BAB 31

15K 721 47
                                    

Sudah dua hari Tengku Arifin 'berkampung' di luar kawasan atas urusan kerja berkenaan dengan insiden di sub company TA Airline. Encik Badrul dan Zuyyin turut serta dalam mengikutnya ke luar kawasan kerana Encik Badrul yang bertanggungjawab dalam bahagian tersebut.

Beep beep

Telefon dicapai. Pesanan dari Balqis.

" Hai encik suami, saya baru habis event. Lepas ni saya nak singgah rumah mama sekejap. Take care tau. Kalau ada yang menggatal dengan awak, jangan lupa tolong garukan "

Dia tersenyum kecil. Isterinya itu benar-benar mengotakan kata-katanya. Setiap satu jam dia akan memberitahu setiap aktiviti yang dia lakukan. Dia duduk santai di lobi hotel yang mereka duduk selama 3 hari.

Esok dia akan kembali ke Kuala Lumpur kerana esok hari terakhir dia akan bertemu dengan pengurus TA Airline di sini untuk mendengarkan pembentangan mereka berkenaan dengan insiden yang terjadi baru-baru ini. Nasib baik tidak melibatkan orang awam.

Tangan membelek kerja di dalam tabnya yang memang khas untuk kerja sahaja. Walaupun dia sibuk dengan TA Airline saat ini, dia akan tetap membuat kerja dari jarak jauh untuk syarikatnya yang lagi satu, TA Corporation. Agak lelah tetapi itulah pilihannya. Dia tidak mahu lagi melihat mama dan abahnya berkejar sana sini menguruskan syarikat mereka. Disebabkan itulah dia sanggup meninggalkan kerjaya tenteranya dulu.

" Hai you " satu suara menyapanya. Dia tidak payah mengangkat kepala pun dia sudah tahu siapa yang menegurnya.

Zuyyin yang melihat Tengku Arifin diam menghadap tabnya itu terus duduk di kerusi kosong yang berada di sebelah Tengku Arifin tanpa menunggu dipelawa.

" Finally, lama i tunggu waktu macam ini nak tegur you. Kita kerja satu syarikat, tapi susahnya i nak jumpa you " Zuyyin cuba ajak berborak. Gembira tidak terkata hatinya apabila dapat melihat lelaki itu dari jarak dekat begini.

Dia yang ketika itu mahu ke tandas kebetulan terdengar perbualan Encik Badrul bersama staf lain. Encik Badrul mengatakan dia mahu ke luar kawasan bersama Tengku Arifin untuk menguruskan hal insiden di sini. Dia terus merebut peluang tersebut dengan meminta izin untuk ikut bersama dengan tujuan mahu menimba ilmu dengan lebih banyak. Nasib baik Encik Badrul setuju mahu membawanya sama.

" Kalau esok i balik tumpang you boleh tak? I segan naik berdua dengan Encik Badrul "

Tengku Arifin merengus kasar. Sakit telinganya. Dia yang tenang membuat kerja tadi menjadi kacau kerana ada gangguan.

" Kau nampak tak sekarang aku tengah buat apa? Kau boleh memekak pula dekat sini. Kau cakap apa tadi? Kau segan naik berdua dengan Encik Badrul? Habis tu, dengan aku kau tak malu pula? " tempelak Tengku Arifin.

" Dengan you, i takkan malu sebab i dah kenal you " balas Zuyyin.

" Kenapa you berkasar dengan i? Mana Arifin yang dulu? I rindu you yang dulu " kata Zuyyin dengan nada sayu. Sungguh dia tidak biasa dengan kekasaran lelaki itu. Perpisahan yang lama membuatkan lelaki itu berubah banyak.

Tengku Arifin meletakkan tabnya di atas meja. Dia memandang tajam ke arah Zuyyin yang tidak lepas memandangnya dari tadi dengan pandangan sayu. Terkesan? Tidak. Sedikit pun dia tidak terkesan dengan pandangan sayu itu.

" Delete the old version of me in your head. Its expired. Theres no longer Tengku Arifin that you knew before. Bear that in your mind " kata Tengku Arifin.

" Tapi i masih tak boleh lupakan you Arifin. I sayangkan you. I tahu jauh dari lubuk hati you tu masih sayangkan i "

Tengku Arifin ketawa kecil. Sinis. Sepertinya balik ini dia perlu mencuci telinganya yang sudah dinodai dengan kata kata dusta yang keluar dari mulut Zuyyin.

Eternity Love [C]Where stories live. Discover now