𝗕𝗔𝗕 𝟯

Start from the beginning
                                    

Pelajar-pelajar yang lain menyaksikan dengan penuh cemas, dan di antara mereka ada juga yang teruja menyaksikan kejadian yang terjadi di depan mata mereka sekarang ini.

Elwood mencuba menarik nafas seraya menggunakan tangannya untuk membuka kunci kaki yang melilit lehernya. Mak aihh, balas dendam nampaknya budak Juna ni.

Ariash menghela nafas panjang, menyaksikan situasi di hadapannya ini dengan wajah yang tenang. Ini bukan kali pertama dia menyaksikan pemandangan seperti ini, pergaduhan yang sudah menjadi rutin antara Arjuna dan Elwood hampir setiap pagi.

Ariash memandang jam Rolexnya. Tak lama lagi, Madam Shen akan masuk untuk memulakan sesi pembelajaran. Sudah tentu, sebagai kawan yang baik hati, dia perlu segera menghentikan pertengkaran di antara kedua-dua anak istimewa itu.

Dia kemudian membuka langkah menuju ke arah dua manusia yang berbelit serupa ular, cuba untuk meleraikan.

"Sikit-sikit dah lah," marah Elwood. Kedua tangannya elok bersilang di dadanya. Mata hazel miliknya memandang Arjuna.

Ariash masih melutut untuk membantu membuka kuncian kaki Arjuna, sudah Dua menit dia melutut dan masih tetap berjuang untuk melonggarkan kuncian kaki Arjuna yang tidak mengenal erti putus asa.

Arjuna hanya diam membisu, tetap dengan pendiriannya.

Kuncian semakin diketatkan.

Tidak melepaskan Elwood yang masih terlihat santai, walaupun hakikatnya anak Cina itu sudah sukar untuk bernafas.

"Ugh! Nanti aku belanja makan seminggu, nak tak?" Elwood membuat tawaran. Suaranya serak sedikit.

Arjuna mengendahkannya, bahkan menambahkan lagi kekuatannya, sementara Elwood, yang kini menjeling tajam ke arahnya, terus terkunci dalam cengkeraman yang kuat.

"Hek eleh dia ni. Tamak benar kau eh?!" suara Elwood naik seoktaf, marah.

"Cuba pakej untuk sebulan, El!" kata Ariash, tangannya mengusap kepala Elwood lembut.
Kesian dengan kawan cinanya yang hampir nyawa-nyawa ikan bilis ini.

'Readylah, jumpa mama dan papa kau kalau dia tak nak,' bisik hati Ariash.

Ariash yang sejak tadi membantu Elwood, menyerah dan hanya duduk mencangkung di sebelahnya. Dia tidak dapat menafikan bahawa kaki Arjuna terlalu kuat mengunci leher kawannya ini.

Elwood mendecahkan lidahnya dengan kuat sebelum menyeluk poket seluarnya dengan pantas, segera mengeluarkan Black card miliknya dari dompet.

"Nah! Nah! Ambil! Aku bagi pinjam untuk 2 bulan je!" Elwood menyucuk hujung blackcard miliknya ke pinggang Arjuna.

Arjuna tampak ragu-ragu.

Tidak lama kemudian, Elwood dapat merasakan kaki Arjuna yang mengunci lehernya itu perlahan-lahan melonggar.

Elwood ingin saja berjoget gembira bila dapat menyedut oksigen dengan lancar.

Arjuna dengan cepat merampas black card milik Elwood sebelum berdiri tegak dan kembali duduk di tempatnya, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sementara Elwood Masih terbaring di lantai.

Ariash menggelengkan kepala. Sebelum, dia menarik tangan Elwood yang telah terulur, membantunya untuk berdiri.

"Tu lah kau, kacau lagi budak tu,"

"HAHAHAHA... Bukan selalu,"

Elwood mengurut lehernya, merengangkan otot yang terasa kebas kerana tindakan Arjuna sebentar tadi.

"Bukan selalu? Kau ni amnesia ke apa?"

'Hampir setiap hari kau kacau budak Arjuna tu, wahai Lee Elwood. Sila bertaubat sebelum terlambat!'
bisik hati Ariash. geram.

MAFIA: Ten years Still loving you  [OG]Where stories live. Discover now