"Eh betul lah, mata ayah Aryssa pun warna coklat! Keturunan apa diorang ni?" berkerut dahi Mak Andam memandang Eleanor.

"Lah, warna mata kau pun lain," ternganga Mak Andam melihat mata hazel Eleanor. Tergelak Eleanor melihat Mak Andam sudah tercengang di sebelah memandangnya.

'Apa lah yang dihebohkan dengan warna mata orang entah mak cik ni,' getus hati Eleanor. Geli hatinya.


"Ayah, Aara keliru. Betul ke tindakan Aara ni? Aara rasa Aara terburu-buru terima Adlee. Betul ke Ad sayang Aara?"

"Kenapa fikir macam tu? Adlee tak pernah cakap ke dekat Aara perasaan dia?" soal Arian. Aryssa berfikir-fikir. Dia sendiri tak pasti. Sering Ku Adlee memanggilnya sayang. Tapi betul ke lelaki itu memaksudkan?

"Ayah kenal Ku Adlee tu. Dia jarang nak ungkap apa dia rasa. He shows through his act. Not words. I'm very confident, you will fall for him. Even harder, sayang," sambung Arian.

Diam Aryssa mendengar kata-kata ayahnya. Anak mata coklat milik Arian ditenung sedalamnya. Mencari kebenaran kata-kata itu. Cuba yakinkan diri untuk terima apa yang akan berlaku selepas ini.

"Aara rasa macam mana? Ada rasa sayang dekat dia?" soal Arian. Aryssa mengangguk.

"Aara ada rasa cinta dekat dia?" Arian bertanya lagi. Aryssa hanya diam. Dia sendiri tidak tahu apa beza cinta dan sayang.

"Selalunya bila dah sayang, cinta tu akan datang dengan mudah. Depends apa hubungan kita dengan orang tu. Kalau Aara ada rasa sayang, rasa rindu walau dia ada di depan mata, rasa takut akan kehilangan dia, itu semua tanda cinta," padat tapi ringkas penjelasan Arian.

"I love you ayah."

"Aik, cakap dekat ayah pulak? Nanti cakap dekat suami macam tu tau."

"Iya lah, dah Aara rasa semua tu dekat ayah. Maknanya Aara love you lah ayah," tergelak Arian dengan balasan Aryssa. Dicubit pipi Aryssa geram.

"Ya Allah dekat sini dua beranak ni. Jom cepat pihak lelaki dah sampai tu. Aara get ready sayang," pesan Sofiyah lembut.


Kelihatan segak Ku Adlee dengan berbaju melayu berwarna off white sedang duduk bersila di hadapan Arian yang juga segak berbaju melayu.

"Aku terima nikahnya Aara Aryssa Binti Arian dengan mas kahwin RM30,000 ringgit tunai" lancar dan tenang Ku Adlee Raiz melafazkan akad. Sah. Sah.

Terkebil-kebil Aryssa tidak percaya sepantas itu dia telah menjadi isteri pada Ku Adlee Raiz. Khusyuk Aryssa menadah tangan menyambut doa yang dibaca.

"Ryss, doa habis dah. Sarung cincin." Tersentak Aryssa dari lamunan.

Perlahan Ku Adlee duduk di sebelah Aryssa dan tersenyum manis. Bergetar tulang rusuk oi tengok bini lawa nak mampus.

"Hah, apa lagi! Cium!" serentak Aihan dan Arian jerit sambil memegang kamera mahu merakam moment mereka di pelamin. Pantas Sofiyah mencubit suami dan anak lelakinya itu. Bikin malu dua beranak ni lah!

Merah padam wajah Aryssa. Tajam telinga mendengar usikan dari adik dan ayahnya.

"Assalamualaikum Aara sayang."

"Waalaikumussalam Ad."

Buat pertama kali Ku Adlee meraih jari halus Aryssa dan menyarungkan cincin.

Setelah itu, Aryssa pula menyarungkan cincin di jemari kasar milik Ku Adlee sambil tersenyum manis lalu menunduk dan mencium tangan suaminya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah itu, Aryssa pula menyarungkan cincin di jemari kasar milik Ku Adlee sambil tersenyum manis lalu menunduk dan mencium tangan suaminya itu.

Terasa kepalanya diusap lembut oleh Ku Adlee. Entah kenapa debaran di dada seperti mahu meletup. Mungkin kerana mereka tidak pernah serapat ini sebelum nikah.

Selesai sahaja proses batal air sembahyang, para tetamu sudah mula sibuk mahu bergambar. Ada juga yang dijemput untuk makan di bawah khemah.

Terasa tangan Ku Adlee melingkar di pinggang Aryssa lantas berbisik.

"I want to answer your question last time."

"What question?" bisik Aryssa kembali.

"Who you are to me..." Aryssa menoleh ke arah Ku Adlee di sebelah. Terjongket keningnya ingin tahu.

"You're my wife. My one and only girl that stole my heart." Terasa panas wajah Aryssa mendengar pengakuan dari Ku Adlee. Lama mata Aryssa merenung ke dalam mata hitam suaminya itu.

"Aara, jangan pandang aku macam tu. Iman aku nipis sesejak dah nikah ni."

"So–sorry,' lalu Aryssa mengalih pandangan ke hadapan.

"Amboi, nanti-nanti lah nak sweet sweet pun. Ramai nak bergambar ni. Macam nak terkeluar biji mata tu tenung bini," tegur Kamilah.

"Bini lawa, kita tenung la mama," selamba jawapan Ku Adlee. Tangannya sibuk mengelus lembut pinggang isteri di sebelah yang keras terkejut dengan tindakannya.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now