11

105 5 0
                                    

Before reading this chapter ,
Please vote and comments to show your support❤️ thank you!

Seminggu kemudian ,

Kedengaran riuh rendah di kawasan rumah milik Tuan Amar yang dipenuhi dengan kemah-kemah serta tetamu yang ramai.

Tuan Amar dan Puan Maisarah terlihat sungguh gembira menyambut tetamu yang datang ke rumah mereka. Hari tersebut merupakan hari perkahwinan anak mereka iaitu Sayang Hanania.

Siapa je yang tak gembira dapat menantu kan? -Author.

Haykal pula , seperti biasa. Tugasnya memerhati setiap tetamu yang datang dan memastikan semuanya selamat. Jangan salahkan author , Ezwan yang bagi dia tugas tu.

Sementara itu , Hana yang berada dalam biliknya merasa gugup. Insyirah yang sedang menyolek Hana itu pun perasan akan keadaan Hana. "Hana~ awak tak perlulah risau. Semuanya berjalan dengan lancarkan~" katanya lembut.

Hana memandang kearah Insyirah sebelum tersenyum kecil. Ya , walaupun mereka baru berkenalan namun mereka sudah rapat bagaikan mereka dah kenal lama.

"Betul kata Insyirah! Kau ni Hana , gugup sangat. Muka tu bukan main cuak lagi. Ini majlis kahwin kau la , bukannya kau nak pergi berperang" kata Irdina yang berdiri disebelah Hana.

Hana terus mencebik mendengar kata-kata Irdina itu. Mulut takde insuran minah sorang ni. "Ehh! Elok sikit mulut tu , Irdina Humaira. Nanti kau sendiri yang merasa , baru kau tahu!" Kata Hana geram.

Insyirah menggeleng kepalanya. Mula dah gaduh mulut dua sahabat ni. Dia pun tak boleh buat apa. Tapi , dia rasa gembira sebab kenal Hana dan Irdina. Rasa hidupnya kini lebih bercahaya.

"Ehh! Tak nak aku! Biarlah aku jadi anak dara tua." Kata Irdina sambil menggeleng kepalanya. Kahwin? Taknak! Dia muda lagi.

"Haaa! Memang kau jadi anak dara tua la sorang-sorang. Insyirah pun dah kahwin. Aku pun dah nak kahwin. Then , kau sorang-sorang.~" kata Hana mengejek. Tadi dia ejek Hana , sekarang Hana balas.

"Korang sudah-sudahlah tu. Saya doa nanti jodoh Irdina jatuh dari langit , baru tahu." Kata Insyirah geram. Perangai kedua gadis tersebut mengalahkan perangai budak-budak. Dia pun naik pening.

Tuk. Tuk.

Kelihatan Luqman membuka pintu dan memberitahu mereka bahawa pengantin lelaki dah sampai. Hana terus merasa gugup kembali. Ketiga gadis tersebut keluar dari bilik tersebut dan menuju ke ruang tamu.

Hati Hana berdegup kencang melihat Ezwan yang sedang duduk menunggu kedatangannya. Hana pun berjalan kearah pelamin diiringi oleh Irdina.

"Boleh kita mula?" Kata Tok Kadi sambil memandang kearah para saksi. Setelah mendapat persetujuan , Tok Kadi pun berjabat tangan dengan Ezwan.

"Tengku Ezwan Syahrin bin Tengku Irwan."

"Ya , Saya."

"Aku nikahkan engkau dengan Sayang Hanania binti Amar dengan mas kahwinnya 15 ribu ringgit tunai." Kata Tok Kadi.

Dup dup. Hana memandang kearah Ezwan dengan rasa gementar. Hatinya berdegup dengan begitu kencang.

"Aku terima nikahnya Sayang Hanania binti Amar dengan mas kahwinnya 15 ribu ringgit tunai!" Kata Ezwan dengan sekali lafaz.

Tok Kadi memandang kearah para saksi sebelum memandang ke arah Ezwan. "Alhamdulilah!.."

Mengalir air mata Puan Maisarah apabila mengetahui anak gadisnya telah berstatus sebagai isteri kepada Ezwan.

Hana tersenyum malu apabila Ezwan datang menghampiri dirinya. Dia memberi ruang sedikit untuk Ezwan duduk disebelahnya.

"Assalammualaikum , bidadari~" kata Ezwan perlahan sambil tersenyum kecil kearah Hana. Hana yang dengar suara Ezwan itu tersenyum malu. Muka bukan main merah lagi.

"Waalaikumsalam , a-abang.." kata Hana sedikit kekok. Biasa panggil awak saya , sekarang kena tukarlah panggil abang pulak.

***

"Tahniah , Hana! Ingat , aku nak anak buah banyak-banyak" seloroh Irdina. Insyirah dan Luqman hanya mampu senyum sahaja.

"Mulut takde insuran betul. Kau pergi la sana kahwin dengan Nathan!" Kata Hana geram sambil merangkul tangan suaminya.

Mata Irdina terus terbuka luas. Dia terus menggeleng-geleng kepalanya. Kahwin dengan si Nathan? Taknak!

"No! Taknak! Aku taknak kahwin! Aku masih muda!" Kata Irdina sambil mencebik. Orang yang diseru pun tiba disebelah Irdina sambil menyilang tangan di dada.

"Amboi! Puaka betul mulut tu. Kau tunggu. Nanti kalau aku dah cukup duit , aku kahwin dengan kau. Tunggu kau." Kata Nathan dengan sinis. Sengaja nak tambah rasa takut si Irdina tu.

"MAKKK! TAKNAK KAHWIN!"

Hah sudah. Menjerit dah si Irdina sebab kena sakat. Apa lagi , habis pecah ketawa mereka semua. Ezwan pun ikut tersenyum kecil. Tula. Nak sakat orang sangat , kan dah kena diri sendiri.

Waktu pun berjalan dengan cepat. Ramai tetamu mula pulang. Puan Maisarah dan suaminya sedang mengemas barang-barang ditemani dengan beberapa ahli keluarga lain.

"Hana , pergilah naik atas dulu. Rehat-rehat. Suami kamu pun dah naik atas tadi." Kata Puan Maisarah yang melihat anak gadisnya itu sedang duduk termenung di ruang tamu.

"Baik ibu." Balas Hana lalu berlalu pergi ke biliknya. Setibanya di depan pintu , dirinya membeku. 'Nak buka ke tak?' monolognya dalam hati.

Tik!

Terlompat kecil Hana beli pintu biliknya terbuka. Matanya terus terbuka luas dan mulutnya melompong. "A-abang?"

Tak terkata Hana melihat Ezwan. Rambut basah dengan tuala lilit pinggang. Seksi plus seksa!

"Hmm?" Ezwan berdeham perlahan. Tangannya sibuk mengelap rambutnya yang basah. Hana dengan muka merah terus menolak tubuh Ezwan perlahan , masuk dalam bilik.

Tapi , entah macam mana , Ezwan hilang imbangan dan tangannya terus merangkul pinggang Hana yang membuatkan mereka jatuh bersama.

Bum!

Mata mereka bertembung. Makin merah muka Hana jadinya. Ezwan yang melihat muka merah isterinya tersenyum nakal. "Sayang sengaja eh?" Katanya perlahan. Tangannya masih merangkul erat pinggang isterinya.

"M-mana ada.." kata Hana malu. Dapat dia rasa ye dada keras suami dia. 'Gatal!' -author.

"Alah~ kalau nak tu , cakap jela~ Abang sedia." Santai Ezwan berkata. Hana terus menampar manja dada Ezwan. "Eish! Abang ni! Tak senonoh.." kata Hana sambil bangun dari terus menghimpit Ezwan.

Ezwan pun turut bangun dan dia menepuk perlahan kepala isterinya. "Pergilah mandi~ lepastu rehat. Abang nak pakai baju."

Hana memandang kearah suaminya dengan muka yang masih merah. Dalam fikirannya satu sahaja.

'Inilah permulaan ceritaku dan dirinya...'

TO BE CONTINUED


Small notes:

Assalammualaikum semua! Author disini! Maaf-maaf ~ author korang ni baru timbul semula setelah lama ditelan buku-buku STPM! Btw korang , Author decided nak buka Q and A session~ korang boleh drop soalan-soalan korang dekat ruang komen~ dan Author akan jawab di next update.

Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin semua!❤

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jagakan Dia UntukkuWhere stories live. Discover now