Bab 9

394 16 0
                                    

Setelah berhari-hari usai pengakuan Asyraf di butik tempoh hari, mama memanggilnya ke rumah keluarga wanita itu.

“Mama minta maaf, Maryam. Mama tak sangka selama ni Asyraf tak pernah sayangkan Maryam.”

Segunung penyesalan mama tetap tidak akan mampu mengembalikan hari-harinya yang terbazir begitu sahaja. Bertahun dia menumpukan hanya pada Asyraf seorang. Tetapi lelaki itu boleh pula mencari wanita lain.

“Saya tak kata saya kuat puan. Tapi saya tak nak panjangkan isu ni. Lagipun, Asyraf dah pilih cara hidup dia sendiri.”

Panggilan mama kini diubah kepada panggilan lain kerana mereka sudah tidak mempunyai kaitan.

“Maryam tetap anak mama. Tolong jangan ubah panggilan tu.”

Tidak semena-mena tubuhnya ditarik dalam pelukan mama. Erat pelukan itu. Seolah-olah mama melampias segala perasaan kesal kepadanya.

“Mama betul-betul minta maaf.”

Pelukan terlerai. Dia tahu hati wanita itu terlalu baik. Tidak seperti Asyraf yang tergamak menipunya.

“Mama dah masukkan ganti rugi dalam akaun Maryam.”

Bibirnya kelu. Kebaikan hati mama tidak pernah berubah walaupun mama bukan lagi bakal mentuanya.

“Tapi mama…”

Tangannya digenggam mama.

“Tolong terima. Mama tak tahu nak cakap macam mana lagi tapi, hanya itu yang mama mampu buat untuk tebus salah anak mama sendiri.”

Perlahan-lahan kepalanya diangguk. Akur menerima walaupun sebenarnya tiada sesen pun duit yang dikeluarkannya untuk majlis perkahwinan tak jadi antara dia dan Asyraf.

“Oh, erm… Maryam makan tengahari di sini ya. Mama dah siap masak tadi.”

Sejurus selepas berbicara, mama menarik tangannya menuju ruang makan.

“Duduk dulu. Kejap lagi ada yang naik join kita lunch sama.”

Berkerut dahinya. Siapa? Rasa-rasanya tadi hanya ada mama seorang di rumah sewaktu ketibaannya. Abang dan kakak Asyraf pula bekerja waktu ini.

“Layan diri Maryam. Mama nak ke dapur sekejap.”

Melihat bayang mama yang sudah hilang di sebalik dinding, Maryam melihat pelbagai lauk yang dimasak mama. Bahkan, turut disediakan buah di hujung sana yang menggamit seleranya.

Tanpa berfikir panjang, dia mengambil sepotong dan makan.

“Kau tak reti tunggu orang ke?”

Uhuk!

Dia terbatuk. Kuat.

Disergah dalam keadaan seperti itu menyebabkan batuknya semakin kuat dan rancak.

“Minum.”

Gelas disua di bibirnya dan dia minum rakus namun hanya beberapa detik tekaknya gatal semula dan uhuk!

Tersembur air dari mulutnya atas wajah seseorang yang sedang memegang gelas ke arahnya.

#uncleazraiemyhusband

               ☺️TEASER 9☺️

"Uncle! So…sorry! Sorry!”

Lengan bajunya ditarik lalu dilap ke seluruh wajah itu.

“Stop!”

Tindakannya terhenti serta-merta apabila pergelangannya yang berlapik sudah dicengkam Azra’ie.

“Pengotor!”

Azra’ie bingkas bangun dan bergegas memasuki dapur.

“Kenapa tu?”

Mama tiba-tiba keluar dengan sudu dan senduk di tangan.

Pertanyaan mama dijawab sengihan di bibir. Serba salah hendak menjawab.

“Pelik. Uncle kata hari ni ada kerja lain. Boleh pula datang rumah mama tiba-tiba. Mujur mama masak lebih.”

Kata-kata mama disambut senyum nipis. Ingatkan lelaki itu merupakan tetamu disebut oleh mama tadi.

“Maryam boleh tunggu sekejap? Tetamu mama sampai sekejap lagi.”

Lembut permintaan mama dan tidak mungkin mampu ditolaknya.

“Assalamu’alaikum…”

Mama baru saja memintanya untuk menunggu dan kini bunyi salam dari luar menunjukkan kehadiran tetamu lain. Mama bingkas bangun. Belakang wanita itu dihantar dengan pandangan. Tidak berniat hendak bangun sama.

“Eh?”

Bunyi kerusi ditarik di sebelahnya menjemput kejutan dalam dirinya. Kepala ditoleh dan seketika tubuhnya mengeras sedikit.

Dah kenapa Uncle Azra’ie hendak duduk di sebelahnya pula?

“Kalau macam tu, saya pindah tempat duduk.”

Buru-buru punggungnya diangkat tetapi belum sempat menyeimbangkan tubuh sendiri, dia terhenyak semula.

“Uncle ni kenapa?”

Adakah lelaki itu masih tidak berpuas hati terhadapnya disebabkan perkara tadi?

“Duduk sini dan jangan pergi mana-mana!”

Keningnya bertemu. Adik bongsu mama ni salah makan ubat ke? Pelik apabila lelaki itu tidak mahu dia berpindah tempat.

“Suka hati saya nak duduk mana pun!”

Tajam jelingannya dan serentak itu juga dia berdiri. Bersedia hendak berpindah tempat duduk.

“Eh, Maryam pun ada?”

Sapaan seseorang mematikan tingkahnya. Intan? Dan di belakang wanita cantik itu ada dua orang yang turut serta.

“Maryam dah kenal Intan ya? Maryam, inilah tetamu mama. Ni Intan, kawan lama Uncle Azra’ie. Dan ini ibu dengan ayah Intan.”

Ramah mama memperkenalkan Walaupun hakikatnya dia sudah mengenali Intan tetap tangan dihulur bersalaman dengan wanita itu.

“Assalamualaikum Auntie, Uncle…”

Pertama kali bersua kedua ibu dan bapa Intan, Maryam berasa kagum dengan paras rupa kedua-duanya. Bahkan, hatinya terus memuji dalam diam apabila salamnya turut dijawab lembut oleh keduanya.

“I nak duduk sinilah. Sebelah Azra’ie.”

Tiba-tiba Intan menarik kerusi di sebelah kiri lelaki itu namun tindakan Azra’ie yang merapatkan kedudukan kerusi dengannya menyebabkan keadaan menjadi kekok kerana menjadi tumpuan.

“Jemput makan semua.”

Mama memecah suasana sambil mencedok nasi sebelum diberikan pada semua orang.

“Makan banyak sikit.”

Tiada angin atau ribut, Azra’ie tiba-tiba meletakkan udang yang sudah siap dibuang kulit dalam pinggannya.

“Eh, saya tak ma…”

“Makan!”

Paksaan lelaki itu disertakan hentakan ringan atas kakinya. Menyebabkan dia terpaksa mencubit sedikit isi udang tersebut bersama mata yang dibesarkan. Dia beranggapan udang yang dikunyah itu seperti mengigit lelaki itu.

"Maryam okey ke?" Pertanyaan mama membawanya ke ruang sedar. Maryam pantas menayang senyum lebar sehingga menampakkan gigi. Dia tahu mama memerhati kelakuannya sedari tadi. Apatahlagi ketika Azra'ie melayannya seolah-olah ada sesuatu antara mereka.

Uncle Azra'ie- My HusbandWhere stories live. Discover now