8

196 10 2
                                    

Before reading this chapter ,
Please vote and comments to show your support❤️ thank you!

Di sisi lain pula , Tuan Louise yang mendengar berita dari orang kanannya mengenai Tuan Herman itu tersenyum miris. Tangannya disilang ke dada lalu tubuhnya disandar pada kerusi yang diduduknya.

"Tunggu masa untuk kau derita , Herman.." Gumam Tuan Louise. Hatinya membara , ingin membalas dendamnya pada Tuan Herman atas kematian isterinya. Ya , Tuan Herman dan Tuan Louise merupakan rakan sekerja.

Namun , suatu hari , isteri Tuan Louise meninggal atas sebab yang tidak dapat dijelaskan sehingga menyebabkan Tuan Louise tertekan dan tekad mencari punca kematian isterinya. Sehingga suatu saat , dia telah menemui kebenaran.

Segala bukti dan rekod mengenai tindakan buruk Tuan Herman ada di tangan Tuan Louise. Sebab itulah , Tuan Louise bersepakat dengan Ezwan agar dia dapat membalas dendamnya atas kematian isterinya. Gila betul ye si tua Herman tu.

Sementara itu , Ezwan yang sedang sibuk mengerjakan fail kerjanya tersentak apabila pintu pejabat biliknya dibuka secara kasar. Siapa lagi kalau bukan budak Nathan tu.

Nathan melangkah masuk ke pejabat milik Ezwan dan duduk di sofa tanpa rasa bersalah sebab main masuk je , takde langsung salam. Maklumlah orang non muslim.

Ezwan yang memandang Nathan yang sedang duduk dengan muka masamnya itu pun naik hairan. Dah kenapa budak Nathan ni?

"Kau.. kenapa? Period?" Sindir Ezwan sambil tersenyum mengejek walaupun matanya masih lekat pada fail kerjanya. Nathan mencebik dan menyilang tangannya sebelum mengeluh.

"Best ke ada isteri ni?" Soalan yang keluar dari mulut Nathan itu membuatkan Ezwan terus memandang kearah jejaka itu. Tiba-tiba tanya pasal isteri ni..

"Mestilah best. Sebab bila kau ada isteri , ada yang jaga makan minum kau.. semualah. Asal pulak kau ni? Tiba-tiba tanya pasal ada isteri ni?" Kata Ezwan sambil memandang kearah Nathan hairan.

"Hmmm... patutlah Luqman melekat je dengan Insyirah. Sampai macam tu sekali best dia eh" Kata Nathan sambil mencebik. Rasa dirinya single sebab belum jumpa bidadarinya. Bilalah bidadarinya nak muncul ye?

"Haih... biarlah dorang tu. Masih pengantin baru , biarlah dorang merasa sikit jadi pasangan. Kau sampai masam ni... cemburu ke?" Sindir Ezwan kepada Nathan.

Nathan cepat-cepat menggeleng kepalanya. Hah , dia cemburu? Takde maknanya! "Aku cemburu? Gila! Takde maknanya aku nak cemburu."

Ezwan hanya menggeleng kepalanya. Matanya kembali fokus kepada fail kerjanya. Malas nak melayan karenah tak semengah si Nathan tu. Baik dia buat kerja dia. Nanti balik , takdelah kerja dia menumpuk.

Manakala Luqman dan Insyirah pula , mereka sedang berjalan-jalan di bandar Thailand. Bak kata orang , kahwin plus pakej honeymoon. Memandai je author ni.

Insyirah memegang erat lengan kekar milik Luqman sambil matanya meliar memandang kearah bangunan-bangunan yang ada di sekitar mereka. Luqman yang melihat Insyirah serupa macam orang baru keluar gua.

Dia ketawa kecil sambil menggeleng kepalanya. Comel je isteri dia ni. "Awak ketawa kenapa?" Tanya Insyirah polos. Yelah , kot-kot ada something dia tertinggal ke.

"Kau comel sangat. Tak tahan aku." Kata Luqman dengan nada suara perlahan. Insyirah apa lagi , bukan main merah lagi muka dia akibat usikan dari Luqman itu.

"Jangan usik saya.." balas Insyirah malu. Rasa nak sorok je muka ni. Makin terhibur Luqman melihat gelagat isteri dia. Untung juga dia dapat isteri seperti Insyirah. Bonus dia lah ni.

Kedua pasangan itu pun meneruskan perjalanan mereka sambil melihat suasana bandar Thailand yang tidak begitu sesak.

Di sisi lain ,

Hanania sedang berjalan menuju ke kelasnya memandangkan harini dia ada kelas waktu petang. Irdina pula sudah pergi awal sebelum Hanania kerana gadis tersebut ingin menyiapkan assignmentnya yang tertinggal sedikit saja lagi.

Sewaktu Hanania berada di lorong yang menuju ke kelasnya , dirinya dikepung oleh jejaka-jejaka dari kelas lain. Dia langsung tak boleh gerak sebab mereka semua berlima dan masing-masing mengepung dirinya dari setiap arah.

Hanania mengeluh perlahan sebelum memandang kearah salah seorang dari jejaka tersebut yang dia cukup kenal. "Apa lagi yang kau nak , Haziq?" Kata Hanania dengan nada malas. Sungguh dia berasa malas untuk hadap makhluk Tuhan yang satu ni.

"Hanania, tolonglah terima saya sebagai kekasih awak... saya dah suka awak lama tau.." Rayu Haziq sambil memandang kearah Hanania dengan pandangan kasihan.

Hanania membuat muka geli sambil menggeleng kepalanya. "Untuk keberapa kalinya aku dah cakap.. aku dah tunang , Haziq. Kau tak faham bahasa ke?" Kata Hanania geram. Haziq ni pelupa or kurang pendengaran.

Sudah bebuih mulut Hanania memberitahu perkara yang sama namun jejaka tersebut langsung buat tak endah dan masih tekejar-kejar dirinya. Haziq yang mendengar ucapan sama dari Hanania itu naik berang.

"Hoi perempuan! Aku minta kau terima , terima jelah! Apa susah sampai nak tipu-tipu aku yang kau tu dah tunang?!" Kalini , Haziq bersuara dengan kasar. Tiada dah main 'awak saya'.

"Bila masa aku tipu?! Aku cakap yang betul apa! Kau tu , tolonglah.. buka mata kau. Banyak perempuan lagi yang boleh kau cari" terang Hanania perlahan. Jujur , dia malas nak bergaduh mulut sekarang.

Dengan terpaksa , Hanania menolak perlahan tubuh Haziq dan cuba beredar dari situ. Haziq yang melihat tindakan Hanania itu merasa geram lalu mencengkam kuat tangan Hanania hingga menyebabkan gadis itu menjerit kesakitan.

"H-haziq! Apa kau buat ni?! S-sakitlah! Lepas..!" Jerit Hanania sambil cuba menarik tangannya dari pegangan Haziq. Rakan-rakan Haziq hanya berdiam diri seperti batu. Takde function. Maklumlah , takde otak sekali.

"Aku takkan lepaskan kau , Hanania! Sampai bila-bila pun , aku tetap akan kacau hidup kau!" Kata Haziq sambil menyeringai. Hanania sudah bertakung air mata melihat Haziq seperti orang gila je.

Tiba-tiba , pegangan Haziq terlepas seraya Hanania terduduk diatas lantai. Dia mendengar Haziq terpekik kesakitan. Dia menoleh dan tergamam melihat Haykal sedang mencekik Haziq manakala rakan-rakan Haziq pula , dah tumbang akibat pukulan keras yang dibagi oleh Haykal.

"Kau tak tahu kau sedang berhadapan dengan siapa... kalau 'dia' tahu , memang habis kau." Kata Haykal dingin sebelum melepaskan cengkamannya dari leher Haziq.

Haykal memandang kearah Hanania yang sedang terduduk di lantai sambil mengalirkan air mata. Dia mengeluh perlahan sebelum menghulurkan sapu tangan miliknya pada Hanania.

"Cik Hanania , jangan risau... selagi saya ada , saya akan jaga Cik Hanania sampai Tuan Ezwan datang semula." Kata Haykal perlahan untuk menenangkan gadis itu.

Kedengaran langkah kaki yang berlari mendekati mereka. Irdina terkejut apabila melihat keadaan disitu. Apa yang terjadi ni?

"Hana? Hana , kau tak apa-apa?" Kata Irdina sambil mengusap bahu rakannya yang masih terduduk diam. Hanya terdengar isakan kecil saja yang keluar dari mulut Hanania.

Haykal memandang kearah Haziq sebelum mengeluarkan telefon pintar miliknya , menghubungi seseorang. Panggilan tersebut segera tersambung dengan talian sebelah dan dengan ringkasnya , Haykal berkata kepada orang tersebut

"Someone touch what's yours , Ez"

TO BE CONTINUE

Jagakan Dia UntukkuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin