🌼 BAB 24

4.5K 167 3
                                    

Riuh di dewan kuliah dengan suara-suara pelajar bergosip, bergurau dan berbual. Sementara menunggu pensyarah mereka Dr Ir Kamilah sampai bagi memulakan kuliah.

"Ryss, nak nombor telefon Aihan boleh?" Aryssa yang sedang bermain telefonnya terus berpaling ke arah Eleanor di sebelah.

"Nak buat apa?"

"Alah, aku nak pulangkan hoodie yang dia bagi pinjam hari tu," jawab Eleanor.

"Kan Han kata tak payah pulangkan. Aku tengok almari dia memang penuh pun dengan hoodie. Tak hairannya dia kau ambil satu," ujar Aryssa.

"Alah, tak sedap pulak rasa. Aku ingat nak tanya dia sendiri. Kalau betul dia memang bagi, lega lah aku," rayu Eleanor lagi.

"Hmm yelah, kejap aku share contact dia." Laju jari Aryssa berkongsi nombor adiknya Arif Aihan kepada Eleanor.

"Ryss!" Terkejut Aryssa apabila tangannya direntap kuat oleh manusia yang sedang berdiri di hadapannya itu.

"Emir? Aduh lepaslah Emir." Aryssa cuba menarik tangannya kembali tapi tidak berjaya. Kuat cengkaman Raja Emir di pergelangan tangannya.

"Emir! Lepaskan Ryss! Kau ni dah kenapa?!" marah Eleanor sambil menarik tangan Aryssa dari cengkaman Raja Emir.

Mencerlung mata Raja Emir pada cincin berlian di jari manis Aryssa, gadis kesayangannya itu.

"Kau dah bertunang?" soal Raja Emir. Merah padam wajahnya menahan marah.

"Apa ni Mir, lepaskan tangan aku!" Puas Aryssa menarik tangannya.

"Heh, betul lah dah bertunang? Patutlah berseri-seri je aku tengok. Dapat pulak bakal suami anak pensyarah sendiri. Kau ingat aku tak tahu jantan tu anak Dr Kamilah? Tak sangka aku, dapat anak orang kaya. Taste kau luar biasa jugak eh?" perli Raja Emir.

Bergerak-gerak rahangnya menahan rasa cemburu.

Mujur kedudukan mereka di tepi dinding dan tidak ada siapa perasan atau dengar pertelingkahan mereka ketika itu.

"Sudah lah Mir. Aku tak pernah bagi harapan dekat kau kan. Jangan macam ni Mir. Rasional please!" pujuk Aryssa.

"Raja Emir! Take a seat!" bergema suara Kamilah di hadapan dewan kuliah. Mencerlung matanya ke arah Raja Emir yang masih mencengkam tangan Aryssa.

"Aduh! Diamlah!" tempik Raja Emir pada Kamilah lalu melempar kasar tangan Aryssa dan berlalu keluar dari dewan kuliah. Kedengaran semua pelajar di dewan sudah berbisik-bisik bergosip selepas melihat kelakuan Raja Emir yang kurang ajar pada pensyarah mereka itu.

"Gilalah, tangan dia buat dari besi ke apa weh? Sakit gila," berkerut dahi Aryssa menggosok pergelangan tangannya yang sudah mula merah kebiruan.

Eleanor memandang pergelangan tangan Aryssa dengan penuh simpati sambil menggosok bahu Aryssa cuba menenangkannya.

Ting!


Dr. Ir. Kamilah

- Aara tunggu mama dekat luar kelas after
this okay? Are you hurt?


Sempat Kamilah menghantar mesej pada Aryssa di hadapan dewan kuliah sebelum memulakan pembelajaran. Aryssa memandang ke arah Kamilah di hadapan dan memberi isyarat dia okay sahaja dan memberikan senyuman manis. Tidak mahu bakal mertuanya itu risau.


Tamat sahaja kelas, Aryssa menunggu Kamilah di tepi dewan kuliah dan melambai pada Eleanor yang sudah berlalu ingin pulang.

"Aara, jom. Lee dah tunggu kita dekat parking. Are you okay Aara? Dah lama ke Raja Emir kacau Aara dekat dewan kuliah?" soal Kamilah sambil memegang pergelangan tangan Aryssa.

"Aara okay mama. Baru tadi dia datang dekat Aara. Sebelum ni dia masuk kelas tapi dia duduk jauh dari Aara. Terkejut juga tadi dia datang marah-marah. Dia tahu Aara dah bertunang dengan anak mama," jelas Aryssa.

"Macam mana dia tahu? Kita tak hebohkan pun pertunangan Aara dengan Lee," berkerut dahi Kamilah.

"Tu lah mama, dia datang dekat Aara tu macam dia dah tahu. Mama, jangan bagi tahu Adlee boleh? Aara tak nak dia risau or buat bukan-bukan," rayu Aryssa.

Lama Kamilah berfikir sebelum mengangguk.

"Okay mama rahsiakan. Tapi! Aara tolong jaga diri. Nampak dia, cuba jauhkan diri. Selalu jalan berdua dengan Eleanor okay? Jangan jalan sorang-sorang around kampus," pesan Kamilah sambil erat memegang jemari Aryssa.

Aryssa mengangguk sambil langkah kaki mereka menghampiri kereta Ku Adlee di parkir lot.

"Takut juga mama, hari tu dah melayang tumbukan Lee dekat Raja Emir tu. Karang apa lagi yang melayang. Lee tu nampak je lembut, baik, sopan. Tapi kalau ada yang kacau keluarga atau hak milik dia, mahu lepak underground orang tu dikerjakan Lee," tergelak Aryssa mendengar ayat Kamilah.

Ku Adlee yang sedang menunggu dalam kereta sudah tersenyum-senyum melihat tunangnya mesra berpimpin tangan berjalan bersama mama kesayangannya. Kamilah laju ke kerusi belakang untuk memberi peluang Aryssa duduk di hadapan bersebelahan dengan Ku Adlee yang memandu.

"Kelas okay?" tanya Ku Adlee. Cekap tangannya memutar stereng kereta untuk keluar dari parkir lot kampus dan terus meluncur laju menuju ke butik baju perkahwinan.

"Okay je macam biasa..." jawab Aryssa.

"Mama okay kelas?" tanya Ku Adlee sambil matanya melirik ke cermin pandang belakang untuk melihat mamanya.

"Kalau Aara kata okay, maknanya okay lah mama mengajar," jawab Kamilah selamba.

Tersengih Aryssa dan Ku Adlee di hadapan.

Sesampai sahaja mereka di butik, terus sahaja pekerja memberi sepasang baju nikah dan sanding yang telah ditempah seminggu yang lepas oleh Kamilah untuk dicuba Aryssa dan Ku Adlee.

Puas Kamilah mencari butik yang boleh menyiapkan baju dalam tempoh yang singkat itu. Mujur kawan baiknya ada cadang nama butik ini.


Terpegun Kamilah melihat baju nikah yang simple itu terletak elok di tubuh kecil Aryssa.

"Eeee, cantiknya Aara ni! Geram mama!" dicubit-cubit pipi Aryssa yang sudah memerah malu.

Ku Adlee yang juga sudah tersarung baju nikah terus mahu mengintai tunangnya di bilik persalinan sebelah.

"Haip! Lee tengok bila waktu nikah nanti. Yang ni biar mama tengok sorang," puas Kamilah menghalang pandangan Ku Adlee pada Aryssa.

"Ala mana aci macam tu mama. Lee nak tengok jugak..." muncung mulut Ku Adlee membantah.

"Tak boleh! Nanti Lee serap seri Aara," jawab Kamilah sambil menghalau Ku Adlee menjauhi bilik persalinan Aryssa.

"Mama, Aara macam mana pun memang selalu berseri lah," jawab Ku Adlee tidak berpuas hati.

Tergeleng-geleng kepala Kamilah melihat anaknya yang keras kepala itu.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now