Bab 10

451 12 4
                                    

“Maryam balik naik apa ni?”

Mama bertanya ketika dia sudah mahu meminta diri. Keluarga Intan sudah lama balik dan hanya dia sahaja yang tinggal kerana mahu membantu mama.

“Naik grab mama.”

Sebelum ini pun dia memang akan memesan grab jika ke mana-mana. Ketika masih menjadi tunang Asyraf pula, ada masanya lelaki itu akan mengambil dan menghantarnya tetapi itu pun boleh dibilang dengan jari.

“Kak Zara, saya balik dulu.”

Azra’ie tiba-tiba muncul dan bersalaman dengan mama. Tenang hatinya kala melihat lelaki itu menunduk dan mencium tangan mama.

“Ni, nak balik terus ke?”

Mama menyoal saat lelaki itu sedang memakai kasut.

“Hmm…”

Seketika mama menghampiri Azra’ie dan mengusap bahu lelaki itu.

“Kak Zara nak minta tolong hantarkan Maryam dulu. Boleh tak ni?”

Selang beberapa detik seperti berfikir, Azra’ie terus mengangguk. Bersetuju dengan permintaan mama mahu menghantarnya.

“Hati-hati.” Pesanan itu dibalas lambaian ke arah mama yang masih berdiri di laman.

“Err, minta maaf sebab dah susahkan uncle.” Belum separuh perjalanan, Maryam memecah sunyi. Hatinya tidak tenang melihat lelaki itu tanpa berbunyi sikit pun.

“Tahu pun kau. Kalau bukan disebabkan Kak Zara, aku tak mungkin hantar kau sekarang ni.”

Mulutnya terkemam. Sebenarnya dia terasa dengan kata-kata tersebut.

“Maaf, Uncle.” Kali kedua kata maaf itu ditutur namun, tidak dilayan Azra’ie.

“Kalau aku jadi kau, aku takkan jejak kaki di rumah tu. Kau tak tahu malu ke? Orang dah tak nakkan kau. You should move on, kids!”

Kelu.

Sesungguhnya dia tiada jawapan untuk itu. Nak kata mama jahat terhadapnya? Tidak. Mama adalah insan terbaik yang pernah ditemuinya walaupun setelah dia dan Asyraf putus tunang.

Mama selalu memberikannya kata-kata semangat. Bahkan, mama sudah pun dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.

“Mama terlalu baik. Takkan disebabkan sikap anak mama, saya perlu putuskan hubungan dengan mama?” Akhirnya terluah juga bidasan kata-kata Azra’ie tadi.

Dia tiada sebarang niat terhadap kebaikan yang dihulur mama kerana, kasih sayang yang diberi wanita itu sudah cukup buatnya.

“Atau sebenarnya kau masih tak boleh nak move on? Kau tahu Asyraf bakal teruskan majlis perkahwinan dengan Adelia dan diam-diam sebenarnya kau tengah plan sesuatu? Kan?”

Bibirnya kelu. Tidak menyangka sejauh itu pemikiran Azra’ie. Sedangkan dalam masa yang sama, dirinya tidak mengetahui perancangan Asyraf untuk berkahwin dengan Adelia.

“Dia nak kahwin ke atau apa sekalipun, bukan urusan saya. Uncle ni kenapa ya? Dari mula saya kenal Uncle tak pernah sekalipun layan saya baik-baik.”

Maryam memuntahkan rasa geram terhadap layanan dan sikap lelaki itu yang terlalu prejudis terhadapnya.

“Baguslah kalau kau tak kisah tentang bekas tunang kau tu. Tapi, one more thing yang aku cukup tak suka apabila kau masih nak dekat dengan Kak Zara. Jangan disebabkan kakak aku tu baik dengan kau, kau ambil kesempatan.”

Maryam mendecit. Sakit hati mendengar kata-kata tersebut.

“Bagus juga kalau Uncle aware dengan saya, kan? Kalau macam tu boleh tak saya aware sama mengenai hubungan Uncle dengan Intan? Uncle dengan dia pun sepadan. Sama baya, kan? Kalau dapat anak nanti mesti comel.”

Maryam sudah mula melalut. Jika tidak mampu menyakitkan hati lelaki itu semula, dia masih ada cara lain untuk memulangkan kesakitan yang sama pada Azra’ie.

“Kau tak payah memandai-mandai atur hubungan aku dengan orang lain! Kind your own bussiness!”

Eh, pandai pula melenting?

“Saya akan jumpa dengan Intan. Saya nak jelaskan pada dia yang antara kita ni tidak ada apa-apa kaitan. Uncle dah musnahkan harapan dia sebelum ni jadi tak salah kalau saya sekadar nak jernihkan keadaan, kan?”

Puas hatinya. Tunggulah bila tiba masa itu nanti. Dia akan pastikan Azra’ie berkahwin dengan Intan!

“Don’t overboard, Maryam! Aku dapat tahu kau jumpa dengan Intan, kau siap!”

Azra’ie genggam stereng. Kuat. Hatinya tiba-tiba diterpa rasa takut jika betul Maryam hendak membocorkan rahsia yang dia cipta itu.

“Eh, suka hati sayalah. Uncle boleh kata saya macam-macam. Jadi, saya tak boleh?”

Sebelum ini, dia banyak makan hati dengan perli mahupun sindiran lelaki di depannya ini. Setiap kata-kata Azra’ie menimbulkan rasa geram dan sakit dalam hatinya.

“Shut up, Maryam! Kalau kau buat betul-betul, jangan menyesal kalau apa-apa berlaku pada diri kau!”

Bibirnya dicebik. Eleh, setakat membocorkan rahsia tentang salah faham Intan terhadap mereka, takkanlah sampai membawa kepada sesuatu perkara yang buruk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 11, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Uncle Azra'ie- My HusbandWhere stories live. Discover now