Bab 15

3.3K 339 21
                                    

        "IRYAN!"

Kepala Iryan yang tadi tertunduk memandang telefon bimbit terus terangkat dan memandang manusia yang sedang berlari diatas treadmill.

"Yes?" Dia rapati abangnya dan duduk diatas bangku berdekatan, baju jersey ditubuh ditanggalkan bila rimas dengan peluh yang melekat hasil berfutsal tadi.

Han hentikan larian dan turun dari mesin larian itu, Iryan yang kini sudah berada dibawah pancuran air tak henti dia pandang. Memikirkan adakah dia harus tanya soalan yang sudah bermain di kepalanya sejak dia hantar Kath awal pagi tadi.

Air dari botol diteguk, dan dia hampiri Iryan yang sudah turun ke dalam kolam renang. "Aku nak tanya something,"

"Tanyalah,"

"Siapa Raees?"

Laju Iryan memandang abangnya sebelum keluarkan senyuman mengusiknya.

Han benci senyuman itu.

"Kenapa kau nak tahu?"

"Kenapa aku tak boleh tahu?" Kening Han berkerut bila senyuman Iryan makin lebar.

"Bukan tak boleh tapi dia tu terlalu special untuk sesetengah orang, aku takut aku terlepas cakap." Sebaik dia selesai bercakap, dia terus berenang buat Han dongakkan kepala ke langit. Meluat.

Memang dia tanya untuk Iryan tekan dia dengan satu lagi persoalan. Rahangnya diketap bila Iryan buat 3 pusingan renang tanpa henti.

Macam mana dia nak bercakap?

Akhirnya, Iryan timbul semula.

"Iryan, Siapa Raees?"

Iryan dekati tebing kolam dan dudukkan dirinya diatas tembok itu.

"Kau masih ingat waktu aku cakap kalau kau tak nak Kath, aku nak?"

Han anggukkan kepala.

"Raees adalah pesaing aku."

Han faham. Han sangat faham maksud Iryan.

Tiba-tiba semua adegan mesra Kath dengan lelaki bernama Raees termasuk dengan majlis perkahwinan yang dia mimpi berpusu-pusu mengasak otak. Dadanya terasa nyeri.

Dia tak boleh biarkan mereka.

Itu yang dia nampak, macam mana pula yang dia tak nampak. Ah! Sakit betul rasanya.

"Berapa lama diaorang kenal?"

"Cukup lama."

"Berapa lama?"

"Sejak Kath 17 tahun, kau dah kahwin dengan Kath masa tu,"

Cukup lama. Patutlah mesranya bukan main.

"Berapa umur dia?"

"Sebaya aku."

"Apa kerja dia? Siapa family dia?"

"Pewaris IM Hotels & Resorts, dia juga pewaris Syarikat perkapalan terbesar dekat Malaysia. Ramai Perempuan gila dekat dia." balas Iryan dengan bangga sambil memerhati setiap riak diwajah sang abang.

"Kau kena risau, bang sebab Raees ni level dia untuk dapatkan Kath lebih tinggi dari aku. Kau nak tahu sebab apa?"

Han tidak membalas namun matanya galak memandang anak mata Iryan. 

"Sebab Raeeslah yang ubah Kath dari plus size ke model size. Mustahil untuk Kath tak jatuh cinta dengan lelaki yang banyak jasa dan bantu dia. Kau nak tahu tak macam mana aku boleh berubaj sama? Raees juga sebabnya. Hmm...."

Kath √Where stories live. Discover now