𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶𝓜𝓪𝓲𝓻𝓪 31

1.1K 70 14
                                    

𝒾𝓂 𝑜𝒷𝓈𝑒𝓈𝓈𝑒𝒹 𝓌𝒾𝓉𝒽 𝓎𝑜𝓊, 𝒻𝓁𝑜𝓌𝑒𝓇 ♡

Dua orang budak berlari ke arah Harriz sambil memanggil Harriz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua orang budak berlari ke arah Harriz sambil memanggil Harriz. Harriz hanya mampu tersenyum dengan kelakuan anak-anak sedaranya itu.

" Uncle Riz okey? " soal Darwish seraya naik di atas katil. Dania hanya mamandang Harriz dengan mata bulatnya.

" Uncle okey je. Datang dengan siapa ni? " Harriz memeluk erat anak-anak sedaranya.

" Datang dengan mama. Papa sibuk tak boleh datang. " jawab Dania seraya menunjuk ke arah Zara yang baru masuk ke dalam bilik itu dengan membawa kopi di tangan.

Harriz mengangguk laju tanda faham. Dah tahu abang dia yang sorang tu kuat bekerja. Nak harap melawat lambat lagi.

" Dah kemas semua baju, Harriz. Harini dah boleh balik kan. " kata Zara seraya menapak ke arah Harriz.

" Iye. Harriz nak balik rumah Harriz la. " bicara Harriz di hadapan Maira dan kakak iparnya. Mereka berdua memandang tajam ke arah Harriz.

" Tak payah nak mengada. Kau duduk je lah rumah mummy. Mummy boleh tolong jagakan. " balas Maira seraya memberi cubitan ketam pada peha adiknya.

Aduh. Harriz meraung sakit. Dia memandang lama kakaknya dengan riak cemberut.

" Kau jaga budak-budak ni kejap. " ujar Maira seraya bangun dari kerusi.

" Nak pergi mane? " tanya Harriz bingung.

" Aku nak pergi bayar bil hospital kau la dengan kak Zara. " balas Maira malas seraya keluar dari wad VIP itu bersama kakak iparnya.

" Hodoh la muka uncle bila uncle buat  macam tu. " celah Dania seraya ketawa sakan setelah melihat reaksi muka hodoh uncle nya tadi.

" Kurang ajar punya anak sedara. Kau cakap aku hodoh. " bidas Harriz tatkala menggeletek Dania.

" HAHAHA, uncle geli lah. " adu Dania sambil ketawa.

" Muka uncle hodoh ke huh? " Harriz masih geletek anak sedaranya itu. Darwish duduk diam di kerusi kerana ralit bermain telefon.

" T.. Takk. Muka uncle handsome. " jawab Dania yang masih dengan ketawa. Setelah Harriz mendengar itu, dia berhenti mengerjakan anak sedaranya.

Maira dan Zara masuk ke dalam wad VIP semula setelah selesai semua urusan yang berkairan dengan hospital. Semua orang mula keluar dari wad tersebut kecuali Darwish. Zara yang perasan anaknya lelakinya tiada bersamanya. Harriz yang perasan anak sedaranya yang seorang itu sedang ralit bermain telefon, dia memanggilnya sedikit keras.

OG | Mrs Fahim KasyafWhere stories live. Discover now