Bab 3

2K 263 1
                                    

          SEMINGGU usia perkahwinan cukup buat dia rasa seperti dipenjara sampai akhir hayat. Cuma bezakan banduan di penjara terukurung dalam pagar besi dan dia terkurung dalam hubungan yang disahkan didalam sehelai kertas.

Sejak sehari selepas dia jadi isteri Han, mama Han ajak dia tinggal dirumah keluarga mereka. Ya, rumah Han. Sebumbung dengan Han.

Mula-mula Kath berkeras tidak mahu, siap ulang dialog papa yang tak akan paksa dia untuk buat apa-apa selagi dia tak cecah 25 tahun tapi bila dipujuk Aunty Lana dan dijanjikan keselamatan didalam rumah itu oleh penjahat bernama Irhan Shah, Kath terpaksa setuju. Aunty Lana terlalu baik untuk dia kecewakan wanita sebaya mamanya itu.

Semuanya baik-baik sahaja, itupun sebab Han selalu balik lambat dan Kath selalu ikut Aunty Lana atau panggilan lebih tepat mama Lana ke butiknya. Jadi jarang-jaranglah jumpa.

Kalau jumpa pun bila waktu makan malam dan sarapan. Hari ini hari minggu, hari ini juga mama Lana akan adakan majlis makan malam. Kata mama Lana waktu mereka cari baju untuk majlis, ramai kawan-kawan dan saudara yang akan dijemput jadi Kath kena nampak cantik.

Bila dengar aja ayat itu, Kath rasa berdebar dan cemas. Jumpa orang ramai adalah benda terakhir yang dia mahu buat. Dia tak suka, dia tak ada keyakinan diri.

"Morning anak mama, meh sarapan"

Kath angkat kepala sedikit untuk memandang kearah Han yangbaru masuk ke ruang makan dengan hanya berseluar pendek dan t-shirt putih. Kacaknya lelaki itu walau hanya dengan berpakaian ringkas.

"Morning," balas Han ringkas.

"Morning anak mama seorang lagi yang paling comel ni"

Sekali lagi mata Kath pandang ke pintu masuk dapur. Muncul Iryan dengan senyuman meleretnya. Iryan memang comel dengan tubuh badan tembamnya dan dia sangat manja dengan mama Lana.

Walaupun usia Iryan tua setahun dari Kath tapi disebabkan perangai dan bentuk fizikal Iryan, Kath selalu rasa dia seperti dia lebih tua dan harus lindungi Iryan bila ditempat bahaya. Sebab Iryan comel dan montel.

"Morning everyone"

"Hari ni kawan Han jadi datang?" Soal mama Lana.

Han anggukkan kepala. "Diaorang datang awal, boleh kan?" Soal Han. Selalunya kalau rakan-rakan dia nak datang, dia tak ada pun minta izin terlebih dahulu tapi memandangkan hari ini hari yang sibuk dan ada benda penting yang mamanya nak buat sebab itu dia minta izin.

"Boleh je"

Kath semakin cemas. Kawan-kawan Han. Matanya dipejam erat.

"Kau kenapa?" Soalan Iryan buat kepala Datin Lana dan Irhan tertoleh kearah Kath.

"T... taka da apa-apa."

Han yang berwajah berkerut gelengkan kepala sebelum tumpuannya tertumpu kembali kearah makanan.

"Sekejap lagi mama nak beli balance barang yang tak sempat beli semalam. Kath nak ikut?"

Laju Kath anggukkan kepala.

"Yan nak ikut juga!"

"Okay. Naik sekejap lagi terus mandi, lambat mama tinggal"

Kath tertawa kecil melihat cebik Iryan.

Wajah mama Lana pula dia pandang, beralih ke wajah Irhan dan senyumannya mati serta merta bila lelaki itu berkerut memandang dia. Kepala ditundukkan kembali pada makanan.

Seperti yang dijanjikan, selepas 30 minit Iryan turun kembali ke bawah sudah kacak bersiap ringkas. "Mama mana?" Soal Iryan pada Kath.

"Dalam kereta."

Kath √Where stories live. Discover now