"Walaikumusalam."
Abang Man tersenyum manis melihat kereta mewah itu meluncur masuk ke tempat letak kenderaan.

Cukup senang dengan kehadiran Indra memandangkan setiap kali Indra datang, lelaki itu tidak pernah datang dengan tangan kosong. Pasti ada makanan buatnya.

Tangan Indra ligat memusingkan stereng masuk ke dalam tempat parking kereta yang tertera nombor plate kereta Dhamir.

Kawasaki Ninja ZX 25R yang terletak elok di sebelah dilihat. Tahulah dia seketul Dhamir Haikal membawa motornya kemari.

Rayban hitam dipakai sebelum tubuh itu keluar dari perut kereta. Halfzip sweater berona hitam yang tersarung elok di tubuh tegap miliknya dibetulkan.

Kereta dikunci sebelum kaki panjang itu menapak ke arah pejabat utama sekolah swasta yang tersegam indah ini.

.⁠。⁠*⁠♡

Kaki panjangnya menapak masuk ke dalam ruang pejabat sekolah. Mata melilau mencari susuk tubuh seketul Dhamir Haikal.

"eh Tuan Faleeq."
Indra menunduk sedikit apabila seorang wanita menyapanya.

"Cari Tuan Dhamir yer ?."

Indra mengangguk seraya kepala masih menunduk tidak bertentang mata dengan wanita di hadapannya.

"Tuan Dhamir ada dalam bilik dia."

"Okay terima kasih ye."
Indra menunduk sedikit sebelum menapak ke arah bilik peribadi Dhamir.

Tidak pelik apabila ramai yang mengenalinya memandangkan sejak dahulu lagi dia sering hadir ke mari menemani sang sahabat.

Pintu bilik yang berona hitam diketuk sebelum pedal pintu ditolak apabila dipelawa masuk.

Kaki melangkah masuk sebelum retina mata dihiasi tubuh tegap seketul Dhamir Haikal yang leka melihat laptop di hadapannya.

"uish Dhamir Haikal masuk office."
Sapaan Indra menerima tatapan tajam dari Dhamir.

"you're late Indra Faleeq."
Tegas suara Dhamir menegur Indra.

"eh excuse me."
Indra melabuhkan duduk di sofa yang tersedia di dalam bilik sang sahabat.

Dhamir menghiraukan tingkah selamba Indra. Tidak kisah memandangkan Indra sudah biasa masuk ke dalam biliknya.

"bonda kat mana ?."
Soal Indra.

"ada tengah round sekolah. Biasalah bonda, pagi pagi tu lah exercise dia."
Jawab Dhamir seraya tangan ligat mengetik sesuatu.

"hah ni Indra.."

"apo ?."

"umi sihat ?."

"Sihat.. umi ajak kau makan malam esok. Katanya rindu anak kelima dia."
Jelas Indra bersama suara yang dibuat menyampah.

"HAHAHAHAH."
Dhamir tertawa lepas mendengar nada suara Indra.

.⁠。⁠*⁠♡

Dua tubuh tegap itu melangkah keluar dari bilik peribadi Dhamir. Susuk tubuh tegap kedua sahabat ini mampu menarik staf staf yang berada berdekatan.

Siapa tidak kenal dengan dua susuk tubuh ini.

Dhamir Haikal dan sahabat sejatinya dari kecil lagi, Indra Faleeq.

Dhamir Haikal. Mempunyai rupa paras tampan melayu asli. Berkulit sawo matang, apabila senyum muncul garisan di hujung mata. Tubuh tegapnya dibaluti jacket kulit berona hitam. Jelas menunjukkan lelaki ini menunggang motorsikal.

aksaraKde žijí příběhy. Začni objevovat