Jagakan Dia Untukku

390 6 0
                                    


—KLIA ,

"Betul ke abang nak pergi ni?..." Kata seorang jejaka dengan nada sedih. Siapa aja tak sedih kalau abangnya pergi untuk misi menyelamatkan negara. Lebih-lebih lagi , orang tersebut abang kembarnya.

Baginya , abangnya itu bagaikan separuh nyawanya. Dia tidak sanggup lagi untuk berjauhan dengan abangnya. Dulu , abangnya kembali ke tanah air dengan luka yang teruk dan alhamdullilah , dia dapat diselamatkan lagi.

Namun , dia tak mampu jika suatu saat nanti dia akan kehilangan abangnya. Dia adalah Tengku Ezwan Syahrin. Manakala , abangnya pula Tengku Izwan Shahril.

Mereka sangatlah mirip sampai kadang-kadang ibubapa mereka tidak dapat cam kedua kembar itu. Namun , ada satu benda yang membuatkan mereka berbeza.

Izwan sangatlah terbuka dan mudah tersenyum manakala Ezwan pulak , boleh dikatakan sebaliknya. Tertutup dan sangat dingin.

Walaupun mereka mempunyai sifat yang berlawanan , hubungan mereka tetap akrab. Tidak pernah bergaduh sesama sendiri.

Jadi , sangat sukar untuk Ezwan berjauhan dengan Izwan.

"InsyaAllah , Abang akan balik dengan selamat. Ezwan , abang ada satu permintaan..."

"Apa dia , abang?" Kata Ezwan sambil memandang kearah abang kembarnya itu. Sekeping gambar dihulurkan kearah Ezwan. Ezwan yang bingung itu menerima gambar tersebut.

Gambar perempuan? Tapi siapa?

"Tolong jagakan dia untuk abang" Kata Izwan sambil tersenyum. Gambar tersebut merupakan gambar kekasih hatinya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kekasih hatinya itu.

"Apa abang merepek ni?... Abang kata abang pergi misi je... Tapi cakap macam orang tak balik sini dah" Kata Ezwan perlahan.

"Mana tahu , nanti abang takde. Ezwan jagakan dia untuk abang. Boleh tak?"

"But why her? Siapa dia untuk abang?" Tanya Ezwan. Dia terlepas apa-apa ke?

"That's girl is my fiance. Maaf , abang tak sempat beritahu Ezwan sebab waktu tu kan Ezwan baru masuk kem latihan."

Oh. Baru dia ingat. Seminggu selepas dia keluar dari kem latihan , dia ada dengar dari ibubapanya yang abangnya telah bertunang cuma dia tak pernah lagi tengok muka tunang abangnya.

"Baiklah. Ezwan pegang kata-kata abang. Ezwan akan jaga dia..." Kata Ezwan perlahan. Dia cuma berharap nanti abangnya dapat pulang dengan selamat selepas selesai misinya.

Izwan pun memeluk tubuh Ezwan dengan erat sebelum melangkah pergi. Sebenarnya , itulah kali terakhir dia memeluk tubuh adik kembarnya.

Masa berlalu dengan begitu pantas dan kini , genap setahun Izwan pergi menjalankan misinya sebagai seorang tentera. Ezwan pula , sibuk dengan kerjanya di kem latihan.

Namun , dia mendapat berita yang amat pilu dimana , abangnya , Tengku Izwan Shahril tidak selamat semasa menjalankan misinya. Hanya beberapa orang pasukannya sahaja yang selamat.

Ezwan yang mendengar berita tersebut merasa kosong bagaikan jiwanya telah diambil separuh. Abangnya telah pergi...
Dia masih mengingati kata-kata abangnya setahun yang lalu.

"Jagakan dia untuk abang..."

Ezwan kembali bangkit dan mengeluarkan sekeping gambar yang diberi oleh abangnya. "Baiklah. Mulai harini , Ezwan pegang kata-kata abang. Ezwan akan jaga dia..."

Dia akan menjaga gadis itu seperti yang diamanahkan oleh abangnya.

Dia ialah "Tengku Ezwan Syahrin"

Jagakan Dia Untukku :

Melabuh Tirai~

Jagakan Dia UntukkuWhere stories live. Discover now