°∘∘43∘∘°

Start from the beginning
                                    

HAMPIR lima minit Fredella berada di dalam bilik mandi semata-mata untuk menunggu keputusan pregnancy test tersebut. Penuh sabar dia mengikut satu-persatu manual untuk menggunakan alat itu.

Sekarang, waktunya sudah tiba. Fredella menutup kelopak mata serapat mungkin. Jejari Fredella menutup telapak tangan, supaya keputusan yang berada di alat itu tidak terlihat.

"Bismillahirrahmanirrahim.." Dengan lafaz bismillah dan hati yang tenang, Fredella membuka mata serentak dengan bukaan jarinya.

Dia mengambil beberapa saat untuk meneka keputusan. Garisan kedua kelihatan, namun samar-samar merah. Terkunci mulut Fredella pada waktu itu. Matanya sengaja digosok untuk memastikan apa yang dia lihat itu tidak salah.

"MashaAllah!" Tangan dibawa menekup mulut yang sudah terbuka luas. Tubir mata Fredella bertakung. Demi Allah dia tak sangka yang teorinya betul!

"Double line?! You.. you're pregnant!" Air mata akhirnya berjaya menitis. Bercampur-baur perasaan wanita itu. Tangisan itu menandakan dia terharu dan gembira.

Fredella tahu Qayyum akan menjadi orang yang paling bahagia dalam dunia ini bila dapat tahu keputusan pregnancy test tersebut. Dan dia juga dua kali ganda terharu bila terbayang wajah bahagia lelaki itu.

Tok! Tok!

Terangkat bahu Fredella mendengar seseorang mengetuk pintu bilik mandi itu. Membesar matanya, sedar akan sesuatu. Qayyum! Qayyum dah balik!

"Della.." Panggil Qayyum disebalik pintu tersebut.

"Awak tengah mandi ke? Kenapa takda bunyi air? Are you okay?" Jelas kedengaran risau suara lelaki itu. Tak senang duduk bila hampir 15 minit pintu bilik mandi itu tertutup. Tambah-tambah pula isterinya yang berada di dalam.

"I'm okay! Della tengah pakai skincare!" Fredella terus buka paip sinki yang berada di depannya. Dibuka kuat agar bunyi air mengalir itu terdengar sampai luar.

"Nak join!" Balas Qayyum sebaik sahaja mendengar si isteri sedang memakai skincare.

What the...

Rasa macam nak tampar dahi sendiri. Ingatkan respon yang dia akan dapat akan melegakan hati. Rupanya Qayyum lagi buat dia gelabah!

"No you can't, sayang! Della nak keluar dah nii. Give me a minute!" Katanya untuk meyakinkan Qayyum. Ya, selama ini memang Qayyum akan join Fredella. Temankan dia sehingga selesai memakai skincare.

Kalau sekarang, memang tak lah dia nak benarkan Qayyum masuk! Berpeluh-peluh Fredella berharap agar lelaki itu tidak syak yang bukan-bukan.

"Sampai hati sayang! Malam ni no coffee!" Suara yang Qayyum gunakan kali ini agak berbeza dari tadi. Merajuk konon.

Tingkatkan kesabaran ku Ya Allah...

Is her husband being serious right now? Fredella pejam mata beberapa saat untuk ambil nafas. Kena kawal emosi! Dia tahu Qayyum sengaja menguji kesabarannya. Buat-buat merajuk dengan ugutan. Mentang-mentang dia tak boleh hidup tanpa coffee!

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now