°∘∘42∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Ini lah orangnya.." Beritahu Fareez perlahan dan sengaja merapatkan jarak bersama Qayyum.

Terangkat sebelah kening Fareez bila Qayyum bertindak mendekati katil pesakit tanpa mengendahkan apa yang dia beritahu tadi.

Dengan tatapan tajam, Qayyum perhatikan gadis yang sedang lena itu. Matanya mengecil, cuba mengingat sesuatu.

"Hayfa?" Nama itu disebut setelah puas otaknya mencari jawapan. Patut lah macam pernah nampak. Hayfa adalah kawan Intan! Dia pernah ikut Rykarl jalankan misi undercover. Masih tersimpan rapi semua kejadian itu di dalam fikirannya.

"Qay? What's wrong?" Fareez melangkah dua tapak kehadapan, merapati Qayyum. Ada apa-apa lagi ke yang Qayyum tahu? Kenapa mamat ni tahu aje semua benda? Pakai ilmu apa agaknya.

"Aku kenal perempuan ni, Fareez." Jujur Qayyum seraya mengangkat wajah memandang sahabatnya di sebelah.

That's it! Aku dah agak.

"Macam mana kau kenal dia?" Fareez terkejut, namun dia lega sangat bila dapat tahu Qayyum kenal Hayfa. Boleh lah dia cungkil info  sikit apa yang patut dari Qayyum. Sebab... Hayfa ini sangat misteri baginya.

Qayyum diam. Dahinya diurut seketika. Serba salah nak bagitahu Fareez. Tempat asal Hayfa bukan tempat yang elok. Tambah-tambah pula terpaksa kerja sebagai GRO. Dia tahu reaksi apa yang bakal diberi oleh Fareez nanti jika dapat tahu semua itu.

"Aku dengan Tuan Rykarl pernah buat undercover dekat Li' Moscow. She... she's one of the worker, Reez" Katanya perlahan takut didengari gadis yang tidur itu. Qayyum tahu Hayfa dipaksa kerja di situ. Walau bagaimanapun, dia tetap mahu menjaga aibnya.

"Huh?" Berubah air muka Fareez. Aku... aku salah tolong orang ke?

"Dia kerja dekat situ? Lebih baik aku tak payah tolong dia—"

"Hey relax! Bagi aku cakap sampai habis," Potong Qayyum bila sahabatnya hampir keluarkan perkataan bukan-bukan.

"Hayfa pun salah seorang mangsa Uqael. Nasib dia sama macam Intan. You know what Fareez? Hayfa and Intan were best friends. Now, I'm very curious how this girl could be here.." Selesai menghabiskan penjelasan, Qayyum kembali menghadap Hayfa.

Kalau gadis ini berjaya keluar dari tempat itu, bagaimana dengan keadaan Intan sekarang?

"Jadi, bekas tembakan dan luka-luka yang ada dekat muka Hayfa ni semuanya punca dari Uqael lah?" Fareez mula sedar akan sesuatu. Dia yakin teorinya itu benar.

"Absolutely." Ringkas jawapan Qayyum. Terbayang seketika wajah Intan yang senasib dengan Hayfa. Habis dikerjakan oleh manusia kejam.

"Patut lah dia taknak beritahu aku! She's traumatised," Sekarang baru Fareez faham kenapa Hayfa selalu menangis bila dia tanya apa puncanya ditembak.

"Bila Tuan Rykarl nak lingkupkan jantan tu? Takut aku pula yang terbunuh Uqael," Bila dapat tahu semua ini, tak tahu kenapa Fareez rasa macam nak terjah saja tempat Uqael seorang diri. 

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now