Mengangguk kepala Dahlia. Dia mencium pipi Puan Aminah.

"Lia mandi dulu mak. Nak solat. Nanti Lia tolong mak." Kata Dahlia seraya mengorak langkah menuju ke bilik air.

"Yalah. Cepat sikit." Dahlia memberi jari thumbs-up kepada Puan Aminah.

~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum." Berpusing kepala Dahlia memandang ke arah pintu dapur apabila mendengar suara Encik Fahmi memberi salam.

"Waalaikumussalam, abah." Matanya diluluskan mencari susuk tubuh Danish. Mana pula adik dia pergi?

"Mana Danish?" Tanya Dahlia selari menyalam tangan Encik Fahmi dengan penuh hormat.

"Jumpa kawan dia sekejap. Nanti balik lah tu." Balas Encik Fahmi.

Encik Fahmi melangkah mendekati meja makan. Ditarik kerusi dan dilabuhkan duduknya. Dahlia mengekori langkah Encik Fahmi dari belakang.

"Mak mana?" Kini giliran Encik Fahmi pula menyoal keberadaan sang isteri kepada anak.

"Mak pergi rumah Nek Rohayah. Hantar nasi goreng kampung yang mak masak tadi. Ada lebih. Itu yang mak saja kongsi rezeki pagi ni." Kata Dahlia jujur.

Memang tadi Puan Aminah sengaja memasak nasi goreng kampung lebih sebab nak berkongsi makanan dengan jirannya itu. Dah lah jirannya itu duduk seorang diri.

Anak-anak serta cucu-cucunya semua duduk di bandar. Balik bila ada waktu lapang saja. Hendak balik selalu tidak boleh. Masih ada tanggungjawab di sana.

"Yalah." Mengangguk faham Encik Fahmi. Diambil satu cekodok pisang dan disuapkan ke dalam mulutnya.

"Abah nak makan ke?"

"Boleh juga. Lapar dah ni. Nak tunggu yang lain tak tahu bila baliknya. Emak kamu tu kalau dah pergi ke rumah Nek Rohayah. Lama lah gamaknya dekat sana. Adik kamu tu pula entah lah." Tersenyum nipis Dahlia mendengar bebelan Encik Fahmi.

Diambil satu pinggan kaca dan mencedok nasi goreng kampung ke dalam pinggan lalu diberi kepada abahnya. Air teh panas turut dituang ke dalam cawan kaca. Ditolak sedikit di hadapan Encik Fahmi.

"Abah, Lia nak siap-siap. Nanti nak pergi kafe." Izin Dahlia kepada Encik Fahmi.

"Hm." Jawab Encik Fahmi memberi izin.

Setelah itu, Dahlia meninggalkan abahnya di dapur dan dia bergerak menuju ke bilik tidurnya. Sekejap lagi hendak ke kafe.

Dahlia ada kafe yang dibuka bersama dengan dua orang kawan baiknya iaitu Sarah dan Tiara.

Encik Fahmi memandang anak daranya sehingga hilang kelibat Dahlia yang masuk ke dalam biliknya. Encik Fahmi cukup bangga dengan Dahlia. Seorang anak yang selalu menyenangkan hati walaupun kadang-kadang suka beri sakit kepala.

~~~~~~~~~~

📍Bali, Indonesia

Menerpa angin pantai yang terkena tubuh tegap seorang lelaki yang hanya memakai short pants dan berbaju kemeja tidak berbutang sehingga menampakkan badannya dan perut six pack.

Rambutnya yang diterpa angin dibiarkan saja. Banyak mata memandang ke arahnya tapi hanya diendahkan. Terlebih lagi perempuan. Dah selalu sangat semua orang pandang dia sampai dia pun dah lali.

Lelaki hensem. Siapa je yang tak nak pandang? Lagi-lagi perempuan. Tengok pula lelaki tu ada six pack or eight pack. Ha mula lah gegar kepala lutut.

Pastu cair.. macam aiskrim yang meleleh.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now