🤍 BAB 51

4.2K 150 2
                                    

Berkerut dahi Aryssa menahan terik matahari di kawasan lapang tapak pembinaan yang terbengkalai itu. Terasa rimas tubuh dengan peluh mula membasahi.  Sekejap-sekejap matanya melirik pada Ipad ditangan melihat lukisan di skrin itu. Kemudian langkah kaki sibuk mengekori wakil tapak untuk mendengar penjelasan tentang projek itu.

Tamat sahaja lawatan, laju langkah Aryssa menuju ke arah Honda Civic hitam milik Ilman yang setia menunggu dia di luar tapak projek.

"Chad, lepas ni kita ke Banting pula ya. Tapi saya nak singgah kedai beli air. Haus! pesan Aryssa pada Chad sebelum melangkah ke arah Range Rover putih suaminya. Syok pulak bawa kereta besar. Selalunya, Axia merah sahaja dilenjan ke sana ke sini.

"Nah, air untuk awak jugak," Aryssa menghulur sebotol air mineral dan satu tin air hundred plus pada Ilman yang sedang bersandar di tepi kereta hitamnya.

"So sweet Puan. Tak pernah lupa dekat saya," tersengih Ilman. Tangannya dimasukkan ke dalam jaket lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Puan, jom selfie. Saya nak hantar dekat Tuan." Tangan Ilman sudah diangkat tinggi, skrin telefon menghadap wajah mereka. Aryssa yang sedang menyedut air ribena terus sahaja buat lambang peace di tepi matanya comel.

Laju jari Ilman menghantar gambar pada Ku Adlee. Sengaja report benda tak penting.

Tidak lama selepas itu, bergetar telefon bimbit Aryssa mendapat panggilan dari suaminya.

"Assalamualaikum abang!" ceria Aryssa menyambut panggilan.

"Waalaikumussalam. What are you doing baby?"

"Hmm? Doing what?" soal Aryssa kembali.

"Chad ada hantar gambar korang berdua minum-minum tepi kereta."

"Ooh, comel tak Aara?" tanya Aryssa selamba.

"Comel sangat. Tapi tolong jaga halal gap tu ya. Jangan nak rapat-rapat sangat. Kalau abang nampak korang rapat sangat, abang pukul Chad tu," ugut Ku Adlee.

"Chad, Tuan kata kalau awak rapat dengan saya, nanti dia pukul awak," bisik Aryssa pada Ilman di sebelah. Bisik, tapi cukup jelas di telinga Ku Adlee di hujung talian.

Tersedak-sedak Ilman dengan ayat Tuannya itu. Terus menjauhkan diri dari Aryssa.

"Okay abang, Chad dah jauh sikit," ujar Aryssa lurus. Terlepas tawa Ilman di hujung kereta melihat Aryssa yang lurus itu. Aduh Puan aku ni kadang masuk air jugak. Ku Adlee di talian sudah tergeleng-geleng kepala melayan isterinya itu.

"I miss you baby. Esok petang flight abang balik sana."

"Okay abang, abang hati-hati okay. Apa-apa call Aara."

Tamat sahaja panggilan, Aryssa terus mengajak Ilman untuk bertolak ke tapak projek kedua.


Kedengaran kuat guruh berdentum di langit sebelum hujan lebat menuruni bumi. Semua yang berada di tapak projek sudah lencun tidak sempat berlari mencari tempat teduh. Selepas mereka bersurai, berlari anak Aryssa menuju ke keretanya.

Allah, siapa pula block kereta aku ni. Terkulat-kulat Aryssa berdiri di tepi keretanya menanti pemilik kereta yang menghalang keretanya itu tiba. Ingin berlari ke dalam tapak projek semula bagi mencari pemilik kereta tetapi dihalang pantas oleh Ilman.

'Puan! Puan masuk kereta dulu. Hujan ni! Biar saya pergi cari tuan kereta ni.'

"Eh, tak apa Chad. Nanti awak basah."

"Saya dah basah dah pun Puan. Baik Puan masuk kereta sekarang sebelum saya smackdown Puan dekat sini." Terkulat-kulat Aryssa dengan ugutan Ilman. Pantas dia masuk ke dalam kereta.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now