𝗕𝗔𝗕 𝟮

Start from the beginning
                                    

Mereka berempat berdiri bergandingan di pintu masuk, memandang kafeteria mewah yang dipenuhi dengan berbagai macam makanan sedap dari kejauhan.

Elwood melangkah maju beberapa langkah kemudian memutar tubuhnya untuk menghadap Ariash, Arjuna, dan Naura yang berdiri di belakangnya.. Macam kawad askar dahh.

"Okey. Macam biasaa.. osom dulu siapa kalah belanja makan,"

"TAKNAK!" kata Ariash dan Naura serentak.

Manakala Arjuna, bagaikan dipukau matanya tidak beralih dari makanan yang baru sahaja diletak di atas meja di dalam kafeteria itu.

Sangat menguji dirinya yang sedang kebuluran.

Setiap kali waktu rehat, kebiasaan mereka adalah memilih siapa yang kalah untuk membayar semua makanan yang dibeli. Si anak cina yang memulai permainan ini dan hasilnya, Ariash dan Naura selalu menjadi mangsa kekalahan.

Entah kenapa Elwood dan Arjuna tidak pernah kalah walau sekalipun. Sihir apa tah diorang guna.

GRUKKK~

Elwood, Ariash, dan Naura yang mendengar bunyi sedikit kuat itu, memalingkan badan mereka dan memandang Arjuna yang berdiri tegak, memegang perutnya yang dibalut kemeja marron.

"Aku dah cakap aku lapar," kata Arjuna serius. Matanya masih tidak lepas memandang dari jauh makanan yang sudah terhidang.

Tengku Arjuna menduduki tempat paling atas di antara mereka berempat, sebagai manusia yang paling kuat makan di antara mereka. Dia juga menjadi manusia yang paling ditakuti oleh Ariash dan Naura.

Manusia yang tidak berbelas kasihan dalam menggunakan isi kad kredit mereka untuk membeli makanan!

"Alololo lapo dah dia. Tunggu apa lagi? Jom jom osom!" Kata Elwood teruja.

Tangan putihnya digenggam dibawa ke belakang badan, bersedia untuk mengeluarkan batu, gunting, atau kertas, yang lain terpaksa menurut dan turut mengenggam tangan mereka ke belakang.

Mereka masing-masing menunggu dengan degupan jantung yang semakin laju, sementara angin kencang menerbangkan rambut-rambut tiga jejaka yang kacak dengan ganasnya. Manakala,
shawl Naura pula berkibar dengan lembut, menambahkan aura dramatik kepada ketegangan yang semakin memuncak

"OSOM!" jerit Elwood.

"YEAHH!!! AKU KALAH!!" kata Elwood gembira.

Beberapa detik kemudian, dahinya berkerut seribu. Baru dia tersedar dan tidak percaya dengan apa yang terjadi di depan matanya sekarang ini..

Ariash, Arjuna, dan Naura terdiam memandang Elwood.

PECAH REKOD!!

Elwood, yang dikenali sebagai sifu osom yang tidak pernah terkalahkan selama ini, akhirnya tewas setelah permainan yang menjadi keahliannya itu mengakibatkan kekalahan baginya sendiri.

Krik, krik.

"Hm.. mungkin jari aku krem. Aku tadi nak keluarkan batu," Elwood memberi alasan, masih tidak percaya.

Tangan Ariash, Arjuna, dan Naura masih lagi menunjukkan gunting, sementara Elwood menunjukkan kertas.

Elwood mengengam tangannya kuat sebelum dibawa ke belakang, mencuba untuk mendapatkan peluang kedua.

"Takda takda! Ulang ulang! Ba-"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Ariash dan Arjuna sudah mendaratkan tangan di belakang badannya, kemudian dengan pantas menolak masuk ke dalam kafeteria.

"Wehh mana aci! Kan aku ada alasan. Jari aku krem tadi!" Selorohnya kuat.

"Kau bayar," kata Arjuna mendatar.

MAFIA: Ten years Still loving you  [OG]Where stories live. Discover now