Bab 7

327 17 0
                                    

“Mama tak tahulah kenapa Asyraf selalu sangat tak lekat di rumah. Macam sekarang ni, dia minta mama call kamu datang rumah nak tengok gift untuk tetamu ni semua tapi tengoklah. Entah ke mana-mana dia hilang.”

Maryam menayang senyum paksa pada mama, tetapi dalam hatinya sudah dipenuhi rasa marah dan geram terhadap Asyraf.

Rupa-rupanya lelaki itu lebih dulu bermain api dengannya. Dia tahu bahawa tindakan Asyraf ini semata-mata hendak mengelabui mata ahli keluarga lelaki tersebut.

“Saya tak kisah mama. Simple pun dah okey.”

Sebenarnya nak saja Maryam memberitahu perkara sebenar pada wanita separuh usia di depannya itu tetapi, dirinya tidak tahu mahu memulakan dari mana.

“Mama kenalah buat yang the best. Asyraf tu anak bongsu mama tau. Serba-serbi kena perfect. Lagipun, kalau nak tunggu kamu dengan dia decide, penat mama tunggu jawapan.”

Memang betul pun. Sebenarnya bukan dia tidak pernah memberitahu Asyraf bahawa dia hanya mahukan majlis yang sederhana tetapi lain pula jadinya apabila Asyraf sikit pun tidak mengendahkan permintaannya.

“Sebenarnya mama kami…”

“Kak Lili…”

Satu suara menyapa kedengaran dari luar memutuskan bicaranya. Kepala mama tertoleh ke belakang dan tidak lama kemudian sesosok tubuh tegap dan tinggi muncul depan pintu.

Uncle Azra’ie?

Berkerut dahinya lantaran tidak menyangka akan kehadiran lelaki itu di rumah keluarga Asyraf.

“Haa… baru nampak muka? Selalu Kak Lili suruh datang bukan main payah lagi kan. Serupa nak kena jumpa dengan menteri sibuknya.”

Sikap mama seperti sediakala. Peramah dan tidak lokek senyuman.

“Kejap Maryam. Mama nak entertain pak cik Asyraf ni. Kamu duduk sini dulu. Tengok mana yang kurang. Sambung buat goodies ni sekali tau.”

Sekilas pandangan Azra’ie bertembung kala menjeling ke arahnya tanpa perasaan. Nak saja Maryam berhadapan dengan lelaki itu dan meminta agar bekerjasama dengannya bagi membongkar sikap sebenar Asyraf.

Namun dia tahu bahawa keinginan itu tidak akan tertunai. Lihat saja sikap dingin yang ditunjuk Azra’ie di sana. Cukup menggerunkan seolah-olah seperti sedang menyebarkan aura tidak mahu diganggu.

Hmm…

Tanpa sedar dia sudah melepaskan nafas lemah. Sambil memasukkan gift ke dalam bekas kecil di depannya itu, fikirannya sudah jauh menerawang. Berfikir bagaimana mahu melepaskan diri daripada Asyraf dan memberitahu pada ahli keluarga lelaki itu tentang majlis mereka yang mungkin tidak akan terjadi.

“Kau nak kahwin pun nak mengeluh ke?”

Maryam tersentak.

Kus semangat!

Tiba-tiba saja Azra’ie muncul dari belakang dan terus duduk di sisinya.

Badannya mengengsot ke kiri. Kedudukan mereka terlalu rapat. Hampir berlaga bahu.

“Uncle kena tolong saya.”

Pergerakannya terhenti. Tumpuannya kini seratus peratus kepada Azra’ie yang mengambil alih kerjanya memasukkan gift dalam bekas.

“Aku dah cakap tak nak masuk campur kan.”

Bekas di tangan Azra’ie, dia rampas. Sakit hati mendengar jawapan lelaki itu.

“Saya dapat tangkap Asyraf dengan Adelia. Mereka dalam bilik yang bertutup. Kalau dalam situasi saya, Uncle masih nak saya sangka baik ke?”

Dia bertanya bersama rasa geram.

“Urusan aku ke?”

Pak!

Maryam hempas bekas atas lantai dan menyebabkan lelaki itu sedikit terkejut. Mungkin tidak menyangka dia akan berbuat sedemikian. Tapi, saat ini dia sudah tidak peduli. Misi untuk membongkar kecurangan Asyraf lebih menguasai emosi dan keadaan.

“Baik, kalau Uncle tak nak tolong saya pun tak apa. Tapi saya akan pastikan Kak Intan jadi mak cik saya!”

Dia sudah bersedia untuk bangun namun sekelip mata badannya hilang keseimbangan dan buk! Tubuhnya sudah menindih Uncle Azra’ie!

Pap!

Dada lelaki itu ditamparnya kuat tanpa sedar badannya masih belum dialihkan.

“Uncle tarik tangan saya ni kenapa?”

Pap!

Pap!

Bagai melepaskan geram tangannya menampar lagi dada bidang itu.

“Kau alihkan badan kau dulu!”

Gulp!

Bagai baru menyedari kedudukan mereka yang tidak senonoh, Maryam laju mengalihkan badan.

“Kau memang sengaja nak duduk atas aku ke?”

Tempelekan Azra’ie disambutnya dengan cebikan.

“Siapa yang tarik siapa sebenarnya ni? Saya ke Uncle sendiri?”

Mujurlah tiada yang memerhati. Jika dilihat mama mungkin dia pula yang dicop curang dan cuba menggatal dengan lelaki lain.

“Aku cuma tak nak kau buat yang bukan-bukan. Kau tiba-tiba bangun. Kut lah emosi kau tengah tak stabil lepas tu buat benda yang bukan-bukan.”

Bibirnya dicebik.

Alasan!

Bersama hati yang mendongkol geram, akhirnya dia memutuskan untuk duduk dan menyambung kerjanya.






Uncle Azra'ie- My HusbandWhere stories live. Discover now