Bab 16

210 47 2
                                    

Suasana di ruang tamu senyap sunyi tanpa ada sebarang bicara. Tiga pasang mata merenung Naqi yang beriak tenang tanpa ada perasaan gugup atau pun cuak.

Heh ini Naqi lah. Mana reti takut dengan orang.

Aiyla mengintai keadaan ruang tamu di tingkat atas dengan perasaan yang berdebar-debar. Kuku ibu jarinya digigit kerana terlalu nervous. Tak tahu lah apa yang membuatkan Aysar dengan selamba pelawa Naqi datang ke rumah tanpa berfikir panjang. Naqi pula betul-betul datang ke sini selepas waktu zohor. Terkejut beruk dia apabila kereta Naqi berhenti betul-betul di depan pagar rumah. Dia yang tak pakai tudung segera berlari naik atas ke biliknya. Sudah 10 minit dia tercongok dekat sini. Berkira-kira mahu turun atau pun tidak.

Aysar perasan Aiyla sedang memerhatikan mereka berempat di tingkat atas. Tingkah adik perempuannya itu amat kelakar baginya.

"Dah berapa lama berkawan dengan Aiyla?" Soal Blade ingin tahu. Biar ayah yang berbicara terlebih dahulu. Baru abang-abang.

"To be honest saya dengan Aiyla selama ni tak berapa baik pun. Anak uncle tu sombong sangat. Pandang orang dengan pandangan side eye bombastick siapa je suka kan? Banyak kali saya tackle tapi dia sangat sulit untuk dibawa bincang."

Aydin angguk setuju dengan penyataan Naqi itu. Sombong, sulit untuk dibawa bincang dan cepat menyinga. Itu lah Aiyla. Budak masam. Muahahahaha....

"Tapi itu yang buat saya tertarik dengan dia. Dia lain daripada yang lain. Maaflah kalau saya buat uncle tak senang dengan kehadiran saya tapi saya tetap nak dengan anak uncle tu. Dia lain daripada perempuan lain." Jujur Naqi tanpa bersimpang siur.

"Uncle tak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa as long dia pandai jaga diri sendiri dan jaga batas bila bersama dengan berlainan jantina. Tapi uncle tak izinkan Aiyla untuk bercinta dengan mana-mana lelaki. Uncle nak dia fokus belajar. Korang berdua masih terlalu muda untuk mengejar cinta manusia." Ujar Blade lembut tetapi dengan ketegasan. Aiyla 16 tahun manakala Naqi 17 tahun sebaya Aysar dan Aydin.

"Saya boleh tunggu Aiyla habis belajar."

"Wow seriusly bro?" Soal Aydin dengan terkejut.

Naqi angguk dengan wajah serius. Pandangannya memandang wajah Aydin kemudian Blade sebelum pandangannya jatuh pada wajah Aysar yang setia merenungnya. Sejak dia datang, lelaki itu langsung tidak bersuara apa-apa.

"Tapi nak tunggu Aiyla habis belajar lama bro. Kau yakin hati kau tak berubah? Mungkin dalam 10 tahun macam tu. Kau sanggup tunggu? Kau takkan cari orang lain?" Soal Aydin dengan wajah yang tidak percaya.

10 tahun bukannya sekejap macam 10 hari. Lama! Takkan hati Naqi mampu menunggu seseorang selama 10 tahun? Tinggi betul kesabaran dia.

"Memang betul hati manusia cepat berubah tapi bila diri berpegang teguh dengan pendirian diri sendiri In Shaa Allah hati takkan berubah arah melainkan Allah tidak mengizinkan saya dengan Aiyla untuk bersama." Begitu yakinnya Naqi berkata-kata hingga membuatkan Aydin mati kata.

"Tinggi betul confident. Beli mana bro?"

Naqi tergelak mendengar pertanyaan selamba Aydin itu.

"Dari hati."

Aydin ketawa. Boleh tahan kelakar mamat ni. Dia approve Naqi jadi adik ipar dia.

"Prove it with your action not your words." Kata Aysar mendatar setelah sekian lama menyepikan diri.

"I will. Lepas saya buktikan yang saya sanggup tunggu Aiyla, boleh saya masuk pinang dia terus?" Soal Naqi dengan berani mati.

MY MRS TURKISHWhere stories live. Discover now