𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 59

Start from the beginning
                                    

"Pelik yang mana satu?" Yang ini pun. Tak lurus bukan dia.

Eima bulatkan mata. "Pelik sangat ke Eima sampai abang tak tahu yang mana satu ini?" Eima ini normal lah. Gedik sikit aje. Itu pun sebab bawa anak Altaf juga. Jadi secara zahirnya Eima tidak pelik langsung.

Altaf lepaskan ketawa halusnya. Sengaja mahu bergurau senda dengan isterinya. Altaf cuma rindu mahu usik wanita itu.

"Tak... Kalau diizinkan abang memang nak macam Eima." Senang cerita mini Eima.

Aduhai... Fikirkan sahaja sudah buat Altaf geram dan seronok. Tidak sabar pula mahu bertemu si kecil itu. Nanti kalau si kecil itu keluar... siaplah dia! Altaf gomol puas-puas.

Macam Eima? "Abang nak anak perempuan ke?" Eima rendahkan suara. Urat yang timbul disebalik lengan gagah itu dipicit-picit.

Altaf kerling Eima disebelah. Merasakan tautan jemari yang kian melonggar, lekas Altaf kemaskan tautan.

Bila dia dapat tangkap reaksi si isteri, senyuman Altaf sayu. Eima salah faham.

"Bukan itu maksud abang. Abang tak kesah langsung pasal jantina dia. Baik lelaki atau perempuan, tetap anak kita. Anak abang dan Eima, satu-satunya wanita yang abang mahu bersama hingga ke syurga. Anak ini rezeki kurniaan Allah. Abang terima seadanya." Altaf betulkan tanggapan Eima terhadapnya.

Sebagai seorang anak, Altaf tahu bagaimana perasaan apabila seorang ibu dan bapa itu berbahagi kasih. Altaf pernah diabaikan. Masakan Altaf mahu anaknya lalui perkara yang sama? Altaf tidak akan izinkan perkara itu terjadi. Tidak akan sesekali.

Eima senyum tersipu. "Abang ni takutkan Eima aje." Fuh, lega Eima. Eima tahu suaminya bukan sejenis lelaki seperti itu. Eima pun sama. Baik dan kurang anak mereka, Eima terima dengan hati yang lapang.

Altaf angkat sulaman tangan mereka lalu dibawa ke bibir. Belakang tapak tangan Eima dia cium lama. Lalu dia kembali meletakkan tapak tangan ke perut Eima.

"Abang suka betul sentuh perut Eima," ujarnya sambil mencebik. Sejak semalam lagi. Tidak sangka Altaf sebegini teruja bila dapat tahu tentang kandungannya. Malah, Eima sendiri tidak senanti ini.

"Nanti dia dah keluar abang boleh cerita pada anak kita yang abang betul-betul nantikan kelahiran dia. Abang sayang dia sejak abang tahu ada bidadari kecil dalam perut ibu dia." Altaf senyum tipis.

Akibat terkedu, berubah air muka Eima. Dalam diam, dia turut memahami apa yang Altaf cuba sampaikan kepadanya. Teringat akan cerita ibu mentuanya beberapa bulan yang lalu.

Eima tindih tapak tangan Altaf. "Abang..." sayu dia menyeru pemilik hatinya itu.

Altaf balas dengan gumaman. Terasa sejuk jemarinya ditindih Eima.

"You will be a good father. As good as you're being my husband. Macam mana Eima bangga beritahu seisi dunia yang abang adalah suami Eima, Eima yakin anak kita pun sama." Giliran dia pula ambil tangan Altaf dan dikucup penuh kasih kekura itu.

Redup Altaf balas tatapan itu. Kata-kata Eima selalu menghangatkannya. Perbuatan dan setiap tingkah wanita itu, tidak pernah gagal mencuit sekeping hati miliknya. "Sayang..."

"Eima pun sama. Eima akan jadi ibu yang cantik dan baik untuk anak kita!" Oh, itu keluar dari mulut Eima sendiri. Self-claim itu tak salah, kan? Confident itu penting.

Terlepas tawa Altaf. Dia turut angguk menandakan dia setuju. Bagi Altaf, anaknya amat beruntung kerana dikurniakan ibu sehebat Eima. Wanita kesayangan Altaf.




Altaf dan Eijaz saling berpandangan. Sesekali mereka memandang Zaril yang rakus menyedut jus epal itu.

"Perlahan-lahanlah, Ril," tegur Altaf lembut. Eijaz hanya menggelengkan kepala. Pasrah apabila jus epal yang selamba disedut oleh Zaril itu adalah miliknya.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now