𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶𝓜𝓪𝓲𝓻𝓪 30

896 71 0
                                    

𝒾𝓂 𝑜𝒷𝓈𝑒𝓈𝓈𝑒𝒹 𝓌𝒾𝓉𝒽 𝓎𝑜𝓊, 𝒻𝓁𝑜𝓌𝑒𝓇 ♡

𝒾𝓂 𝑜𝒷𝓈𝑒𝓈𝓈𝑒𝒹 𝓌𝒾𝓉𝒽 𝓎𝑜𝓊, 𝒻𝓁𝑜𝓌𝑒𝓇 ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI  yang cerah. Tidak mendung tapi redup-redup. Maira bangun sedikit awal kerana dia perlu bertolak  sedikit awal ke hospital. Jadual harini terlampau padat dengan pembedahan yang harus dijalankan. Dia berjalan menuju ke bilik air. Berus gigi dan ubat gigi dicapai. Dia menggosok gigi serta membasuh muka.

Seraya itu, dia keluar dari bilik air. Dia mengemas biliknya yang sedikit bersepah dengan kertas kerjanya. Setelah itu, dia menuju ke pintu dan keluar seraya menuju ke tangga yang menghububngkan antara aras biliknha ke ruang tamu dan dapur. Dia menuruni anak tangga berhati-hati sehingga ke anak tangga terakhir dan menuju ke dapur untuk membuat breakfast.

Peti sejuk dibuka. Bahan mentah dikeluarkan. Papan pengiris dan pisau diambil di rak khasnya. Maira memotong bahan-bahan tadi kecil-kecil supaya mudah dimasak. Seraya siap memotong, dia membasuh bahan-bahan tadi. Dia mengambil pan dan diletakkan di atas dapur gas.

Minyak dituang sedikit. Bawang yang dihiris tadi diletakkan di dalam pan tadi dan digoreng sehingga mengeluarkan bau yang wangi. Setelah siap memasak, dia menghidang di dalam bekas dan diletak di bawah saji.

Dapur yang bersepah dikemas oleh Maira sehingga bersih. Tanpa meninggalkan sedikit habuk pun. Setelah selesai, dia naik ke atas semula untuk membersihkan dirinya sebelum bersiap pergi kerja. Tuala dicapai dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Maira keluar dari bilik air dengan memakai bathrobe serta menuju ke almari. Kemeja berwarna cream dan seluar slack berwarna hitam dicapai olehnya. Dia menyarung pakaian yang dipilih tadi pada tubuh genitnya. Tangannya laju memilih tudung bawal yang sesuai dengan pakaiannya tadi.

Setelah itu, dia menggosok tudung itu.  Dia memakai anak tudung dan duduk di hadapan meja soleknya. Dia menhias mukanya dengan sedikit makeup supaya tidak nampak pucat. Dia mencapai gincu untuk memantapkan makeupnya agar mukanya tidak nampak seperti orang mati.

Tudung tadi dicapai dan diletakkan di atas kepalanya. Dia memakai tudung bawal sehingga di bawah dada. Sebelum ini, sudah ditegur oleh Fahim supaya pakai tudung di bawah dada. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia bangun dari situ dan menuju ke arah suaminya yang nyenyak tidur.

Ciuman dilabuhkan pada dahi dan kedua-dua belah pipi suaminya. Dia mencapai sehelai kertas dari beg kerjanya dan menulis sedikit pesanan kepada suaminya. Kertas itu diselit dibawah telefon suaminya.

Mai kena bertolak awal ke hospital harini sebab Mai banyak operation harini. Lepastu Mai balik lewat sikit harini. Mai ada buat breakfast untuk hubby. Jangan lupa makan tau. Pergi kerja elok-elok nanti. Okey love? 

OG | Mrs Fahim KasyafWhere stories live. Discover now