BAB 1

51 6 1
                                    

KRINGGG!!! Bunyi loceng yang tidak asing lagi berkumandang pada pagi yang menjadi sejarah permulaan kehidupan baru bagi pelajar tingkatan 1 yang telah mendaftarkan diri di sekolah menengah ini.

Pelbagai riak muka yang terpancar di wajah pelajar tingkatan 1 yang baru menjejakkan kaki di sekolah menengah buat pertama kalinya. Ada di antara mereka yang datang dengan menuggang motosikal. Ada juga mereka yang datang ke sekolah dengan menaiki kereta mewah yang di pandu bapa mereka dan ada juga mempunyai pemandu peribadi.


Bunyi loceng semakin kuat berkumandang berlegar-legar ke pekarangan sekolah .

"Weh Kim, pukul berapa sekarang ni?" Tanya Nurul kepada Akim yang asyik membelek-belek buku teks Biologi .

Akim yang begitu ralit mentelaah buku teks sambil matanya meliar meneliti setiap bait perkataan tidak menjawab pertanyaan Nurul.

Nurul tidak berpuas hati dengan tindakan Akim yang mengendahkannya, dia bertindak mengetuk meja simen yang
diduduki oleh mereka berdua dan 5 orang rakannya yang lain.

"BHAMM!!!" Nurul menghentakkan telapak tangannya ke atas meja seraya menggejutkan semua rakannya yang sibuk mengulang kaji pelajaran dan ada yang membuat hal masing-masing.

Farah yang tadinya sibuk membelek cermin untuk membetulkan tudungnya, terkejut lalu melepaskan cermin yang digenggam di tangannya.

Akim yang tadinnya hanya tertunduk kini mengangkatkan mukanya dengan pantas seraya menunjukkan riak muka yang sedikit cuak dengan mata yang terbuntang luas.

'Kau dah kenapa ni Nurul? Terkejut aku," Akim bersuara

"Aku tanya kau sekarang dah pukul berapa? Kejap lagi pukul 7.30 kita kan ada perhimpunan" Nurul mengulang pertanyaannya.

"Pukul 7.25" Jawab Akim.

"Ushhh" Lagi 5 minit, jom lah kemas- kemas, kejap lagi nak perhimpunan dah" ujar Danial yang sibuk mengemas alat tulis dan buku latihannya untuk dimasukkan ke dalam beg sandang selepas mendengar jawapan dari Akim.

Melihat tindakan Danial. Kesemua mereka turut berbuat demikian.

"Haih, malasnya aku nak pergi perhimpunan, ayik dengar pengetua tu membebel je," rungut Nurul.

"Itulah, naik bernanah telinga aku, dari form 1 sampai lah form 5 ni, asyik benda yang sama je dia cakap, dah tak ada teks lain ke" Sakinah meluahkan perasaan hatinya sambil mengunyah biskut coklat Lexus menyebabkan hujahannya dilontarkan berserta habuk biskut yang terkeluar dari dalam mulutnya.

" Woi!!! Tersembur lah" teriak Nurul

"Makan kasi habis dulu lah kalau kut ye pun," tambahya lagi.
Mereka semua tergelak besar melihat situasi itu. Selesai mengemas, mereka bertujuh terus berangkat ke tapak perhimpunan bersama-sama.

Persahabatan antara mereka bertujuh terjalin sejak mereka berada di tingkatan 1 lagi, mereka terdiri daripada NURUL, SYARIFAH, FARAH, SAKINAH, DANIAL, AMIR DAN AKIM.

Kini mereka telah berada di tingkatan 5 dan bakal menduduki Perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Mereka bertujuh bersepakat untuk memilih aliran yang sama iaitu Sains Tulen.

Di tingkatan 4, mereka ditempatkan di kelas 4 Arif . Kelas itu hanya terdiri daripada mereka bertujuh sahaja. Telah menjadi lumrah, pelajar Sains Tulen lebih sedikit berbanding aliran yang lain. Disebabkan tahap kesukarannya yang berada di atas kemampuan rata-rata pelajar menyebabkan ramai pelajar gentar untuk mengambil risiko.

Setibanya di tapak perhimpunan, keadaan sedikit kocar -kacir. Semua pelajar sibuk beratur membentuk barisan mengikut kelas.

"Wow! Helok-helok budak form 1 tahun ni,"
"Boleh lah aku cuci- cuci mata," Sakinah berbisik sambil tersenyum. Matanya meliar ke arah sekumpulan pelajar lelaki. Pandangannya terhalang oleh pelajar yang barbaris di sebelahnya. Terjenket-jengket kakinya demi melihat pelajar lelaki itu.

MANTERAWhere stories live. Discover now