Tubuh tegap yang tersarung t-shirt hitam ringkas bersandar pada pintu ward.
"umi.."

Puan Mariam yang berada di corong telefon diam membiarkan sang anak meluahkan. Dapat dia tangkap nada lirih dalam suara garau itu.

"umiii.."
Lirih suara Indra. Mata dipejam erat. Seolah berperang dengan diri sendiri.

📞 she will be fine sayang..

Sebaris pujukkan ringkas dari umi mencelikkan kelopak mata Indra. Setitis air mata jatuh mengalir membasahi pipi.

Umi tahu.
Umi tahu dia risau akan keadaan gadis itu.

📞 percaya pada umi angah.. she's a strong girl..

Indra yang tadinya gagah berdiri bersandar di pintu ward jatuh terduduk. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir apabila suara umi memujuk lembut menyapa pendengarannya.
"muka dia pucat umi.."

Umi tahu.
Umi tahu apa yang bermain di mindanya.

Lirih.. lirih suara garau itu mengadu pada sang umi yang berada di talian. Minda kembali melayar wajah jelita yang pucat dipangkuaannya semalam.
"tangan dia sejuk.."

Puan Mariam yang berada di talian mengemam bibir menahan sebak mendengar aduan lirih sang anak. Tidak pernah dia dengar suara Indra Faleeq serapuh ini.

"angah lambat umi.. kalaulah angah tak angkat call tu.. mesti angah dah boleh halang dia umi..angah.."

Puan Mariam lebih pantas memotong ayat Indra.
📞 hei indra sayang.. but you save her.. that's enough sayang.. you save her life.

Indra menyandarkan kepala pada pintu. Tangannya naik mengusutkan rambut. Mindanya kusut. Kusut memikirkan segalanya.
"umi.. hati angah sakit bila angah tengok dia terkulai layu dekat pangkuan angah.. sakit sangat umi.. tsk."

Puan Mariam gagal. Gagal menahan sebak mendengar suara rapuh itu. Ibu mana yang sanggup mendengar sang anak mengadu lirih kepadanya.
📞 umi tahu sayang.. umi tahu

Lirih.. suasana koridor hospital itu hanya dihiasi suara rapuh Indra yang mengaduh lirih pada syurganya.

Tiada lagi, Seorang Indra Faleeq yang beku dan heartless.
Tika ini, hanya seorang anak yang mengadu lirih pada sang umi. Sakit, Tuhan.. hatinya sakit melihat gadis yang dipuja terkulai lemah.

Aku merayu,
angkatlah sakitnya.

.⁠。⁠*⁠♡

Indra membasuh wajah yang sembap. Berulang kali air dialurkan pada wajah. Anak mata naik menatap wajahnya yang basah.

Nafas dihela lemah. Entah kenapa mindanya tidak berhenti melayarkan momen tadi. Saat di mana dengan mata kepalanya sendiri gadis itu terkulai di pangkuannya.

Handphone yang berada di tepi singki dilihat sebelum dicapai. Contact nombor sang adik ditekan.

Dia tahu saat ini dia perlu memaklumkan pada Ahnaf.
Tetapi Indra tidak betah memberitahu Ahnaf bahawa adik perempuannya cuba untuk menamatkan hayat.

Tidak dapat Indra bayangkan betapa luluh perasaan lelaki itu jikalau mendapat tahu adik yang ditatang dari kecil kini hendak menamatkan nyawa sendiri.

Handphone dilekapkan ke telinga sebelum suara tenang milik Idlan menyapa pendengarannya. Idlan satu satunya yang dia boleh berharap tika ini mengenangkan Idlan bukanlah sejenis yang kepoh jikalau hendak dibandingkan dengan Iskandar dan Imar.

" Assalamualaikum Id."

📞 Walaikumusalam kenapa ngah.

"erm angah nak minta tolong ni. Along ngan adik kat mana ?."
Soal Indra seraya kaki berjalan menuju ke ward Alea.

aksaraWhere stories live. Discover now