𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶𝓜𝓪𝓲𝓻𝓪 42

400 35 1
                                    

𝒾𝓂 𝑜𝒷𝓈𝑒𝓈𝓈𝑒𝒹 𝓌𝒾𝓉𝒽 𝓎𝑜𝓊, 𝒻𝓁𝑜𝓌𝑒𝓇 ♡

TINGGAL dua minggu lagi sebelum sang isteri melahirkan anak mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TINGGAL dua minggu lagi sebelum sang isteri melahirkan anak mereka. Kau sengaja ambil cuti harini kerana ingin menemani sang isteri.

Maira berjalan ke arah dapur seperti penguin. Gelas kaca dicapai. Air kosong dituang ke dalam gelas kaca tadi. Kau yang  baru masuk dalam rumah, terus berlari ke arah isteri kau.

" Sayang, hubby dah cakap kan kalau nak apa-apa panggil hubby. Kenapa degil sangat ni? " tegas Fahim menegur sang isteri. Tangannya setia memimpin sang isteri ke sofa di ruang tamu.

" Sayang dah panggil. Hubby yang tak dengar. " kata Maira lembut. Wajah sang suami dipandang.

" Okey, hubby minta maaf. Mungkin hubby tak dengar sayang panggil tadi. " Kau memeluk tubuh isteri kau.

Kau melepaskan pelukan tersebut.

" Harini, kesayangan aku nak makan apa hm? " soal aku.

" Hubby nak masak or order grab? " kata gadis itu.

" semestinya aku masak. " jawab aku ringkas. Tangan laju menggosok ubun-ubun kepala sang isteri.

" Hm, sayang nak makan ayam masak lemak dengan tom yum putih. " Fahim memandang gadis dihadapannya itu lama.

" Itu je? " soal kau.

Maira mengangguk laju. Aku pantas bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Apron yang tersangkut kau ambil. Apron disarung pada tubuh kekar kau. Kau keluarkan semua bahan mentah yang berkaitan.

Maira berdiri di pintu dapur melihat kau. Kau sedar isteri kau memerhati gerak-geri kau. Tiba-tiba, gadis itu bersuara.

" Hubby, Maira nak tengok hubby masak boleh tak? " kata gadis itu dengan menunjukkan separuh wajah di pintu dapur. Kau berpaling serta mengangguk. Kau melangkah ke arah isteri kau. Tubuh sang isteri digendong serta diletakkan di atas meja.

" Duduk sini diam-diam kalau taknak jatuh. " pesan kau keras. Gadis itu menggangguk faham.

Kau kembali menyambung pekerjaan yang terhenti di tengah jalan tadi. Bawang merah dan bawang putih dibasuh sebelum  dipotong. Bawang-bawang tersebut dipotong empat serta diletakkan ke dalam pengisar dan dikisar sehingga lumat.

Sayur-sayuran seperti kobis, bunga kobis dan lobak merah dipotong. Setelah dipotong, kau bergerak ke arah singki. Sayur-sayuran yang dipotong tadi dibasuh sehingga bersih.

Kau menyedari isteri kau memandang kau sehingga tidak berkelip. Kau hanya membiarkannya. Tiba-tiba kau terdengar, isteri kau sebut sesuatu yang membuatkan kau boleh tersenyum sorang-sorang.

OG | Mrs Fahim KasyafWhere stories live. Discover now