"Ini cupcake Tuan. I letakkan dekat meja ya?" Fariha melangkah ke arah meja yang terletak di sudut bilik pejabat Ku Adlee. Sudut yang mempunyai set sofa mewah untuk kegunaan Ku Adlee apabila dia ingin berehat.

"Boleh tak you asingkan untuk I dalam 5 pieces? The rest, you share lah dengan staff lain." Fariha mengangguk lalu keluar membawa cupcake ke pantry dan mengasingkan 5 biji cupcake ke pinggan mewah milik Ku Adlee.

"Nah Tuan. Selebihnya I akan letak di pantry." Tersenyum Ku Adlee melihat cupcake kegemarannya di pinggan itu lalu digigit sebiji.

"The most delicious cupcake I've ever had. No one can beat her baking skill," ujar Ku Adlee sambil mengangguk-angguk menikmati.

"Her? Tunang Tuan ke yang buat ni?" soal Fariha.

"Yes, tapi jangan kecoh pulak dekat staff lain," Ku Adlee mengingatkan Fariha sekali lagi.

"Okay Tuan. Don't worry," sengih Fariha sebelum pamit keluar dari bilik pejabat Ku Adlee. Pantas tangan Ku Adlee menghantar mesej pada Aryssa.

- Thank you baby. Nanti buat lagi ek

Aara Sayang

- Welcome Ad!

- Esok jangan lupa meeting macam biasa dekat office
aku. Lunch dengan aku lepastu okay?

Aara Sayang

- Baik Tuan. Kalau aku taknak pun,
kau paksa jugak kan? 😌

Tergelak Ku Adlee membaca balasan dari Aryssa lalu kembali menyambung kerja yang tertangguh tadi.


*****


Seperti biasa, Aara Aryssa hanya membantu Melissa untuk mencatit maklumat penting mesyuarat sahaja. Dia hadir mesyuarat setiap minggu pun atas arahan Ku Adlee. Bila ditanya kenapa perlu dia ada sedangkan dia tidak terlibat pun dengan projek tersebut.

Ku Adlee selamba menjawab "Saja, nak tengok muka kau tiap minggu. Ingat aku je sumber inspirasi kau? Kau pun sumber inspirasi aku jugak..." Tajam jelingan Aryssa pada Ku Adlee ketika itu yang sudah tergelak kecil.

Teringat zaman sekolah lah tu. Gedik!

Terasa lengannya disiku Wanaa di sebelah kanannya. Aryssa menoleh dan mengangkat kening.

"Hari ni, kau ada hal lagi ke lepas meeting?" tanya Wanaa perlahan.

"Iya. Nanti aku balik office sendiri. Kenapa?" bisik Aryssa. Tidak mahu menganggu mesyuarat yang sedang berjalan.

"Hal apa kau nyah? Pelik aku. Encik Mizi asyik tanya aku je kenapa kau hilang lepas tiap kali meeting dekat sini." Membulat mata Aryssa.

'Alamak, nak jawab apa ni?'

Iya lah, selepas sahaja mesyuarat tamat, Encik Tarmizi pasti akan membelanja makan pekerjanya yang ikut mesyuarat di luar. Tetapi Aryssa selalu hilang dari radar seusai mesyuarat.

"Alah, kau tolong lah cover. Aku ada hal keluarga. Habis lunch aku masuk office," pinta Aryssa.

"Hmm, yelah..." sahut Wanaa.


Rutin setiap minggu, Aryssa dan Ku Adlee akan makan bersama selepas habis mesyuarat.

"Kau nak makan apa sayang?" tanya Ku Adlee sambil membaca menu di tangan.

"Tolong bagi saya fish and chips and ice water. Thank you," pesan Aryssa kepada pelayan muda yang berdiri di tepi mejanya. Perasan dia akan senyuman terlebih manis pelayan itu ke arah Ku Adlee.

'Amboi mata tu, cucuk karang. Tunang aku tu tahu tak!'

"Same. Fish and chips, ice water. Thanks," pesan Ku Adlee lalu menyerahkan buku menu kembali kepada pelayan muda itu.

"Welcome abang handsome," gadis pelayan itu berlalu sambil tersenyum riang.

Mengecil mata Aryssa memandang ke wajah Ku Adlee di hadapannya.

"What?"

"Suka lah tu orang puji dia handsome," jeling Aryssa. Cemburu? Ya cemburu. Tunang aku kot.

Tergelak besar Ku Adlee melihat wajah Aryssa yang masam itu.

"Dia nak puji, biar lah. Tak kan aku nak buat muka herot pulak tiap kali datang sini," jawab Ku Adlee tersengih. Aryssa mencebik meluat.

"Handsome-handsome ni lah tunang kau sayang. Lagi berapa minggu dah nak jadi suami kau. Tak rasa bertuah ke dapat suami handsome macam aku?" seronok Ku Adlee mengusik.

"Bertuah sangat. Lagi bertuah rasa bila tiap minggu bakal suami belanja kita makan," jawab Aryssa sambil menjelir lidah.

"Dah kahwin nanti hari-hari aku belanja makan. Kereta kau nanti aku sambung bayarkan, bil telefon aku bayarkan. Kau tak payah keluar duit lagi dah," balas Ku Adlee.

"Habis tu buat apa aku kerja?" berkerut dahi Aryssa.

"Tak payah kerja pun tak apa. Jadi bini mithali duduk rumah tunggu aku balik. Boleh?"

"Tak boleh," jawab Aryssa. Mengecil matanya merenung Ku Adlee.

'Penat-penat aku sambung degree separuh masa ni nak naik pangkat, senang-senang dia je suruh aku duduk rumah ek!' Marah Aryssa dalam hati.

Tergelak Ku Adlee. Dia sudah duga. Sengaja mahu mengusik. Jangan harap lah budak kecik ni nak duduk rumah goyang kaki.

"Aku gurau je. Kerja lah. Tapi anytime kalau kau rasa dah penat nak kerja, just quit. Aku terlebih mampu nak sara kau dengan bakal anak-anak kita nanti," ujar Ku Adlee.

Tersedak Aryssa yang sedang menyedut air kosong di depannya. Ya Allah, besar betul cita-cita dia nak ada anak-anak tu. Seram!


*****


"Fariha, Tuan tak masuk office lagi ke?" soal Naim sambil mengintai bilik pejabat Ku Adlee.

"Belum lagi. Tuan kan selalu terus lunch luar lepas habis meeting dengan TESB," jawab Fariha sambil membetulkan duduknya. Cepatnya waktu lunch habis. Rungut Fariha dalam hati sambil menguap.

"Oh, yelah, lunch dengan Aryssa lah tu," Naim menjulingkan mata ke atas dengan berpeluk tubuhnya.

"Aryssa? Macam familiar nama tu." Terkebil-kebil Fariha memikir.

"Aryssa dari TESB. Tuan kau tu dah angau kat minah tu tahu tak? Tiap minggu lunch dengan awek tu," juih bibir Naim mengumpat di belakang Ku Adlee.

"Eh, serius ke Encik Naim? So, dia lah tunang Tuan Adlee?" Beberapa saat suasana hening.

Membulat mata Fariha dan laju tangannya menutup mulutnya yang sudah terlopong. Ya Allah, aku terlepas cakap.

'Eh, tapi tak kan kawan baik Tuan tak tahu yang Tuan dah bertunang kan? Mustahil. Encik Naim kawan dah lama dengan Tuan Adlee. Mesti Encik Naim dah tahu. Halal je lah. Aduh, ampun Tuan!'

"Pardon?" berkerut dahi Naim agak keliru.

"Tuan Adlee dah bertunang? Ku Adlee Raiz? Dengan Aryssa?" Naim bagai tidak percaya.

"Err, Encik Naim tak tahu ke? Ya Allah, saya terlepas cakap. Tolong rahsiakan please Encik Naim. Saya ingat Encik Naim dah tahu sebab Encik Naim kan kawan rapat Tuan," bersungguh Fariha meminta Naim berpura-pura tidak tahu dengan berita pertunangan Ku Adlee Raiz.

"It's okay Fariha. My lips are sealed. By the way, thanks for the info. Walaupun secara tak sengaja," kenyit mata Naim dengan senyum penuh makna.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now