𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 60

Start from the beginning
                                    

Berkedip pantas kelopak matanya mendengar alasan Altaf. Biar betul? Sebab rindu aje? Tapi kena dengan situasilah pulak. Hehe.

"Abang gedik!" Dada Altaf ditampar sekilas. Mengada. Eima ada depan mata pun rindu. Hurm...

"Dengan Eima je." Pucuk hidung Eima dicuit manja. Layankan sahajalah tuduhan Eima terhadapnya. Kalau Altaf bercerita yang wanita itu mengigau, Eima memang tidak akan mengaku. Bersungguh wanita itu menafi. Biarlah dia aje yang tahu.

Altaf berbaring. Cepat sahaja Eima menarik lengannya dan dijadikan bantal. Tubuh tegap itu turut dipeluk erat. Hidungnya dibenamkan ke leher Altaf. Wangi...

"Abang. Kaki Eima lenguh..." adunya perlahan.

Tanpa kata, Altaf angkat kaki wanita itu supaya menindih betisnya. Bukannya dia tidak mengerti dengan signal yang diberikan oleh wanita kesayangannya itu.

"Dah?"

Eima angguk serupa belatuk. Puas hati. Selesa. Servis mantap! "Terima kasih abang."

"Kasih diterima..."



"Hi, ladies. Welcome back to Eima's morning skincare routine, ibu-to-be... edition!"

Mendengarkan itu, Altaf senyum sendirian. Satu persatu butang vest yang sudah dipakaikan ke tubuh tegapnya itu dikancing. Kot labuh yang tergantung rapi turut dicapai sebelum melangkah keluar dari bilik persalinannya itu.

Langkah Altaf terpasung pada pintu gelongsor. Makin lebar senyumannya terpandangkan belakang tubuh Eima yang sedang bercakap seorang diri pada kamera iPadnya itu. Tidak lupa dengan headband yang berbentuk ribbon besar setia di atas kepala wanita itu.

Seronok melihat kelakuan wanita itu yang membebel sendirian tentang rutin harian kulitnya, Altaf menyendeng pada jenang pintu. Kedua belah lengan naik memeluk tubuh sendiri.

"Muka Eima dah banyak naik tiny bumps... tapi suami Eima kata Eima cantik lagi jadi Eima dah tak sedih sangat. Korang jangan nak tegur pulak!" Telunjuknya juga naik. Siapa tegur Eima babap!

Walhal, video tersebut hanya disimpan untuk tontonan sendiri dan juga si suami memandangkan Altaf juga memberikan sokongan penuh terhadap hobi barunya ini. Lagipula peranti yang dia gunakan ini milik si suami. Hehe.

Altaf gigit bibir bawahnya. Menahan tawa yang mungkin akan terletus.

Berkenaan kulit mukanya, Eima turut mengadu kepadanya sebelum mereka menunaikan solat subuh pagi tadi. Sehingga menitis air mata wanita itu. Makan masa 20 minit juga Altaf pujuk isteri kesayangannya. Sensitif sungguh ibu mengandung sekarang.

"Hari ini mood Eima baik jadi Eima nak bagi extra services," ujar wanita itu riang. Masih tidak sedar akan kewujudan sang suami yang setia memerhati setiap kelakuannya itu.

"Sementara kita nak tunggu serum ni betul-betul meresap, Eima rasa macam nak menyanyi!" Pulak dah.

"Ehem!"

Sebelah kening Altaf terangkat melihat Eima yang sudah beralih posisi. Elok daripada wanita itu duduk di atas kerusi berhadapan meja solek, dia beralih berdiri pula. Serentak dengan alunan musik yang mula kedengaran.

"Seperti ada yang tak kena,
Disaat melihat ke arahmu,
Saat kau berpaling dan tersenyum,
Dunia jadi luar biasa..."

Rangkap pertama lagu yang berjudul Mungkinkah nyanyian Sheila Abdul itu dialunkan dengan penuh gaya oleh Eima. Lagu zaman Eima studi dulu.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now