Bab 20

273 46 3
                                    

"Aysar yakin dengan keputusan Aysar ni? Dah fikir masak-masak?" Soal Zahin dengan serius.

Tak sangka pula dia akan bertemu dengan Aysar di syarikat Steve. Aneh pun ada juga melihat Aysar masih beruniform sekolah.

Tika ini mereka berdua berada di bilik Blade memandangkan Aysar ingin berbicara dengannya secara peribadi.

Aysar angguk kecil.

"Papa dengan mumma tahu?"

"Belum lagi. Aysar yakin papa akan izinkan tapi mumma mungkin susah. Tapi lagi susah kalau Aysar ada dekat dengan mumma." Tutur Aysar perlahan.

Zahin mencantum kedua-dua belah tangannya sambil berfikir. Mata hijaunya merenung Aysar yang sedang menunduk.

"Abang Zahin okey ke kalau Aysar takde untuk beberapa tahun dekat Malaysia?" Tanya Aysar. Mereka berdua saling berpandangan.

Zahin mengukir senyuman hingga menampakkan lesung pipitnya.

"Abang okey je. Apa yang penting kesihatan Aysar lebih utama. Cuma sunyi lah abang lepas ni. Takde kawan nak ajak memburu dekat hutan."

Aysar tertawa kecil.

"Natsu dengan Namjoon kan ada." Ujarnya dengan kening terangkat.

"Hmmm budak berdua tu kalau bawa pergi memburu lain jadinya. Otak diorang tu lain macam. Merisaukan kadang-kadang." Kutuk Zahin selamba.

"Hahahaha tak baik lah."

"Eh betullah abang cakap. Dengan perangai 'kunyit' diorang tu eeeiii seram-seram."

Makin galak Aysar ketawa kerana geli hati melihat wajah Zahin yang berkerut-kerut itu.

Walaupun Natsu dan Namjoon bukan gay tapi mereka berdua gemar melakukan aksi ke'gay' an mereka di depannya. Bila difikirkan memang naik segala bulu romanya. Geli!

Zahin tersenyum melihat Aysar ketawa sebegitu. Memang jarang dapat lihat Aysar ketawa sebegitu. Paling banyak Aysar hanya senyum saja.

"Dah okey? Stres lagi?" Soalnya dengan lembut.

Aysar tersentak. Sedar dia terlalu galak ketawa. Dia tersengih malu.

"Thanks Abang Zahin. Urmmm pasal hal ni abang betul tak kisah? Mungkin dalam dua hingga tiga tahun macam tu position Aysar kosong."

"Iya, abang tak kisah. Kejap je tu pejam celik pejam celik dah tiga tahun. Aysar jangan risau pasal hal lain. Aysar kena fikir macam mana nak bagitahu benda ni dekat mumma. Abang tahu mumma paling susah nak berpisah dengan Aysar kan? Bincang elok-elok. Sebarang keputusan abang tetap sokong Aysar."

Kata-kata Zahin itu membuatkan Aysar kembali senyum. Meninggalkan positionnya sebagai orang kanan Zahin dalam dunia mafia agak berat untuknya memandangkan tugas yang digalasnya amat besar. Tidak semudah yang difikirkan orang lain.

Namun, adanya Natsu dan Namjoon di sini membuatkan dia rasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya mereka berdua mampu melakukan tugas dengan baik sepanjang ketiadaannya nanti.

Aysar mendongakkan wajahnya apabila terasa kepalanya diusap. Wajah Zahin yang tersenyum menjadi tatapannya.

"Dah jangan banyak fikir. Jom, kita pergi pantri lepak dekat sana. Abang rasa Uncle Chann dengan Uncle James ada dekat situ. Diorang berdua suka sangat melepak dekat situ. Dad asyik geleng kepala je bila tengok diorang berdua duduk situ macam takde pejabat sendiri untuk duduk bersembang." Tutur Zahin. Dia pun tak faham kenapa uncle-unclenya tu suka lepak pantri. Agaknya kalau boleh nak buat kerja pun dekat situ je.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now