Dia kembali menyambung langkahnya menuju ke bilik pengetua yang terletak di blok bersebelahan dengan blok kelasnya.

Sampai saja di depan pintu bilik pengetua, Aysar terus mengetuk seraya memberi salam.

"Masuk!!!" Suara Tuan Hj. Rafael kedengaran dari dalam.

Aysar pun masuk setelah diberi izin. Sangkanya hanya ada Tuan Hj. Rafael sahaja rupa-rupanya turut ada Adam dan Tengku Jailani.

"Saya dimaklumkan tuan pengetua nak jumpa saya. Boleh saya tahu kenapa?" Soal Aysar dengan hormat. Sikit pun dia tidak peduli dengan kehadiran Adam dan Tengku Jailani.

"Buat-buat tanya pula." Celah Adam dengan nada yang menyakitkan hati. Tetapi Aysar langsung tidak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Adam itu.

"Adam, jangan cakap apa-apa yang boleh menimbulkan sebarang pergaduhan." Tegur Tuan Hj. Rafael apabila Adam berura-ura mahu menimbulkan pergaduhan mulut.

"Betullah apa yang anak i cakap tu tuan pengetua. Mana bapak dia? I tak boleh lama-lama dekat sini, i ada appoinment." Balas Tengku Jailani dengan wajah yang tidak senang hati apabila Tuan Hj. Rafael menegur Adam di depannya.

Tuan Hj. Rafael mengeluh kecil sebelum menatap wajah Aysar semula. Tenang saja wajah Aysar seolah-olah tiada apa-apa masalah.

"Saya call ayah kamu tapi tidak di angkat. Boleh saya dapatkan nombor selain nombor ayah kamu?" Pinta Tuan Hj. Rafael.

Aysar angguk kecil.

"Boleh saya call papa saya terlebih dahulu untuk pastikan memang papa saya tak angkat call?"

"Boleh."

"Thanks." Ucap Aysar dengan senyuman nipis. Gagang telephone pejabat diambil daripada tangan Tuan Hj. Rafael. Nombor Blade di dail.

Tut tut tut tuttt

Betul apa yang dikatakan oleh tuan pengetuanya itu. Papanya tidak menjawab panggilannya. Mungkin papa ada meeting dengan Uncle Steve.

Oh ya, Uncle Steve!

Pantas dia mendail nombor Steve mengharapkan Steve menjawab panggilannya.

Tut tut tu-...

"Assalamualaikum, uncle. It's me, Aysar." Ucap Aysar sebaik saja panggilan mereka bersambung.

"Waalaikumussalam. Why Aysar? Did you need something from me?" Jawab Steve dengan lembut.

"Urmmm i call papa but he didn't answer it. Did he with you?"

"Yes, he with me now and sorry Aysar, his didn't bring phone in meeting. Do you want talk with him now?"

"Yup. Can i?"

"Sure... Wait ya..."

Suara Steve sedang bercakap dengan Blade kedengaran.

"Hey son, what's up?"

"Papa, can you come my school now? I don't know what happen at here but Mr. Principal want to see you. Urgent."

"Oh shit, okay i will go there as soon as possible."

"Thank you papa."

"Alright, see you."

Aysar meletakkan semula gagang telephone di tempatnya. Dia memandang wajah Tuan Hj. Rafael yang sedang menunggu jawapannya.

"He will come as soon as possible."

MY MRS TURKISHDove le storie prendono vita. Scoprilo ora