Bab 3

53 7 0
                                    

Alyana perlahan berjalan masuk ke dalam rumah. Sungguh dia rindu dengan suasana rumahnya yang harmoni. Suara emaknya masih kedengaran di telinga. Suara ketawanya, suara bebelannya. Sungguh benar kata orang, ibu adalah satu-satunya orang yang tidak boleh diganti oleh sesiapa pun.

Air mata yang mengalir dilap perlahan. Ayahnya masih tidak pulang. Berharap agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini kepada ayahnya. Seteruk mana pun itu tetap ayahnya.

Suis lampu dibuka. Dia terus melabuhkan punggung di sofa bagi menghilangkan sedikit rasa penat dan juga sedikit rasa pedih. Disebabkan peluh, luka di belakang badannya terasa berdenyut.

"Maafkan saya Mei. Dia ayah saya. Saya dah tak ada sesiapa pun lagi"Alyana termenung sendiri mengimbas kembali apa yang dia katakan kepada Mei Yin sebelum pulang tadi.

"Sakit ni semua hanya sementara. Esok-esok lega lah nanti"kelihatan seperti Mei Yin menghela nafas panjang.

"Sakit yang hati you tanggung boleh lega ka, Yana? Kenapa you masih nak pertahankan bapa you tu? Tapi, masih boleh dipanggil bapa ka, kalau dia pukul-pukul you?"

"Haihhh. Tak apalah. You pergi balik dulu. Fikir masak-masak. Kalau ada apa-apa call saya tau. Jangan lupa. I selalu ada untuk you"ujar Mei Yin.

"Urmm...thank you ya, Mei"ujar Alyana. Dia faham yang Mei Yin risaukan dia.

"No hal. Nak balik hati-hati yer. Ker nak I teman you balik?"ujar Mei Yin.

"Eh tak payah. Lagipun tadi bapak you ada panggil tadi. Tak ada apa-apa lah. Hari masih petang"ujar Alyana.

"Baiklah. Hati-hati ya, Yana"ujar Mei Yin.

Sungguh dia sangat sayangkan persahabatannya dengan Mei Yin. Dia berharap agar hubungan mereka akan kekal selamanya.

Baru sahaja dia ingin bangun bergerak ke biliknya dia dikejutkan dengan suara ketukan pintu berkali-kali. Alyana terus bergerak membuka pintu dan dia terus terkaku melihat wajah ayahnya.

"Ayah!"Alyana terus menyambut ayahnya yang ingin jatuh ke lantai. Wajah ayahnya dipenuhi dengan lebam dan di tepi bibir ayahnya berdarah.

"Kenapa sampai macam ni?"soalnya.

"Arghh. Lepas lah"ayah meronta menyebabkan Alyana tidak lagi memegang ayahnya.

"Kau jangan sibuk dengan hal aku. Ini masalah aku bukan masalah kau"ujar ayah. Dia tidak langsung menatap wajah anak perempuannya itu.

"Kau kena ingat, semuanya berpunca dari kau"Alyana mengalirkan air matanya tanpa sedar. Dia tahu yang dia penyebab ayahnya berubah. Tetapi masih tidak ada lagikah walau secebis kasih sayang dari ayahnya.

Dia juga kehilangan ibu. Tidak ada lagi tempatnya untuk mengadu dan berteduh.

"Maafkan Yana ayah"ujar Alyana perlahan. Tanpa berbasa-basi dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Bukan nak menyenangkan aku, malah menyusahkan aku lagi ada. Baik aku tak payah ada anak yang bawak bala macam kau"ujar ayah. Dia tidak akan jadi seperti dulu. Isterinya sudah tiada. Sudah tidak bermakna lagi hidup. Semuanya berpunca daripada anak tak kenang budi macam perempuan tu.

Alyana menangis tersedu-sedan. Terasa sakit dan pedih bila pertolongannya ditolak oleh ayahnya sendiri. Adakah dia sebenarnya tidak patut hidup? Sumpah dia sangat-sangat menyesal. Kenapa tidak dia sahaja yang dilanggar? Kenapa ibunya?

Apakah yang harus dia lakukan sekarang? Di kampung ini tidak ada yang mampu menerimanya kecuali Mei Yin dengan keluarganya.

Adakah patut dia keluar dari sini dan mencari kerja di luar bandar? Adakah dia perlu keluar dan meninggalkan ayahnya sendiri? Sudah dia berjanji dengan sang ibu untuk terus menjaga ayah.

"Mak, kenapa mak selamatkan Yana?"

"Mak....kenapa mak tinggalkan Yana dengan ayah? Mesti kalau Yana tak ajak mak keluar mesti mak masih ada dengan kami. Semua salah Yana kan, mak? Sepatutnya Yana yang mati kan, mak?"Yana menangis tersedu-sedan. Kalau boleh diputarkan waktu, dia akan menggantikan tempat sang ibu.

Buat seketika kedengaran bunyi seperti tingkapnya terkena sesuatu. Yana terus terdiam dan dia kemudiannya terus memalingkan wajahnya ke arah bunyi tersebut. Dia kemudiannya terus bergerak dan membuka tingkap tersebut. Memastikan siapa yang membuat perkara tersebut.

"Kau keluar sekarang!"jerit orang tersebut membuatkan Yana terdiam dan ketakutan. Dia terus menutup tingkap tersebut. Tangan terus berlari mencapai telefon bimbitnya. Didail nombor Mei Yin untuk memberitahunya tentang itu tetapi malangnya panggilan tersebut tidak diangkat.

"Mei Yin. Tolong saya Mei"ujar Alyana di dalam hati. Sungguh berdebar hatinya sekarang. Takut mula menguasai diri.

Baru hendak menelefon Mei Yin sekali lagi, Kedengaran seperti pintu di ruang tamu ditendang dengan kuat beberapa kali. Alyana dengan pantas mengunci pintu biliknya.

Dia terus menghendap dari tingkap memastikan tidak ada sesiapa. Dia terus memanjat tingkap tersebut dan berlari keluar. Telefonnya juga tidak lupa diambil.

Dia merasa semua yang berlaku ada kaitan dengan ayahnya. Mungkin disebabkan itu di seluruh wajah ayah kelihatan penuh dengan lebam. Tujuannya sekarang adalah pergi ke rumah Mei Yin kerana di situ mungkin lebih selamat.

Dia berlari dengan sekuat hati kerana terdengar seperti derapan tapak kaki yang berlari di belakangnya semakin mendekati.

"Kenapa mesti aku jadi tumpuan mereka?"soal Alyana dalam hati. Tanpa menoleh ke belakang, dia terus berlari dan mengetuk pintu rumah Mei Yin beberapa kali. Berharap akan ada yang membuka pintu itu.

"Mei Yin, tolong saya"ujar Alyana memohon berselang-seli dengan ketukan di pintu.

"Woii. Kau nak ke mana?"soal seorang lelaki yang sebenarnya mengikuti Alyana dari tadi.

"Mei Yin, tolong saya"Alyana mula menangis. Kenapa semua ini terjadi padanya?

"Kau ikut aku atau ayah kau mati"ujar lelaki tersebut lalu menarik lengan Alyana.

"Tolong jangan apa-apa kan dia dan aku. Tolonglah pergi dari sini"pinta Alyana.

"Adakah kau rasa yang aku patut lepaskan kau? Heh...ayah kau hutang dengan kami dan ya, dia jual kau sebagai bayaran untuk hutang yang dia buat"

"Kau masih nak suruh aku lepaskan kau dan aku rasa baik kau lupakan saja. Kau dah dijual dan kau sepatutnya ikut cakap aku. Kau faham tak?"kepala Alyana ditunjal dengan kuat.

"Tolonglah lepaskan aku"ujar Alyana merayu untuk dilepaskan.

"Baik kau diam sekarang. Kalau tak ayah kau, aku bunuh"lelaki itu terus menarik Alyana kembali ke rumahnya.

Alyana terus terdiam. Dia menghela nafasnya perlahan. Kenapa perlu takdir hidupnya berjalan seperti ini? Adakah peluang untuk dia bahagia sudah tiada? Adakah ini pengakhiran jalannya?

Segala ketentuan Allah dia akan harungi. Sekarang ini dia hanya mampu berharap akan ada jalan atau cara untuk dia melepaskan diri dari semua ini. Dia tahu dia harus berusaha kerana usaha tidak akan mengkhianati hasil.

Persetankan sesiapa, termasuk ayahnya yang sanggup menjualnya. Sekarang, keselamatannya adalah utama. Dia tahu dia tidak berhak untuk menidakkan kebenaran. Dia tahu dia salah kerana dia penyebab kematian ibunya. Akan tetapi, layakkah dia untuk diperlakukan sebegini?

Dia tidak sanggup. Memang ayah tetap ayah, harus dia hormati...tetapi dia juga manusia biasa. Sampai bila dia harus bertahan? Adakah sampai harus menggadaikan maruahnya?

Sesungguhnya dia tidak rela. Biarlah apa pun yang terjadi, dia tidak akan bekerja dengan lelaki-lelaki itu. Dia tekad. Dia harus pergi dari rumahnya.

Engkau JodohkuWhere stories live. Discover now