Balqis memandang ke arah Syiema, ada sesuatu yang pelik pada sepupunya itu.

" Dalam hidup ini, jangan letakkan kepercayaan kepada seseorang sepenuhnya "

Balqis teringat pesanan Tengku Arifin pada malam Syiema datang melawatnya di rumah Puan Zulaikha masa berpantang.

Hatinya mula rasa tidak enak melihat Syiema seakan tidak lepas memandang suaminya yang sedang membelakangi mereka.

" Syiema ke yang selama ini hantar mesej ugutan bunuh bagai tu? " bisiknya perlahan.

Pintu kereta Tengku Arifin ditutup. Tidak jadi mahu menunggu di dalam. Dia terus bergerak semula ke kereta Syiema yang tersadai itu.

" Eh, bukan ke kau kata nak tunggu dalam kereta? " tanya Syiema, hairan melihat Balqis semula ke situ.

" Tak jadi. Aku ni macam kangaroo. Kalau boleh nak duduk dalam poket suami aku 24 jam " kata Balqis. Dia perasan riak wajah Syiema yang berubah sedikit. Dia semakin yakin dengan apa yang dia rasakan itu benar.

Dia terus melintasi Syiema dan mendekati Tengku Arifin. Lengan suaminya yang sedang memegang telefon dipaut lalu dipeluk erat. Tengku Arifin menoleh sedikit ke sampingnya lalu membawa tangan kiri mengelus rambut Balqis.

Setelah panggilan dimatikan, Tengku Arifin memandang Balqis.

" Kenapa tak nak duduk dalam kereta? Aku kan suruh tunggu dalam kereta tadi " tanya Tengku Arifin dengan nada yang lembut.

" Tak nak lah. Lagipun Syiema pun tak nak masuk dalam kereta awak juga sebab dia kata kasihan awak tunggu seorang diri dekat sini. So, saya pun tunggulah sekali dekat sini. Lagipun tak elok kalau orang lalu lalang nampak awak berdua dengan perempuan lain selain saya, kan Syiema? " Kata Balqis seraya menoleh ke belakang memandang Syiema yang memakukan matanya pada pasangan suami isteri itu.

" Er haah betul lah tu " Syiema membalas sambil ketawa tetapi kedengaran kekok di telinga Balqis.

Tengku Arifin menjungkitkan kening ke atas saat mendengar Balqis melontarkan ayat sebegitu. Dia melihat riak wajah Balqis yang selamba itu. Tengku Arifin tersenyum sinis. Dia yakin isterinya itu pasti ada sesuatu yang tersimpan dalam hati.

30 minit berlalu, akhirnya towing car dari bengkel yang Tengku Arifin hubungi tadi telah tiba.

Selesai menguruskan semuanya, akhirnya mereka beredar dari situ. Mereka bergerak ke rumah Hajjah Halimah kerana keluarga Syiema ada di sana singgah sebentar.

Hampir pukul 8 malam juga mereka tiba di rumah Hajjah Halimah. Nasib baik mereka sempat singgah di pam minyak untuk menunaikan solat maghrib sekejap.

" Tak nak masuk dulu ke? Nanti nenek cakap apa pula kalau tak turun " Balqis berpandangan dengan Tengku Arifin. Benar juga kata Syiema. Nanti kecil pula hati mereka jika dia tidak turun sebentar.

" Bolehlah, jom awak. Kita singgah sekejap je lepas tu balik. Lagipun kasihan awak mesti penat "

Tengku Arifin hanya menurut saja kata isterinya. Mereka berdua melangkah keluar dari kereta tersebut diikuti dengan Syiema yang membawa barang yang dibeli tadi.

Balqis terus berjalan mendekati Tengku Arifin seraya memegang tangan suaminya itu dengan erat. Kebetulan pintu utama rumah Hajjah Halimah terbuka. Terpacul wajah Hajjah Halimah bersama Mak Long Nisa dan Mak Ngah Zahra.

" Assalamualaikum bakal jenazah! " jerit Balqis lalu berlari ke arah mereka. Tangan yang menggengam tangan Tengku Arifin itu dilepaskan.

" Amboi mulut! Waalaikumsalam juga bakal jenazah " jawab Mak Ngah Zahra.

Eternity Love [C]Where stories live. Discover now