°∘∘45∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Boleh, puan.." Masih tidak bertukar panggilan 'puan' itu. Qayyum merapatkan jaraknya dengan kitchen island. Seronok pula dia tengok Aisy buat semua itu.

Tiba-tiba muncul satu soalan di fikiran Aisy. Dia baru tahu yang ada tetamu tumpang bermalam di sini. Cuma belum bersua dengan tuan badannya lagi.

"Siapa nama tetamu kita tu, Qay?" Kabinet dibuka, lalu Aisy ambil sebuah gelas kaca. Gelas itu dibawa ke arah peti sejuk.

"Hayfa,"

"Ohh.."

Aisy menuang jus oren ke dalam gelas tersebut. Kemudian, dia kembali ke kitchen island. Gelas itu dibawa ke hadapan Qayyum. Terkial-kial lelaki itu melihat Aisy menyediakan air buatnya.

"Minum.." Arah Aisy lembut. Dia tahu selagi tak dipaksa, selagi itu Qayyum tolak.

"Terima kasih Puan Aisy," Memang kena sangat Aisy bagi dia air sejuk sekarang. Tekaknya benar-benar kering. Dengan sekali teguk saja, hampir separuh jus diminum oleh Qayyum.

"Saya nak minta tolong Puan Aisy boleh?" Bila Aisy tanya nama Hayfa, terus Qayyum teringat sesuatu.

"Kenapa Qay?" Tangan Aisy yang sibuk bekerja dari tadi serta-merta terhenti. Macam serius aje bunyinya...

"Boleh tak Puan Aisy tolong bagi Hayfa selesa dengan persekitaran yang baru bagi dia ni? Maksud saya, ajak dia berbual sambil bawa bersiar kat tempat lain ke.."

"Maksud awak?" Terangkat sebelah kening Aisy. Arahan itu mudah baginya, cuma dia nak kepastian lain.

"Err... sebenarnya Fareez yang minta tolong saya beritahu benda ni," Jujur Qayyum tidak mahu wanita itu fikir yang bukan-bukan padanya.

"Oh, dari Fareez rupanya.." Lega sikit lepas dengar.

"Ambil berat betul ya Fareez pada Hayfa? Mereka berdua ada apa-apa ke?" Sengaja Aisy mahu mencungkil rahsia diantara persahabatan mereka dengan lebih dalam. Dia tahu Qayyum seorang yang jujur dalam percakapan.

"Saya pun musykil dengan Fareez. Apa yang saya nampak, dia tak tunjuk sangat layanan baik dia dekat Hayfa depan orang lain.." Balas Qayyum sambil memerhatikan kawasan kanan dan kirinya. Takut jika ada telinga yang mendengar.

"Jadi kalau hanya berdua, layanan Fareez berbeza lah?" Setelah memahami ayat Qayyum, Aisy cuba membuat teorinya.

"I could say... yes, Puan Aisy." Ringkas jawapannya memandangkan perkataan itu sahaja yang sesuai untuk meyakinkan Aisy.

"Baiklah.. saya boleh tolong," Aisy akhirnya bersetuju untuk lakukan apa yang diminta oleh Fareez.

Terukir senyum nipis di bibir Qayyum. Senang hati mendengarnya.

"Della mana? Kamu dengan Fareez berdua jeke datang sini?"

"Della ada—"

"I'm here!" Automatik terhenti Qayyum dan Aisy menoleh ke arah tuan badan suara itu. Fredella tersenyum sambil menggesel hidungnya pada pipi gebu si kecil Airis. Dia mendukung Airis seraya mendekati kitchen island.

"Pinjam baby Nella kejap tau, Kak Aisy. Rindu sangat dekat budak comel ni!" Langkah Fredella berhenti di sebelah Qayyum.

"Boleh.." Aisy mengangguk perlahan sambil tersenyum. Matanya sempat menangkap cara Qayyum memandang Fredella bermanja dengan Airis. Nampak leka, seakan fikiran melayang entah kemana.

Semoga satu hari nanti, Qayyum dan Fredella dikurniakan zuriat. Rezeki yang hanya ditentukan oleh Allah SWT...

Bisik hati Aisy sewaktu memerhatikan pasangan di depannya itu. Dia memang dapat baca fikiran Qayyum, lebih-lebih lagi tangan lelaki itu naik mengusap belakang kepala Airis. Belaian yang penuh dengan kasih sayang.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now