begitu sekali tindakan Arzene.

"Kau bagitahu apa je dekat dia?" Eiran menyoal. Pandangan mata Aslan yang tertumpu pada mereka, diabaikan.

"Nama dia, and sikit-sikit pasal family." Eiran mengangguk faham. Hanya itu usaha yang mereka boleh buat saat ini. Seperti yang Ris cakap tadi, tidak boleh terlalu memaksa ingatan Aslan untuk terus ingat sekali gus.

"Kau okey tak ni?" Ayaz menyoal. Dari tadi dia melihat raut wajah Eiran lain.

"Ada masalah sikit. Tapi tak apa, aku handle sendiri nanti."

Ayaz mengangguk. Kalau Eiran tidak mahu apa 'masalah' seperti yang dia katakan, tidak mengapa. Dia juga tidak akan memaksa. "Any help, just tell me."  Eiran mengangguk.

tak lah, gurau je

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

tak lah, gurau je. kisah kita masih panjang.

Broken TrustWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu