"Kau sebelahkan daddy, aku yang selama ni ada dengan kau. Sampai hati kau berpaling tadah." Safy menjeling Nathan.

Tersembur tawa Nathan. Dia rasa betul lah kawannya sudah terencat.

"Bengap tu simpan sikit untuk esok. Kahwin aje Safy daripada kau kacau hidup aku." Ujar Nathan dan dapat jelingan dari Safy.

"Kau dengan daddy aku sama aje." Ujar Safy tidak puas hati.

Nathan mengedahkan Safy. Malas dia mahu layan perangai tak semegah Safy. Dia kembali menyambung kerja yang tergendala.

"Kau tiada niat nak berambus ke ?" Tanya Nathan setelah sekian lama Safy duduk dihadapannya.

Namun pertanyaan Nathan disambut dengan gelengan daripada Safy. "Tak nak, aku nak merajuk dengan daddy. Biar dia tahu yang aku tengah memberontak."

Safy berlalu ke sofa yang sudah tersedia di situ. Tanpa segan silu dia baringkan badannya dan rehatkan diri. Matanya dipejam rapat, lengan menutup dahi.

Nathan mengeleng kepala. Dia hairan dia berkawan orang seumur dengannya atau budak 5 tahun.

"Suka hati kalau lah. Apa jadi tanggung sendiri. Pukul 5 nanti ikut aku meeting" ujar Nathan, senyuam misteri terukir dibibir. Kita tengok dia boleh merajuk sampai bila.

"Okay" jawab Safy. Lalu matanya kembali terpejam dan terus lena dibuai mimpi.

...

Nathan tersenyum bahagia. Safy pula tidak habis menunduk ke bawah. Memang tidaklah dia nak mengangkat muka kalau ada mata helang sedang merenungnya.

"Sayf Danish stop acting like a kid. I just told to get married, just married. Bukan suruh pergi merompak sampai you nak memberontak tak nak masuk office" ujar Dato Daniel.

Pening dia dengan anak sulungnya. Nasiblah ada Nathan yang inform keberadaan Safy. Dia ingat terus pergi office rupanya merajuk dekat tempat lain pula.

"I know daddy. But I can choose my own partner right. You don't have tu urge to meet that lady" luah Safy tidak puas hati

"I don't urge you. Daddy suruh you try jumpa and kenal. Kalau tak suka, sudah. Cuba faham ayat daddy dulu. Ini tidak belum sempat apa-apa dah terpelenting tak tentu pasal" bebel Dato Daniel.

Safy terdiam. Nathan sudah ketawa besar.

"Diam kenapa, dah kalah dah" Sampuk Nathan, menambah minyak diatas bara api. Dia hanya memerhati sahaja pertempuran anak beranak ini.

"Kau diam." marah Safy. Dia menjeling Nathan. Patutlah beria ajak rupanya ada harimau yang tunggu.

Nathan tidak terkesan dengan jelingan Safy. Buat perangai lagi. Tetapi bukan salah Nathan sebab dia dan Dato Daniel memang ada meeting.

"Okay Nathan, just ignore him. We back to our project discussion." Ujar Dato Daniel.

Maka bermula sesi perbincangan mereka yang tergendala akibat melayan sinetron tidak berbayar Safy.

Langit cerah hingga langit menjadi gelap
mereka masih di situ. Lama meeting mereka.

"Okay so far Nathan agreee dengan perancangan uncle to build a resort at that place even tempat tu dalam pendalaman but we must take risks to achieve your big goals." Suara cukup Nathan cukup dominan, wajahnya kembali serius.

"Safy setuju. Dia macam cun" sokong Safy.

"Well you see, I'm brilliant person" puji  Dato Daniel kepada sendiri.

"Dah kalau daddy brilliant, Danish ni apa milliant" seloroh Safy.

Nathan dan Dato Daniel gelak serentak. Ada aja si Safy nak melawak. Tengok perangai dah tahu ikut sapa. Bapak borek anak rintik.

"Dah masuk waktu jom lah solat maghrib berjemaah pastu dinner dekat rumah uncle terus" ajak Dato Daniel.

"Eh takpelah Nathan balik rumah terus buat susahkan auntie je" ujar Nathan. Dia menolak secara sopan. Dia tidak mahu menyusahkan cukuplah si Safy sahaja jadi beban.

"Eh Safy tak cakap kat kamu ke yang auntie ajak makan sekali" ujar Dato Daniel bersama kerutan didahi.

Nathan mengeleng kepala dan memandang kearah Safy. Safy hanya membuat mimik mulut SORRY. Nathan menjeling Safy.

Dato Daniel melihat anaknya. Nak marah pun tiada guna. Sabar jelah dengan perangai anak sulungnya. Safy hanya senyum tidak bersalah.

"Auntie ajak Nathan join dinner sekali. Dia masak banyak tu kat rumah. Auntie pun rindu dengan kamu, lama tak datang jenguk katanya." ajak dato Daniel.

"Boleh juga. Lama dah Nathan tak makan masakan auntie" balas Nathan bersama senyuman.

Nathan terima pelawaan Dato Daniel. Orang kata rezeki jangan ditolak, masalah jangan dicari.

"Auntie tak auntie ingat itu ibu aku jangan cuba nak rampas takhta dari aku" ujar Safy.

"Ada aku kesah. Jom uncle kalau melayan si Safy ni habis waktu solat nanti" ujar Nathan.

Nathan dan Dato Daniel sudah berjalan mendahuluinya. Safy dengan pasrahnya membontoti mereka yang sudah jauh dihadapan.

C | Miss SunsetWhere stories live. Discover now