Bab 11

2.2K 379 32
                                    

HAN buka mata mendadak namun tubuhnya masih tak bergerak. Liur ditelan. Tidak menunggu lama, dia bangkit dan mendudukkan tubuh.

Rambutnya diraup. Mimpi tadi gila. Memang gila. Dia mimpi dia sedang berada dimajlis pernikahan dan majlis itu adalah majlis pernikahan Kath tapi yang mengarutnya, pengantin lelaki itu bukan dia. Lelaki lain.

Dia juga ada disitu, namun disatu ruang yang agak jauh dan sudah terikat. Tangan dan mulut. Merontak-ronta minta dilepaskan agar dia boleh hentikan majlis itu.

Keluarga Kath ada, malah keluarganya pun ada dah semuanya tersenyum bahagia kecuali dia. Dia sedang menangis dan menggila.

Macam mana Kath boleh kahwin dengan orang lain sedangkan Kath isteri dia? Dan kenapa dia kena mimpikan Kath dalam situasi yang sampai begitu sekali?

Yang mengarutnya, perasaan takut itu terbawa-bawa sehingga kini. Dadanya disentuh, masih tersisa debar yang sangat kuat.

"Aku terima nikahnya Kathrine Adhara bint..."

"Ah!" Han pejamkan mata dan genggam rambutnya untuk usir suara itu dari fikiran.

Fikirannya mula melayang, malam pertama perkahwinan. Apa terjadi di malam pertama perkahwinan Kath dengan lelaki itu. Tiba-tiba momen mereka jatuh didapur lebih 8 tahun dulu kembali datang. Memori yang tak pernah terpadam itu.

Lekuk tubuh Kath yang terasa jelas didadanya, akan dirasakan lelaki itu juga. Malah, lelaki itu juga berhak rasakan lebih dari itu.

Ah! Rambutnya diramas lagi. Apa yang sedang mengarut didalam kepalanya ini? Kenapa dia berfikir sejauh itu untuk wanita yang dia langsung tiada hati. Gila! Takkan jetlag tak habis lagi dan buat otak dia jadi tak normal?

Jam di dinding dipandang sekilas sebelum wajahnya diraup.

Dia bangkit dari katil, drawer bertempatkan cincin perkahwinannya diambil. Diteliti cincin itu sebelum disarungkan ke jari manis. Pertama kali cincin itu tersarung kembali dijari manisnya sejak dia berangkat ke United Kingdom 8 tahun lalu.

Hari ini, dia akan ke AERA Holdings dan rasanya akan mengundang masalah kalau berjumpa dengan papanya tanpa cincin itu.

Bermakna, ada kemungkinan juga yang hari ini hari pertama dia akan bertentang mana dengan Kath selepas 5 hari pulang dari UK.

Ya, sepanjang 5 hari itu mereka masih tak berjumpa antara satu sama lain. Dia lebih mencari kawan-kawan lamanya berbanding gadis itu. Keluarga Kath juga dia dah jumpa tapi pertemuan itu tak termasuk Kath. Kata mama Kath, Kath kerap ke luar negeri dan kalau ada pun jarang sangat ada masa free.

Sampai macam tu sekali ya dia punya sibuk. Tiba-tiba Han terfikir, bagaimana agaknya rupa Kath lepas 8 tahun? Dia dah melepasi fasa dewasa. Han yakin wajah Kath tak seperti budak hingusan lagi tapi tak terbayang juga wajahnya sekarang.

Hari ni mereka akan berjumpa. Entah apa sebabnya, hati Han menekan kuat untuk berjumpa dengan Kath lepas dapat mimpi tadi.

"Selamat pagi anak mama,"

"Pagi ma, pagi pa" sempat pipi mamanya yang sedang menarik kerusi untuk duduk dikucup.

"Iryan mana?"

"Dia ada site visit hari ni dekat Pahang dengan Adhara," ujar Dato Malek sambil memandang tab ditangannya.

"Kath?"

Dato Malek mengangguk. Kepala diangkat dan dihalakan kearah Irhan.

"Berapa hari?"

"Dua hari."

Kath √Where stories live. Discover now