3

255 8 0
                                    

Before read this chapter :
Please vote and comments. Thank you for your support~

Sekarang , barulah Ezwan tahu cerita sebenar berkaitan Hana dengan arwah abangnya. Dia memandang sekilas kearah Hana yang sedang menunduk itu.

Dapat dia lihat air mata Hana mengalir perlahan-lahan. Tangan kasarnya memegang lembut pipi Hana lalu mengusap air mata itu.

"Aku taknak tengok kau nangis..." Katanya perlahan. Entah kenapa , bila dia melihat gadis itu menangis , hatinya juga ikut sakit. Dia merasa kesakitan yang dilalui oleh Hana.

"M-maafkan saya... Saya cuma teringat akan Izwan. Saya masih cuba untuk lupakan dia tapi saya tak mampu..." Terang Hana. Ya. Hampir setahun pemergian Izwan tapi dia langsung tidak mampu melupakan lelaki itu.

Hampir setiap malam , dia akan meracau dalam tidurnya sehingga rakan-rakannya terpaksa memantau dirinya. Dia merasa bersalah kerana telah menyusahkan rakan sebiliknya.

Ezwan menarik nafas perlahan. Dagu Hana didonggak agar mata mereka bertembung. Hana seakan-akan terpaku melihat mata kelabu milik lelaki itu. 

Mata tersebut... Sangat berbeza dengan mata milik Izwan. Dia seolah-olah melihat 'kesakitan' melalui mata tersebut.

"Aku akan jaga kau. Aku dah janji dengan Izwan yang aku akan bahagiakan bidadari dia." Katanya dengan nada berbisik. Ya , dia ikhlas untuk menjaga Hana. Menjadikan Hana sebagai teman hidupnya.

Hana yang mendengar pengakuan Ezwan itu terus tersenyum kecil. Matanya juga mula berair lagi. 'Jika ini lelaki yang engkau kirimkan , maka aku hanya ingin dirinya yang terakhir buatku.'

Tanpa mereka sadari , ada yang memerhati tingkah mereka disebalik semak-semak berdekatan. Orang itu hanya berdecit sebelum meninggalkan pasangan tersebut.

—seminggu telah berlalu ,

Hana menjalani hidupnya seperti biasa. Namun , rakan-rakannya mendapati perubahan pada dirinya. Wajah Hana yang dulu sugul kini cerah semula. Seperti ada saja yang mengembirakan dirinya.

"Amboi , Hana~ Bukan main lebar senyuman~ Kenapa ni? Cuba kongsi-kongsi sikit" Kata Irdina. Gadis tersebut merupakan rakan sebiliknya jadi tidak hairan jika mereka begitu rapat walaupun tidak sekelas.

"Eh~ yeke? Mana ada aku senyum. Perasanlah kau ni" Cepat-cepat dia cover dirinya. Malu pulak bila dia dapat tahu Irdina memerhatikan dirinya.

Irdina pula hanya menggeleng kepalanya. Nak tipu pun tak pandai. "Tak payah nak sorok sangat , wahai cik Sayang Hanania... Aku nampak senyum kau tu" Kata Irdina dengan sedikit gurauan.

Hana hanya mengeluh. Dia pun duduk menghadap Irdina yang sedang duduk dimeja belajarnya. Ya , sekarang mereka berada di bilik mereka.

"Aku happy je sebab... Finally , aku jumpa someone yang ambil berat pasal diri aku." Luah Hana. Irdina yang mendengar kata-kata Hana itu terus memandang pelik kearahnya.

Setahu dia , Hana ni jenis tak rapat dengan mana-mana lelaki. Boleh dikatakan , setia ye~ sampai semua lelaki kat kolej mereka kata Hana ni sombong betul.

"Siapa orangnya? Kau ni , spill the tea lah~ buat apa sorok-sorok" Kata Irdina seloroh. Dia memang suka bercerita. Tapi jangan cerita lebihlah. Sebab apa? Dia ni jenis banyak tanya.

"Ezwan Syahrin..." Kata Hana perlahan. Muka dia bukan main merah lagi waktu tu. Bila sebut je nama jejaka itu , mesti dia terbayang wajah kacak milik Ezwan.
Boleh gila dia macam ni...

"Ezwan? Siapa tu?" Irdina seperti terlepas info. Dia tahu Hana ada dulu pernah bertunang tapi tunang dia meninggal. Nama tunang Hana pun dia tahu tapi ni makhluk mana pulak? Dahlah nama pun hampir sama.

Jagakan Dia UntukkuWhere stories live. Discover now