Saat ini, tiada kata dapat dia ungkapkan betapa remuk hatinya mendengar pengakuan Nina yang mengharapkan dia mati.

"you wish i was dead ?."
Perlahan suara Alea.

Nina diam sebelum dapat Alea lihat disebalik hujan yang lebat gadis itu mengangguk.

Alea tersenyum nipis. Tersentak hebat Madiha apabila melihat senyuman di bibir Alea. Tuhan, betapa retaknya hati gadis itu tika ini.

"will that make you happy Nina ?."

Sekali lagi sebaris pertanyaannya menerima anggukan dari Nina. Mata Alea masih menatap redup wajah sinis sang sahabat. Tidak, dia tidak jumpa sinar kasih seorang sahabat lagi dalam diri gadis itu.

Alea menarik nafas lemah sebelum tubuh yang tadinya terduduk dipaksa untuk bangun. Kaki yang tidak beralas apa apa kasut dipaksa untuk menampung tubuh.

"alea.."
Madiha menyeru lembut sang sahabat. Gusar jika Alea bertindak mengikut hati.

Alea dengan penuh paksaan sekali lagi menatap Nina buat kali terakhir. Perlahan kakinya menapak tengah jalan.

"ALEA KAU BUAT APA NI !."
Nyaring suara Madiha apabila Alea masih menapak ke tengah jalan dengan keadaan kaki yang luka. Dapat dia lihat dengan jelas darah yang mengalir dari kaki gadis itu.

"Nina.. sekali lagi, aku minta maaf. Terima kasih. Terima kasih sebab jadi kawan aku sepanjang 12 tahun ni."

Nina hanya menatap Alea yang masih menapak. Berkerut wajahnya apabila tubuh Alea hanya berdiri di tengah jalan terkaku menatap kearahnya.

Hati mula diterpa rasa risau yang menggunung.

"PIN PIN !."

Membulat anak mata Nina apabila sebuah kereta meluncur laju masuk ke dalam perkarangan taman perumahan ini.

"SHIT CALL INDRA NOW !."
Nyaring suara Madiha mengarahkan si tunang yang berada di belakangnya. Tubuhnya laju berlari ke arah Alea.

Ya Allah.. tolong.

"PONNNN !!."

"ALEA INTISAR !!!."

"huh.. huh.."
Berat nafas Alea apabila tersedar dari lena. Berdegup kuat jantungnya seolah sukar untuk bernafas. Jam di dinding dilihat. Jelas jarum menunjukkan pukul 3 pagi.

"Astaghfirullahazim.. Lahaulawalaquwataillabilla."
Mengucap panjang Alea apabila mengenangkan mimpi yang baru dialami tadi.

Lama dia merenung balkoni bilik, menatap langit malam yang lansung tiada sinar bintang.
Entah kenapa hati dihimpit rasa tidak enak.

"Ya Allah.."

Tangan Alea mengusap lembut dada. Cuba untuk membetulkan pernafasan.

Handphone yang berada di sisi katil dicapai. Meredup anak matanya melihat berjela jela notifikasi dari insan yang dia paling mahu elak.

Amar.
Nina.

Alea mengeluh lemah melihat dua nama yang berjela. Membuatkan memori sewaktu zaman sekolah kembali hadir di benak minda.

Seolah olah rutinnya selama ini kembali berulang. Rutin yang dia paling benci.

Handphone ditutup sebelum tangan naik meraup wajah.

aksaraWhere stories live. Discover now