4

201 14 0
                                    

Before read this chapter ,
Please vote and comments to show your support❤️ thank you!

Beberapa hari kemudian ,

Ezwan dan kumpulannya sekarang berada di Bangkok , Thailand untuk menjalankan misi mereka. Mereka sekarang berada disalah satu kem mereka yang tersembunyi di kampung pedalaman.

"Aku dah check koordinat orang tua tu. Dia berada dekat salah satu club. Club tu pulak betul-betul berada di tengah bandar." Kata Raymond.

Ezwan hanya mengangguk perlahan. Dia masih memikirkan strategi untuk menangkap Tuan Herman itu. Pelipisnya dipegang secara perlahan dan matanya dipejam.

"Ray , suruh Nathan and Luqman jumpa aku sekarang. Aku nak bincang sesuatu dengan dorang." Arah Ezwan. Raymond mengangguk faham lalu keluar mencari dua jejaka itu.

Ezwan melihat telefonnya. Gambar Hana dijadikan wallpaper telefonnya selalu saja membuat dirinya tenang. Beberapa minit kemudian , dia mendengar bunyi ketukan pintu.

"Masuk!~" Katanya. Telefonnya diletak semula diatas meja. Muncullah Nathan dan Luqman , yang merupakan ahli kumpulan Ezwan.

"Ada apa tuan nak jumpa kami?" Tanya Luqman. Ezwan pun berdiri dari tempat duduknya lalu memandang kearah luar tingkap.

"Aku nak korang jalankan misi korang. Malam ni , pergi ke club si tua tu selalu pergi. Cari info dari orang-orang disana... But korang jangan dedahkan identiti korang pulak." Terang Ezwan jelas.

Nathan dan Luqman memandang sesama sendiri sebelum kembali memandang kearah Ezwan. "Tuan , saya boleh je jalankan misi ini tapi Luq..."

Nathan tahu Luqman ni tak boleh kalau bab-bab menyamar ni. Dia mudah terganggu. "It's ok , Nathan. Aku boleh je" Balas Luqman. Mereka pun meminta diri untuk bersiap-siap.

Ezwan mengeluh perlahan. Dia hanya memikirkan apa yang gadisnya sedang buat sekarang? Sihat ke? Ok ke?

—Situasi Hana ,

Hana sekarang berada di cafe berdekatan dengan kolejnya. Dia tidak bersendirian. Dia ditemani oleh rakan sebiliknya , Irdina.

"Finally!~ Ada juga off day" Kata Irdina sambil menghirup kopi miliknya. Hana hanya menggeleng kepala. Off day lah sangat.

"Kau ni... Macam tak pernah nak off day pulak." Kata Hana sambil memandang kearah tingkap. Dalam hatinya , dia merasa rindu akan Ezwan.

Sudah beberapa hari mereka tidak berhubung kerana masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Hana pula tidak mahu menganggu Ezwan sewaktu dia menjalankan misi.

"Hana? Hanaaaa... Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Kata Irdina sambil melambai tangannya dihadapan muka Hana. Minah ni... Beranganlah tu.

Hana terus tersedar dari anggannya. "Ha? Ye? Apa kau cakap" Tanya Hana dengan sengih. Kantoi pulak dia berangan.

Irdina hanya menggeleng kepala. "Aku tanya kau dengan Ezwan macam mana? Ok ke?" Katanya ulang.

"Oh. Kitaorang ok je. Dia sekarang tengah jalankan misi dia. That's why aku jarang keluar." Terang Hana sambil minum air kopinya.

Irdina mengangguk perlahan. Patutlah dua tiga harini , dia nampak Hana hanya terperap dalam bilik saja. Rupanya , Ezwan tengah kerja.

"Kau... Dah start suka dia ke?" Seloroh Irdina. Hampir tersembur kopi milik Hana. Muka dia pulak bukan main merah lagi. "H-ha , maksud kau?"

Hana pura-pura seperti tidak faham apa yang Irdina katakan. "Alahai , Cik Sayang Hanania kita ni... Macam tak faham-faham pulak."

Hana hanya mengeluh perlahan sebelum memandang kearah Irdina. "Um.. bolehlah... Aku suka dia." Terang Hana sambil mukanya merah seperti tomato.

Irdina pula tersenyum lebar. "Bagi aku anak buah banyak-banyak ye" Gurau Irdina sambil mengangkat keningnya. Hana yang semakin malu disitu terus menampar tangan milik Irdina.

"Ishh kau ni. Malulah aku..." Hana berkata dengan nada perlahan. Entah mengapa fikirannya melayang jauh memikirkan apa yang Irdina katakan.

Anak? Sudah tentu setiap rumah tangga menginginkan anak untuk pelengkap keluarga mereka. Namun , Ezwan mahu ke?

Ehhh , asal dia fikir pasal anak pulak ni?! Kahwin pun belum. Cepat-cepat Hana menggeleng kepalanya untuk mengusir fikiran tersebut.

Tiba-tiba , meja mereka didatangi oleh seseorang jejaka asing. Hana mahupun Irdina , langsung tidak mengenali jejaka itu.

"Hai awak~ nak minta nombor boleh? Dah lama saya perhati awak..." Kata jejaka tersebut kepada Hana sambil tersenyum malu. Hana disana sudah buntu.

Dia pandang kearah Irdina , Irdina pun hanya mampu mengangkat bahu. "Maaf , encik-" belum sempat Hana menghabiskan ayatnya , tiba-tiba datang lagi seorang jejaka.

Dan kalini , jejaka tersebut meletakkan tangannya selamba diatas bahu lelaki tadi. "Hey , bro. Aku nak cakap sikit dengan kau kat luar boleh?"

Tanpa banyak tanya , dia terus menarik keluar lelaki itu. Pelayan kedai itu pun datang dan memberi nota kecil kepada Hana.

"Apa ni?" Katanya perlahan. Nota itu dibuka lalu dibaca.

'Hi , cik Hana. Saya adalah orang yang ditugaskan oleh Tuan Ezwan untuk jaga cik Hana. Lepasni , saya akan pantau cik Hana kalau cik Hana pergi mana-mana. Saya harap cik Hana tak kisah ye~

—Haykal'

Melompong mulut Hana ketika membaca nota itu. Jadi , jejaka yang membawa lelaki yang mengacaunya itu rupanya orang suruhan Ezwan.

Irdina yang memandang wajah terkejut Hana terus melambai tangannya di depan muka Hana. "Hana? Hello? Kau ok tak?" Tanyanya perlahan. Pelik dia.

Apa yang tertulis pada nota tu sampai Hana nampak terkejut berat. Hana mula sedar setelah mendengar panggilan dari Irdina.

Dia hanya menggeleng kepala dan nota tersebut disimpan didalam beg tangannya. "T-tak ada apa-apa. Aku ok je... Nanti aku cerita apa jadi." Kata Hana perlahan.

Manakala di suatu tempat ,

Ezwan sedang bersiap sedia untuk menjalankan misinya. Telefon miliknya berdering perlahan menandakan ada pesan masuk.

Dia pun mencapai telefonnya yang berada diatas meja itu lalu membuka pesanan yang dihantar itu.

'Tadi , ada satu nyamuk ni nak try dekat cik Hana , tapi saya dah buat tugas saya , Tuan.' -Haykal

'Good. Pastikan kau pantau bakal isteri aku tu. Jangan pernah terlepas pandang. Faham?' -Ezwan

'Faham , Tuan.' -Haykal

Ezwan terus mematikan telefonnya. Nathan dan Luqman memandang kearah Ezwan. "Tuan ada masalah apa-apa ke?" Tanya Nathan.

Ezwan hanya menggeleng kepala. Alat pendengar diberi kepada mereka. "Pakai. Aku akan dengar semua perbualan korang dan catat mana yang penting. Korang hanya perlu jalankan tugas korang. Faham?" Kata Ezwan tegas.

Nathan dan Luqman mengambil alat pendengar itu dan langsung dipakai. Mereka mengangguk perlahan sebelum beredar dari situ. Misi mereka untuk mencari tahu kebenaran mengenai Tuan Herman telah bermula.

TO BE CONTINUED

//So hi kepada para readers! Maaf , author lambat up untuk cerita kalini sebab author kekurangan idea dan masa yang terhad. Harini author baru ada peluang nak up chap ni! Maaf kalau agak hambar dan harap korang masih stay tune untuk next chap tau!

Jagakan Dia UntukkuWhere stories live. Discover now