Bab 14

2.3K 366 16
                                    

    IRHAN menatap dada langit. Bukan gemerlapan bintang yang dia nampak, bahkan bukan bulan yang terang menjadi hiasan mata melainkan wajah indah Kathrine Adhara yang tak hilang sejak dia pandang wajah itu.

Bintangnya. Paling istimewa.

Bibirnya terukir senyum senget. Tak pernah seumur hidup dia sangka yang dia akan ada didalam situasi ini. Tak henti membayangkan satu wajah yang dia harap ada bersamanya kini dan lebih tak disangka wajah itu adalah wajah Kath.

Terasa macam jilat muntah sendiri bila dia yang mula benci kini bagai disuntik dadah sehingga ketagih.

Sekelip mata.

Sekarang, Han sendiri mula faham kenapa dia bertegas tak mahu pulang sepanjang 8 tahun ini. Lihatlah apa 1 minggu ini sudah buat pada 8 tahun pelariannya.

Dia gilakan Kath. Macam penagih gilakan dadah.

8 jam, sudah masuk jam 4 pagi sejak dia pulang dari majlis ulangtahun syarikat dan 5 jam sejak dia berada didalam bilik hotel Kath. Matanya tak mengantuk walau tubuh dah menjerit kepenatan. Otak masih segar dan di setiap sudut fikirannya hanya penuh dengan nama dan wajah Kath.

Sejak 8 jam tadi.

Tak beri sedikit ruang pun untuk dia fikirkan hal lain walaupun tentang dirinya sendiri.

Bibirnya disentuh sebelum dijilat. Seperti terasa-rasa bibir Kath masih menyentuh bibirnya.

Apa yang sedang merasukinya? Kenapa Kath tak hilang dari fikiran dia? Memikirkan wanita itu adalah satu-satunya hal yang dia mahu buat sekarang.

Bagai disumpah, dah termakan dengan kata-kata sendiri nampaknya dia.

Tipu kalau dia tak rasa egonya runtuh bila dia rasa begini. Tipu kalau dia tak malu tapi ditolak semuanya ketepi demi rasa yang sedang menekannya kini.

Apa yang dah jadi pada dirinya?

"Kathrine Adhara..." sekali lagi nama itu meniti dibibirnya.

Indah...

Mata dipejam.

Wajahnya juga indah...

"Pengantin lama lah. Dah nak over pun"

Tiba-tiba suara Kath berulang legar di ruang mindanya.

Mata kembali dibuka.

"Takkan pernah over, my beautiful star. Kisah kita baru nak bermula." Bisiknya sendiri.

KATH tersedar dari lena bila terasa seperti ada sesuatu yang hangat merayap diatas lengannya yang terdedah.

"Hey!"

Kuat tangannya menolak bahu Han sehingga lelaki itu terbangkit dari katil.

Mata yang masih kelat ditenyeh-tenyeh. "Apa you buat dekat sini?" Soalnya dengan wajah yang berkerut. Nak pelik tapi semalam dah sah-sah Han tunjuk dia ada kad akses hotel ini.

Telefon yang berada diatas katil bahagian sebelah dicapai sebelum dilihat jam yang tertera.

7:45 pagi?

Han gila ke?

"I dah cakap I akan datang."

"Tapi takkanlah jam 7 pagi?"

"Sorry. Tapi I tak boleh tunggu lama lagi."

"Of what?" Soal Kath dengan wajah marah. Han yang berdiri dengan hanya berkemeja kotak-kotak dan seluar khaki dipandang. Handsome macam Han yang dulu.

Jangan jatuh lagi Kath.

"Of meeting you, Kathrine Adhara."

Semakin berkerut wajah Kath. "Untuk apa?"

Kath √Où les histoires vivent. Découvrez maintenant