Special Chapter

289 23 3
                                    

LAJU kaki mengejar langkah kanak-kanak yang sudah menjauh itu. Asya termengah-mengah. Ya Allah, budak tu pernah ikut Sukan Sea ke? Larian dah macam pelari 100 meter.

“Jangan kejarlah Asya. Asya je yang penat nanti. Wais tu excited nak jumpa baba dia. Itu yang laju bukan main,” kata Elisa yang turut termengah-mengah. Tangan turun menahan perut.

Dia penat nak berjalan, ditambah lagi dengan cuaca panas. Ini pun dia keluar sebab nak tengok encik suami pandu pesawat pejuang.

“Eh akak okey tak ni? Sorry, tertinggal pula akak dekat belakang. Asya takut Wais terjatuh nanti.”

Asya segera memimpin tangan kakak iparnya itu. Perlahan-lahan mereka mendekati beberapa buah pesawat pejuang yang sudah lama berhenti itu.

Muncul senyuman lebar di bibir Elisa tatkala melihat seorang lelaki turun daripada salah satu pesawat. Tersarung di tubuh itu suit khas untuk pemandu pesawat.

“Baba! Baba! Baba!”

Elisa menggeleng memandang kerenah kanak-kanak itu. Bagaikan sudah setahun tidak berjumpa dengan sang ayah.

Sejak usia kandungannya masuk tujuh bulan, dia dah tak larat nak menjaga dan mengejar Uwais. Uwais pun dah nak masuk tiga tahun. Sudahnya, tiga bulan Asya menetap di rumah mereka.

Iskandar yang suruh. Lelaki itu tak mahu Elisa tertekan kerana menjaga Uwais. Boleh tahan juga kenakalan kanak-kanak itu.

“Haih anak baba ni!” kata Iskandar sebelum melambung anaknya ke udara. Kanak-kanak itu hanya tertawa seperti sang ayah.

Mereka menjadi tumpuan para pengunjung yang lain. Ada yang tersenyum-senyum melihat keluarga itu.

“Abang...” Meleret nada Elisa memanggil encik suami. Sehabis mungkin wajah dicomelkan di hadapan lelaki itu.

Panggilan daripada wanita itu, dihiraukan. Mata masih memandang sang anak yang mengangkat tangan ke atas itu. Meminta untuk dilambung sekali lagi.

“Abang...”

“Ya sayang...” Suara Iskandar juga turut ikut meleret. Kalau dia tak menyahut, mahu mak buyung itu tak berhenti memanggil.

Asya hanya mampu tersenyum dengan kepala digerakkan ke kiri dan kanan. Pasangan ini pandai saja buat dia jadi cemburu.

Mama, adik nak kahwin!

Kaki mendekati sang suami dan anak yang kelihatan dalam dunia mereka sendiri. Tangan naik memegang lengan Iskandar.

Bibir bawah digigit sebelum Elisa tersengih-sengih. Dia nak buat satu permintaan. Ala, mudah saja  permintaannya. Bukannya dia minta bulan dan bintang. Setakat...

“Nak naik tu...” Elisa muncungkan bibir ke arah belakang Iskandar.

Kepala menoleh ke belakang. Terhela panjang nafasnya. Dah datang dah penyakit mengidam pelik-pelik isterinya.

Masa mengandungkan Uwais, wanita itu nak naik jentera bomba pada waktu tengah malam lagi. Dia cakap tak boleh sebab dah malam.

Tapi Elisa tetap dengan degilnya. Merengek seperti budak kecil dan berkata yang bukan-bukan. Nak bunuh dirilah, nak terjun dari balkoni rumahlah dan yang penting dia nak mati.

Mengucap panjang Iskandar jadinya. Dia pula yang terasa hendak membenamkan diri dalam tanah. Mahu tak mahu, terpaksa Iskandar dan Tuan Rafiq membawa ke balai bomba.

Bukan itu saja, banyak lagi yang Elisa mengidamkan. Iskandar pula bukan setiap saat berada di rumah. Nasib baik Tuan Rafiq ada untuk melayan mengidam wanita itu. Lagi-lagi semenjak hubungan anak beranak itu sudah semakin rapat.

TAKDIR TERCIPTA - CWhere stories live. Discover now