°∘∘45∘∘°

Start from the beginning
                                    

Hayfa hanya perhatikan pergerakan Fareez. Sambil itu, otaknya cuba menghadam ayat tadi.

"Baring." Arah Fareez usai tempat baringan tersebut dikemaskan.

Tanpa bantahan, Hayfa menaikkan kedua-dua kakinya ke atas katil. Dia mengengsot sedikit kebelakang sebelum kepala dijatuhkan pada bantal.

"Kau penat kan? Tidur. Nanti pembantu rumah akan sediakan makanan. Makan, tak perlu bantah. Jangan menyusahkan diri sendiri.." Walapun arahan seterusnya ini agak tegas dari tadi, tapi Fareez masih menggunakan nada yang lembut.

"Faham, Alara Hayfa?" Dalam lembut-lembutnya pun terselit jua dingin Fareez.

Terbuka mulut Hayfa saat nama penuhnya disebut oleh lelaki itu. Dia benar-benar tercengang sehingga dahi turut berkerut.

Tiada jawapan darinya, namun kepala laju mengangguk.

Lantas Fareez menjauhi gadis itu. Keluar sahaja dari bilik tidur tersebut, pintu ditutup rapat.

Tidak berkelip mata Hayfa sehinggalah Fareez keluar.

"Sampai bila lah aku nak kena main teka-teki ya? Mereka semua ni kerja apa sebenarnya?" Pada awalnya, Hayfa tidak keliru dengan pekerjaan Fareez. Sebab dia fikir lelaki itu sama-sama bekerja dengan Qayyum.

Apa yang dia tahu, sewaktu dia pertama kali berjumpa dengan Qayyum di Li' Moscow, lelaki itu sedang jalankan misi menyamar bersama seorang polis.

Namun Hayfa rasa sangkaannya salah. Mereka semua bekerja di bawah seseorang dan pangkatnya bukan calang-calang iaitu Khalaf Farrel.

"Puan Aisy? Nak buat apa dengan barang-barang ni semua?" Sewaktu Qayyum mahu mencari kelibat si isteri, matanya tertumpu ke arah Aisy di kitchen island

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Puan Aisy? Nak buat apa dengan barang-barang ni semua?" Sewaktu Qayyum mahu mencari kelibat si isteri, matanya tertumpu ke arah Aisy di kitchen island.

Risau juga tengok. Dah lah tengah sarat mengandung, tapi tetap taknak duduk diam. Ada saja kerja wanita itu di dapur.

"Lah... Qayyum? Berapa lama dah awak jadi adik ipar Farrel? Takkan nak panggil saya puan lagi.." Tangan yang baru saja dibasahkan Aisy lap pada kain apron. Terlakar senyum nipis di bibir apabila disapa oleh Qayyum.

Qayyum tak tahu nak jawab apa. Belakang tengkuknya diusap sambil tersengih. Sedangkan nak panggil Khalaf 'abang' pun dia fikir 100 kali. Apatah lagi nak panggil wanita itu dengan panggilan lain.

"Qay tak tahu? Mama ajak kita semua ke rumah dia malam esok. Nak buat barbeque,"

"Oh, ada!" Qayyum hampir lupa akan pesanan ibu mertuanya. Mujur Aisy ingatkan. Kalau tidak, tak pasal-pasal dia dan Fredella kena soal jawab dengan boss queen.

"Saya nak buat kek coklat. Nanti awak bagitahu Evren dan Aaren sekali untuk datang esok malam ya? Baru lah meriah," Mentega disapu pada permukaan loyang kek. Kemudian, Aisy tuang adunan kek coklat yang sudah siap ke dalam loyang tersebut. Penuh teliti wanita itu mahu menyempurnakan hasil tangannya.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now