Bab 3

369 18 0
                                    

“Aku rasa kau tak pekak hari tu. Kenapa kau datang sini?”

Wajah tanpa riak itu terpamer. Dingin bersama gaya yang jelas menunjuk tidak mahu menerima kehadirannya di sini. Di rumah lelaki itu.

“Saya nak minta Uncle jelaskan tentang ni.”

Telefon disua betul-betul depan muka sosok tersebut. Dia memerlukan keterangan lelaki itu sekarang juga. Tidak mahu bertangguh kerana lagi dua bulan dia bakal berkahwin dengan Asyraf.

“Aku tak tahu.”

“Mustahil Uncle tak tahu, kan? Atau Uncle dengan Asyraf sama sahaja? Ada niat nak permainkan saya?”

Azra’ie mendengus kasar. Dari dulu lelaki itu tidak suka mencampuri hal anak-anak saudaranya.

“Terpulang kau nak fikir apa.”

Bang!

Serta-merta grill ditutup tanpa amaran. Maryam yang ditinggalkan di luar pagar mengetap gigi. Sakit hati apabila dilayan seperti ini.

“Uncle! Buka grill ni! Saya takkan balik selagi Uncle tak beritahu saya tentang gambar tu!”

Suaranya dilaung kuat. Lantaklah jiran sebelah menyebelah lelaki itu hendak kata apa. Dia hanya mahu masalah yang sedang dihadapinya itu bakal terlerai cepat.

Pin!

Pin!

Hon yang dibunyikan dari arah belakang menghentikan perlakuannya yang baru berura-ura hendak memanjat pagar itu.

Sebelah kakinya terpaksa diturunkan semula. Bersama riak tidak puas hati lantaran niatnya terbantut, kaki dibawa menapak ke arah kereta warna mettalic itu.

Baru beberapa langkah, pintu kereta tersebut dibuka dari dalam. Muncul sesosok tubuh yang pada perkiraannya begitu menarik. Cantik!

Sosok seorang wanita tinggi lampai. Berperwatakan lembut dengan gaya yang tampak elegen.

You buat apa di sini?” Mulutnya ditutup sebelum menjawab. Terkesima sejenak melihat penampilan tanpa cela di matanya oleh seseorang yang sama jenis dengannya. Seperti model! Jauh benar bezanya dengan dia!

Err, sa…ya nak jumpa…”

“Azra’ie?”

Dia yang tergagap menjawab tidak jadi meneruskan ayat apabila bicaranya sudah dipotong wanita itu, pantas.

Tidak semena-mena kepalanya diangguk berkali-kali. Tindak balas spontan yang menunjuk kata dirinya begitu teruja bertemu empat mata dengan seseorang yang berjaya membuatkannya kagum.

Hmm… I tak tahu pula taste Azra’ie budak sekolah macam you. Patutlah liat sangat bila I ajak keluar dating.”

Mulutnya menganga. Tangannya laju diangkat ke udara. Menggawang cuba menafikan andaian tidak masuk akal wanita itu.

“Bukan. Cik dah salah faham ni. Saya…”

“Maryam!”

Satu laungan kasar bergema menyebut namanya tiba-tiba. Kepala ditoleh sebelum melihat pagar di belakangnya terbuka luas.

“Intan? You buat apa datang sini?”
Suara garau Azra'ie seolah-olah tidak menyukai kehadiran sosok bernama Intan itu menjemput rasa pelik dalam dirinya.

Takkanlah wanita secantik Intan tidak berjaya menggugat perasaan Uncle Azra'ie? Maryam tertanya sendiri.

"Patutlah I ajak you keluar, tak pernah pun you setuju. I nak datang rumah you pun, you tak bagi. Budak sekolah ni boleh pula you benarkan datang sini!"
Cemburu wanita itu bukan seperti dibuat-buat. Adakah kedua-dua figura di hadapannya ini sedang berkasih?

Oh, jika begitu dia seharusnya bangga kerana bakal mempunyai kaitan dengan wanita secantik Intan!

"Maryam dengan you berbeza. Banyak kali I tolak you, Intan. Look, I dah ada Maryam. Takkan disebabkan You, I nak kena buang Maryam dalam hidup I?"

Gosh!
Mata Maryam membulat memandang dua sosok di sisinya itu silih berganti. Takkanlah Uncle Azra'ie sudah putus wayar mengakui dirinya sebagai kekasih lelaki itu?

"So, you nak cakap yang I kalahlah ni? Nak I undur diri tawan hati you? Macam tu? Fine, I akan undur diri tapi itu pun kalau you akan kahwin dengan budak ni!"

Tanpa sebarang bicara selepas itu, Intan bergegas meninggalkan mereka.

"Uncle?"
Memicing matanya melihat Azra'ie. Sakit hati kerana dipergunakan lelaki itu.

"Kau balik!"

Pagar ditahan laju sebelum sempat lelaki itu menutup.

"Saya nak tahu siapa perempuan sebelah Asyraf tu!"

Azra'ie mendengus kasar. Benar-benar tidak gemar apabila didesak dengan sesuatu yang tidak disukainya.

"Aku tak nak masuk campur urusan anak saudara aku! Kau nak kahwin dengan Asyraf. Kau siasat sendiri!"

Begitu mudah sekali lelaki itu menjawab menyebabkan Maryam tersengih. Sengihan mengejek diri sendiri.

"Baik, Uncle tak nak bagi kerjasama? Jangan risau. Kita mungkin akan naik pelamin sama-sama. Saya dengan Asyraf dan Uncle dengan Intan!"

Bang!

Dengan sendirinya, pagar dia tutup kuat.

"Maryam!"

Kuat suara itu melaung namanya namun, hanya tangannya sahaja yang diangkat tanpa menoleh ke belakang.

Dalam diam, dia sendiri sudah tidak sabar menjadi anak saudara kepada Intan!






















Uncle Azra'ie- My HusbandWhere stories live. Discover now