Bab 4

1.9K 264 5
                                    

         SUASANA didapur riuh dengan suara saudara mara yang sudah datang untuk membantu, dari kononnya nak tolong mama Lana masak, Kath dipaksa untuk gagalkan rancangannya memandangkan Iryan tak sabar-sabar nak buat kek pisang moist.

2 jam, terhasillah kek pisang air tangan Kath dan Iryan. "Aku dah cakap aku pandai buat kek! Aku ni kalau buka bakery confirm laku keras tau!" bebel Iryan bangga.

Begitulah jika orang bujang yang setahun sekali masuk dapur.

Mama Lana yang mendengar dari jauh cebikkan bibir dengan riak si anak yang dari tadi puji kek pisangnya kepada Kath. Padahal buat berdua. Kalau dia puji dirinya depan orang lain boleh terima lagi, ini dipuji depan orang yang buat kek bersama-sama dengannya.

Entah-entah yang buat kek itu menjadi pun bukan Iryan tapi Kath.

"Anak mama memang hebat! Sebab tu lepas ni dia kena kerap buat kek untuk mama,"

Terus berubah wajah Iryan. "Semangat Yan cuma datang sekali je ma."

"Pemalas!" Ujar Kak Diba. Selamba mengutuk anak tuan rumah didepan tuan rumah.

"Kata nak buka bakeri,"

"Yan buka je, nanti Yan bayarlah Kath untuk bakar kek,"

Tertawa seisi dapur itu.

"Mana kek pishang?" Soal Han yang baru muncul.

Iryan pandang abangnya sebelum sengatkan bibir. Dia ni bila kerja dah selesai aje baru nak muncul.

"Han! Basah-basah datang dapur!" Marah Kak Diba bila Han sudahpun berdiri ditengah ruang dapur itu.

"Okay... okay... Han keluar" ujarnya sebaik mengambil satu potong kek pisang yang terhidang diatas kitchen island.

Dia berlari anak untuk kembali keluar namun separuh jalan, kakinya tergelincir dan dia hilang imbangan.

"Han!" Pekik 3 suara.

Lengan Han terasa ditarik oleh seseorang. Dia memandang orang itu – Kath. Kakinya kembali seimbang namun disebabkan lantai yang basah, Kath pula hilang imbangan dan dengan drastik, lengan Kath kembali Han tarik rapat ke tubuhnya membuatkan dia kembali tak seimbang dan mata dipejamkan...

Buk!

Belakang badannya jatuh dahulu seperti yang diagak dan tubuh yang ada diatasnya dipegang kejap.

"Ya Allah!"

Mata Han buka bila terdengar seseorang menyeru nama Tuhan. Mata Kath yang masih terpejam dipandang. Wajah Kath begitu rapat dengan wajahnya.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Jelas terasa degupan kuat jantung Kath berlawan dengan degupan kuat jantungnya kerana wanita itu masih berada diatas dia.

Han terkaku.

"Bangun... bangun... itulah Kak Diba marah bila basah-basah masuk dapur! Kauorang ni degil tau! Dari kecil suka buat macam ni! Suka buat benda bahaya!" Marah Kak Diba sambil menarik Kath bangkit dari Han.

Datin Lana yang juga terkejut dengan situasi itu hanya mampu menikus bila dimarah Kak Diba. Mana taknya, dialah selaku pengajar anaknya untuk terus ke dapur lepas mandi kolam renang. Tapi dia ajar supaya lap badan kering-kering dulu ya!

Han yang juga sudah berdiri dirapati sebelum belakang kepala anaknya diusap-usap. "Sakit ke?" Soalnya. Kuat juga bunyi belakang kepala Han terhantuk lantai tadi.

"T... tak" balas Han sambil masih terpaku pada satu arah.

Datin Lana turut memandang kearah yang sama. Arah Kath rupanya.

Anaknya dipandang kembali, mencari jika Han mahu memarahi Kath sebab jatuh diatasnya.

Mahu dia marah Han kembali sebab jadi punca dan Kath dah tolong dia kira bernasib baik sikit!

"H... Han keluar dulu" Dia terus pergi. Berkerut wajah Datin Lana. Jarang-jarang berlaku, sakit sangat ke kepala anaknya sampai tak terkata dia keluar dari dapur.

TEPAT selepas waktu isyak, majlis makan malam yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan mula berlangsung.

Kath yang sudah seminggu tak bertemu keluarga tercinta juga sempat berjejak kasih dengan ayah dan mamanya.

"Okay kerja dengan mama Lana?"

"Okay, Kath suka sangat. Kath juga ada design 2 ke 3 dress dan mama Lana suka," beritahu Kath teruja buat mamanya tersenyum bangga.

"Anak mama memang talented"

"Tinggal dekat sini okay?" Soal ayahnya pula.

"Okay je."

"Kalau nak beli apa-apa beritahu ayah okay?"

"Kath okay yah,"

"Oh! Kath lupa... Mama dengan ayah tunggu sekejap"

Kath bangkit dan berlari anak ke dapur. Baru dia ingin masuk ke pintu dapur, matanya terpaku pada Han yang sedang membaca sesuatu di telefon bimbitnya sambil bersandar di bibir kitchen island dapur.

Lelaki itu angkat kepala sebaik tersedar akan kehadiran Kath.

Kath larikan pandangan dan meneruskan langkahnya. Kek pisang yang dia simpan untuk mama dan ayahnya diambil. Dia kembali atur langkah untuk keluar dari dapur.

"Kath,"

Langkah Kath terhenti.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Nak toleh ke tak? Macam mana kalau Han nak marah dia sebab dia himpap Han tadi? Sebenarnya, sejak kejadian tengah hari tadi dia tak sanggup untuk berjumpa dengan Han lagi.

Sedaya upaya dia elak dari bertembung dengan Han. Malulah! Dia yakin beratnya lebih berat dari berat badan Han. Boleh pula dia jatuh atas lelaki itu.

Ish malu!

"Y... ye?"

Dia beranikan diri juga, sampai bila nak elak kan?

Namun, sebaik mata mereka bertembung. Han tidak bercakap. Bibirnya terbuka namun tiada suara yang keluar.

"Han nak cakap apa-apa ke? E... maksud Kath..." Kath garu belakang kepalanya.

"Sorry sebab jatuh atas Han tadi,"

Wajah Han berkerut.

Melihat perubahan itu, tanpa menunggu sesaat Kath buka langkah dan lari. Ah! Ternyata dia memang tak mampu hadap Han dan dia akan elak Han sampai memori ini lupus dari ingatannya. 

tbc

Love, Rose

Kath √Where stories live. Discover now