Lengan Mike disiku, mata Nathan memberi isyarat tentang keberadaan bonda dihadapan mereka.

Mike terdiam, dia lupa bonda ada, dia tahu pasal perjanjian Nathan dan bonda untuk hentikan siasatan selagi Nathan tak tamatkan zaman bujangnya dan mereka berdua menyiasat tanpa pengetahuan bonda.

"Ay apa Mike cakap sampai habis, bonda pun nak dengar."

"Pa-pasal Ayen, haa Ayen... Ayen tu kucing orang buang, Mike ambil, niat nak letak sini boleh kawan dengan Blacky." Mike senyum paksa, berharap bonda termakan dengan penipuannya.

Nathan menjeling, Blacky pula jadi mangsa keadaan.

"Ayen tu betina jadi boleh kahwin kan dengan Blacky" tambah Mike sambil tersengih.

"Aku tak plan nak jadi atok buat masa ni" balas Nathan bersama jelingan, suka hati nak kahwin kan kucing dia.

"Sebut pasal kahwin, Nathan jumpa dah ke calon" Bonda memandang wajah Nathan, walaupun usia sudah berumur, ingatannya masih kuat.

Tersedak Nathan dengan soalan spontan bonda, dia memaling wajah kearah Mike, terpapar wajah geramnya, kau punya pasal lah ni Mike aku terbabit sekali.

Mike mengangkat tangan seakan tidak bersalah, dia sudah sehabis baik sorokkan kerja dia dan Nathan buat secara haram tanpa mengetahuan bonda.

Wajah bonda yang tertanya-tanya ditenung sekilas. Dengan bonda tiada satu perkara pun boleh dirahsiakan, bonda lebih kenal dia berbanding di sendiri.

Nathan diam seketika sebelum mengangguk perlahan, dia jujur dengan perasaan sendiri. Dia tidak menafikan jantungnya sentiasa berdegup laju bila dekat dengan gadis itu, saat itu dia sedar gadis itu adalah penyebabnya.

"Biar betul tuan !"

"Siapa Nathan ?"

Suara mereka bergabung menjadi satu. Ternganga mulutnya Mike, terkejut dengan khabar daripada Nathan. Bonda tersenyum manis, senang hati tuanya dia.

"Tapi gadis tu adik Safy, bonda" Kepala yang tidak gatal digaru.

"Safy ada adik ? Bonda tak pernah nampak pun" Berkerut dahi bonda, dia tidak tahu kewujudan adik Safy selama ini.

Nathan membalas dengan anggukkan. "Ada, dia jarang ada kat sini sebab duduk dengan nenek dia. Layla Sofea nama dia, Nathan panggil dia Sofea"

Keturan di dahi bertukar dengan senyuman dibibir bonda. "Cantik nama, mesti tuan pun cantik"

"Yes, how can I not fall in love, she is both lovely and adorable." Nathan senyum, gadis itu adalah gadis yang membuatkan dia dapat lihat warna senja, buat dia percaya senja itu indah.

Bonda tersenyum melihat senyuman Nathan yang mengambarkan anaknya memang benar sudah jatuh cinta dengan gadis yang dipuja.

"Macam mana tuan boleh kenal dia" Mike bersuara setelah lama berdiam diri.

"Kan aku cakap dia adik Safy, part mana kau tak faham" Nathan memberi jelingan kearah Mike, rasanya boleh juling mata dia asyik jeling orang.

"Iyalah kan" Mike tersengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Nathan mengeleng kepala, macam mana dia boleh kenal Mike, kata hunter tapi kadang rasa tak boleh pakai juga dengan perangai Mike.

"Bonda, Nathan pergi kerja dulu." Nathan bangun dan bersalam dengan bonda.

"Hati-hati drive tu" pesan bonda.

Nathan mengangguk, dia memandang kearah Mike yang sedang berselera makan nasi lemak.

"Kau duduk rumah jaga bonda."

"Baik tuan, setakat jaga bonda kerja senang je tu" sahut Mike sambil mengangkat ibu jari.

"Bagi kerja susah bukan kau boleh buat pun, kalau aku tahu bonda yang jaga kau, siap kau" Mike sengih kembali, dia tidak terasa pun dengan kata-kata Nathan, dia sudah kalih.

Kaki Nathan melangkah pergi bersama hati yang riang ria. Dia ada misi baru, senyuman manis terukir di bibir.

...

Fail-fail yang bertimbung di atas dipandang dengan wajah reda. Cuti seminggu, kerja pun tertunggak seminggu.

Tangan Nathan mula membuat kerja, helaian demi helaian ditandatangani. Nampak senang tapi lenguh juga tangannya.

Deringan telefon menghentikan tangannya, lalu telefonnya terus dicapai. Nama tertera di skrin telefon merubah wajah kelat kepada wajah paling manis, manis dengan senyuman.

"Baru di seru dah muncul"

Panggilan itu dijawab dengan senang hati.

"Hi senja"

"Senja ? Apa orang tua tengah cakap ni. Saya Layla Sofea bukan senja, ke senja tu girlfriend" balas Sofea dicorong telefon.

Nathan ketawa, dia sudah bilang hanya Sofea sahaja mampu buat dia tersenyum selebar ini dan ketawa sekuat ini.

"Saya masih suci Sofea, zero girlfriend. Kenapa call saya ?" Nathan menyandarkan badannya pada kerusi, terus hilang fokusnya pada kerja kerana gadis ini.

"Abang Nathan ajak lunch sekali dengan yang lain kan semalam, tak kan dah lupa."

"Mana ada lupa, apa yang berkait dengan Sofea tak pernah sekali saya lupa" seloroh Nathan.

"Jangan mengada, Sofea report brother nanti" Nathan ketawa, kalau Safy marah dia sekalipun dia tidak pasti mahu takut atau ketawa.

"Okay sorry sorry, Sofea call ada apa ? Abang memang niat nak terus pick up Sofea bila lunch, Safy ada meeting so dia tak boleh join."

"Sofea tahu, Sofea call abang Nathan nak cakap pasal benda ni la. Sofea kerja sampai petang, lunch dekat hospital je" keluh Sofea dicorong telefon, dia serba salah terpaksa menolak pelawa Nathan.

Nathan mengangguk kepala, dia faham maksud Sofea. "Kalau macam tu kita lunch dekat hospital, boleh lah saya merasa makanan hospital"

Sofea ketawa dicorong telefon. "Saya bukan makan makanan pesakit lah, kat sini ada Cafe."

"Boleh kita makan kat situ, yang penting Sofea ada." Senyumannya tidak pernah pudar dari tadi.

"Pelik-pelik lah orang tua ni"

"Hey hey suka hati je panggil saya orang tua."

"Memang betul pun kan abang Nathan dah tua, umur kita bagai langit dengan bumi."

Nathan ketawa."Orang tua ni nanti akan buat Sofea tergila-gila. Masa tu Sofea akan angau-"

Tut. Panggilan telefon tamat tanpa salam. Lantas Nathan ketawa kuat, dia dapatkan bayangkan wajah cemberut Sofea sekarang.

-JL-

"Love is composed of a single soul inhabiting two bodies." — Aristotle

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now