𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶𝓜𝓪𝓲𝓻𝓪 25

938 61 0
                                    

𝒾𝓂 𝑜𝒷𝓈𝑒𝓈𝓈𝑒𝒹 𝓌𝒾𝓉𝒽 𝓎𝑜𝓊, 𝒻𝓁𝑜𝓌𝑒𝓇 ♡

𝒾𝓂 𝑜𝒷𝓈𝑒𝓈𝓈𝑒𝒹 𝓌𝒾𝓉𝒽 𝓎𝑜𝓊, 𝒻𝓁𝑜𝓌𝑒𝓇 ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DING DONG

Loceng rumah berbunyi. Maira yang tengah memasak perhatiannya teralih ke arah pintu. Fahim yang menolong isterinya faham akan tindakan isterinya.

" Biar aku buka pintu. Kau sambung masak. " kata Fahim lalu menuju ke pintu. Maira menyambung semula aktiviti yang tergendala tadi.

Fahim membuka pintu. Dua orang yang sangat dikenali oleh Fahim menangkap masuk ke dalam kornea matanya. Dia mula menyapa dua orang yang dihadapannya.

" Hubby, siapa kat luar? " tanya Maira dari dapur. Fahim tidak menjawab soalan isterinya. Maira yang tidak dengar suaminya menjawab. Serta merta dia meninggalkan aktivitinya tadi.

Dia melangkah ke arah pintu. Terkejut.

" Ya allah ibu abah. Kenapa tak telefon dulu kitaorang? " tanya Maira lembut. Fahim menyalam kedua-dua tangan orang tuanya.

" Alah! Malaslah nak telefon kamu berdua. Ibu telefon besan ibu tadi. Dialah hantar ke sini tadi. " kata Puan Linda. Maira mengalu-alukan mertuanya masuk ke dalam rumah.

" Masuklah ibu abah. Rumah kitaorang memang sunyi macam ni. Hubby la beli rumah besar sangat. Padahal duduk berdua je. " beritahu Maira kepada ibu mertuanya.

Encik Qay mula mencelah.

" Suami kamu nak prepare awal-awal la ni. Senang dah ada anak-anak nanti, tak payah beli rumah baru. " kata Encik Qay sambil tergelak sakan.

" Ibu cakap mummy hantar. Mane mummy? " tanya Maira lembut.

" Dia cakap dia nak pergi ambik cucu-cucu dia dekat sekolah. Anak dia yang sorang tu ada kerja. Ape nama adik kamu yang sorang tu? Ya allah, ibu dah lupa. " tanya Puan Linda sambil memegang kepalanya.

" Harriz, ibu. Dia tu memang jenis kuat kerja sikit. Tak tahu nasib isteri dia macam mane nanti. " kata Maira bergurau.

" Ibu abah, duduk la dulu. Mai nak siapakan sikit lagi makanan untuk tengah hari. " beritahu Maira lembut. Dia mula bangun dari duduknya dan berdiri tegak.

" Hubby, sembang la dengan ibu abah. Takpe, biar Mai selesaikan lauk tu nanti. Lagipun sikit je lagi. " kata Maira menghalang suaminya untuk menolong. Sebenarnya dia kesian dekat mertuanya sunyi sekiranya anak mereka tidak menemaninya.

OG | Mrs Fahim KasyafWhere stories live. Discover now