Bab 5

270 15 0
                                    

Nampaknya sampai ke sudah pun, Asyraf tetap tidak muncul. Berbakul amarahnya disimpan dalam hati. Tunggu apabila dia bertemu mata dengan tunangnya itu, dia akan bertanya habis-habisan.

"Kalau kau masih nak tunggu Asyraf, kau stay. Aku nak balik."

Azra'ie juga sudah lelah menunggu. Sedangkan Intan telah lama berlalu kerana ada hal lain.

"Anak saudara Uncle tu tak serius ya nak kahwin? Menyakitkan hati."

Tanpa sedar, Maryam meluah rasa tidak puas hati kepada Azra'ie. Lelaki itu mendengus kasar.

"Aku dah cakap tak nak masuk campur urusan kau dengan dia."

Nada lelaki itu begitu mendatar. Petanda mengambil sikap berkecuali.

"Apa pula! Itu anak saudara Uncle tau. Sepatutnya Uncle kena jadi pendamai. Bukannya lepas tangan macam ni."

"Kau atau aku yang nak kahwin dengan Asyraf? Ada otak, guna. Bukan jadi bodoh. Paksa orang walaupun dah tak suka!"

Pedas.

Kata-kata Azra'ie menyebalkan hatinya.

"Baik! Saya akan tunjukkan kebodohan saya pada seluruh family Uncle!"

Tekad Maryam, dia mahu mencari kebenaran. Membiarkan Asyraf mempermainkannya merupakan satu penghinaan terhadapnya. Lagipun, mereka sudah lama berkasih. Sudah bertahun-tahun dan bukanlah suatu yang mudah jika dia dan Asyraf tiba-tiba memutuskan hubungan.

"Uncle!"

Langkah lelaki itu yang sudah jauh meninggalkannya dikejar.

"Ambil ni!"

Mengah nafasnya kala menghampiri sosok yang sedang berdiri tanpa emosi itu.

Sebuah kotak cincin dihulur pada lelaki itu. Lambat-lambat tangan Azra'ie yang berada dalam saku seluar dikeluarkan lalu menyambut kotak kecil tersebut.

"Tolong serahkan pada Asyraf. Kalau tak muat atau longgar suruh dia datang kedai sama dan tukar sendiri."

Ini merupakan usaha gigihnya untuk memenangi hati Asyraf. Walaupun jelas tunangnya itu tiba-tiba saja berubah drastik, dia masih mahu menanam yakin bahawa akan ada kesinambungan hidup bahagia antara mereka berdua.

"Boleh tak kau dengan Asyraf jangan susahkan aku? Childish!"

Maryam mengetap gigi. Siapa kata hatinya imun dengan bahasa kasar lelaki itu? Sesungguhnya dirinya sedang berusaha agar bersabar saat ini.

"Nak saya mengadu dengan mama Asyraf ke? Uncle satu-satunya saudara terdekat yang paling rapat dengan dia sepatutnya tolong perbaiki keadaan kami tapi Uncle? Uncle lepas tangan tahu tak?"

Suaranya bernada bentakan. Tidak puas hati dalam masa yang sama kerana seolah-olah lelaki ini tidak kisah jika ikatan pertunangan dia dan Asyraf terputus.

"Aku letih layan kau berdua. Masing-masing dah besar, kan? So, tunggu apa lagi? Lagipun kalau kau gunakan aku sebagai perantara kau dengan Asyraf, aku dapat apa? Useless!"

Dirinya ditempelek sinis sebelum lelaki itu menyambung perjalanan.

Semakin bertambah pula darjah kemarahannya tatkala meladeni sikap angkuh ayah saudara tunangnya itu.

Dalam diam, Maryam merancang sesuatu. Dirinya mahu buktikan sesuatu agar tidak akan ada kejadian buruk yang menimpa sebelum majlis perkahwinannya.

Seketika, tubuhnya dipusing mahu berlalu pergi. Seiring langkah, senyumnya terpamer. Sinis.

Telefon dibuka dan lokasi Asyraf dicari melalui telefon bimbitnya.

Kau tunggu Asyraf!

Lelaki itu begitu berani meninggalkannya terkontang-kanting memilih cincin kahwin mereka. Malahan, begitu berani membiarkan dirinya dengan Uncle Azra'ie!

Apa pun jadi, dia akan membuat perhitungan! Jejak Asyraf akan ditemuinya!









Uncle Azra'ie- My HusbandDonde viven las historias. Descúbrelo ahora